Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Buat Nata De Coco Guna Pokok Aloe Vera

Aloe vera atau dipanggil juga sebagai pokok lidah buaya adalah antara tumbuhan yang mempunyai khasiat dan kelebihan tersendiri untuk kesihatan manusia sama ada untuk penggunaan dalaman atau pun luaran. Isi daunnya yang kenyal seperti jeli boleh dijadikan berbagai jenis ubatan dan makanan salah satunya seperti Nata De Coco Aloe Vera Jelly yang amat diminati pada masa kini.Pasti ramai yang tahu isi dalam daun pokok ini ada Aloe Vera Jelly yang boleh dijadikan jeli pencuci mulut yang boleh dimakan begitu saja atau digandingkan bersama air.

Isi Kandungan

BUAT NATA DE COCO GUNA ALOE VERA

Resepi ni mak HasimahGhani Ghani yang buat dan ajar, lepastu kita dah boleh buat sendiri dah. Senang dan mudah. Saya nak kongsi bagi yang ada pokok aloe vera tapi selama ni buat hiasan je depan rumah. Selepas ni dah boleh buat untuk minuman sendiri. Dikatakan aloe vera ni mempunyai lebih 75 vitamin dan mineral yg baik untuk badan.

Antara kebaikan aloe vera ni ialah:

1. Merawat isu pernghadaman

2. Menyokong sistem imun

3. Membantu mengawal paras gula dalam darah dll.

MACAM MANA NAK DAPATKAN JELI ALOE VERA

1. Pilih daun aloe vera yang matang (biasanya dah tiada garis-garis putih di bahagian kulit).

Cara Buat Nata De Coco Guna Pokok Aloe Vera 1

2.Selepas dipotong, dirikan/condongkan aloe vera tersebut lebih kurang 30-60 minit untuk mengeluarkan lendir berwarna kuning. Lendir ni yang menyebabkan tekak gatal-gatal.

Cara Buat Nata De Coco Guna Pokok Aloe Vera 2

3. Proses untuk dapatkan jeli sangat mudah, cuma kena berhati-hati sedikit duri dibahagian tepi yg tajam tu. Pertama sekali kena buang bahagian duri kiri dan kanan. Kemudian buang bahagian kulit yg rata(bahagian depan). Selepas itu potong gel tersebut bentuk dadu. Dah langkah terakhir potong kulit bahagian belakang yg sedikit melengkung tu.

Cara Buat Nata De Coco Guna Pokok Aloe Vera 3

4. Masukkan jeli aloe vera dalam tapis dan siramkan air dan biarkan seketika sehingga lendir bewarna putih semua hilang.

Cara Buat Nata De Coco Guna Pokok Aloe Vera 4

5. Rebus dengan air biasa dalam 30-45 minit sehingga jeli aloe vera tadi nampak lembut. Kemudian toskan air nya.

Cara Buat Nata De Coco Guna Pokok Aloe Vera 5

6. Masak sekali lagi dengan gula batu dalam masa 15-20minit. Sy gunakan sepeket gula batu untuk sukatan seperiuk aloe vera. Daun pandan jangan lupa. Biar harum skit baunya.

Cara Buat Nata De Coco Guna Pokok Aloe Vera 6

7. Sejukkan suhu bilik dan simpan dalam peti ais

8. Sedia untuk diminum dengan air kesukaan anda sewaktu siang mahupun malam. Tak perlu tambah lagi gula kerana jeli ni dah manis dah.

Semoga bermanfaat untuk semua. Diizinkan untuk share. Doakan kami sekeluarga diberi kesihatan yang baik dan dijauhkan dari mara bahaya serta penyakit berjangkit ya.

Sumber: Zulfahdli Ateman

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More