Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Bayar Zakat Fitrah Di Shopee

Bila sudah berada dalam bulan Ramadan ini, pasti kita tidak terlepas pandang mengenai soal zakat. Zakat tersebut adalah Zakat Fitrah dimana hukum zakat fitrah adalah wajib untuk diri dan keluarga atau tanggungan sekiranya cukup syarat. Namun, di saat pandemik yang melanda negara, ramai yang masih berfikir sama ada perlu membayar zakat di masjid secara fizikal ataupun tidak.

Jangan risau, kerana sekarang anda sudah boleh membuat pembayaran zakat melalui Shopee sahaja. Bukan itu sahaja, sambil-sambil shopping pun dah boleh klik laman pautan untuk membayar zakat.

Isi Kandungan

6 Cara MUDAH UNTUK BAYAR ZAKAT FITRAH DI SHOPEE

  1. Lancarkan aplikasi Shopee dan tekan “Deals, Top-Ups & Bills”. Kemudian, tekan pada ikon ‘Zakat Fitrah’ untuk ke halaman Zakat Fitrah.

cara

2. Pilih institusi zakat pilihan anda, kadar fitrah, dan masukkan jumlah orang ( sendiri/ tanggungan). Kemudian, klik teruskan.

cara bayar zakat fitrah

3. Lengkapkan nombor kp, nama pemuh, alamat e-mel, nombor telefon dan alamat anda. Pastikan maklumat anda adalah lengkap dan betul. Kemudian, klik teruskan untuk membayar.

Cara Bayar Zakat Fitrah Di Shopee 1

4. Pilih ShopeePay sebagai kaedah pembayaran anda. Dijamin cepat dan lancar. Selain daripada itu, anda boleh membayar dengan kad debit, perbankan dalam talian atau pembayaran tunai di 7-Eleven.

Cara Bayar Zakat Fitrah Di Shopee 2

5. Selepas pembayaran berjaya, klik ‘Lihat Butiran Pesanan’ untuk melihat butiran pesanan pembayaran zakat.

Cara Bayar Zakat Fitrah Di Shopee 3

6. Klik ‘Muat Turun Pengesahan Pembayaran Zakat Fitrah Saya’ untuk melihat bukti pembayaran Shopee dalam aplikasi anda.

Anda boleh menyemak kemaskini pembayaran zakat anda dari laman web portal zakat dalam masa 7 hari bekerja. Rujuk laman web portal zakat di sini. 

Cara Bayar Zakat Fitrah Di Shopee 4

NIAT ZAKAT FITRAH UNTUK DIRI SENDIRI

Nawaitu an ukhrija zakaatal fitri’an nafsii fadhan lillahi ta’aala

Maksudnya: saya niat mengeluarkan zakat fitrah dari diriku sendiri fardu kerana Allah Ta’ala.

NIAT ZAKAT FITRAH DARI SUAMI UNTUK ISTERI

Nawaitu an ukhrija zakaatal fitri’an zaujatii fardhan lillahi ta’aala,

Maksudnya: saya niat mengeluarkan zakat fitrah untuk isteriku, fardu kerana Allah Ta’ala.

NIAT ZAKAT FITRAH SEKALIGUS UNTUK DIRI SENDIRI DAN KELUARGA

Nawaitu an ukhrija zakaatal fitri ‘annii wa ‘an jami’i maa tilzamunii nafaqaa tuhum syar’an fardhan lillahi ta’aala

Maksudnya: saya niat mengeluarkan zakat fitrah untuk diriku dan seluruh orang yang nafkahnya menjadi tanggunganku, fardu kerana Allah Ta’ala.

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Cara Bayar Zakat Fitrah Di Shopee ini akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih.

Artikel lain : Permohonan Biasiswa IOI Group (Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng)

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More