Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Buat QR Code Yang Mudah Dan Pantas (Termasuklah My Sejahtera)

Cara Buat QR Code ini bertujuan untuk membantu anda yang masih tidak tahu cara untuk mencipta QR Code anda sendiri. QR adalah singkatan untuk ‘Quick Response’ atau ‘respon / maklumbalas yang pantas’.

Berbeza dengan barcode yang digunakan dalam industri retail, penerbitan buku, atau farmasi, QR Code ni lain sikit sebab ia boleh digunakan dan dihasilkan dengan mudah oleh orang awam.

Apa Itu QR Code?

Pernahkah anda menggunakan QR code? Apa itu QR code? Kenapa ramai orang kini menggunakan QR code? Apa beza antara QR code dengan barcode biasa yang sering kita lihat di mana-mana seperti yang yang ada pada produk yang dijual di kedai atau pasar raya? Mari kita lihat.

Menurut Wikipedia, QR code, yang diringkaskan daripada Quick Response Code, merupakan sejenis barcode dua dimensi yang dicipta pada tahun 1994 untuk industry automotif di Jepun. Perbezaan antara barcode biasa dengan QR code adalah fungsinya. Barcode biasa ialah label optik yang boleh dibaca oleh mesin yang direka untuk membacanya. Barcodemengandungi maklumat tentang produk atau benda yang berada bersamanya.

Beza Barcode Dengan QR Code

Sebagai contoh, barcode yang terdapat pada sebungkus roti Gardenia, mengandungi segala maklumat yang terdapat pada roti Gardenia tersebut untuk proses jual beli, seperti jenis produk dan harga roti tersebut.

Berbeza pula dengan QR code, yang kebiasaannya mengandungi data untuk pencari, pengecam atau pengesan, yang dapat dihubungkan ke sesebuah laman web atau aplikasi. QR code menggunakan empat mod pengekodan yang berpiawai, merangkumi digit, alphanumeric (gabungan digit, abjad dan symbol), bit/binari dan juga bahasa Kanji, untuk memastikan data dapat disimpan dengan selamat. Kini, QR code banyak digunakan di negara-negara seluruh dunia.

Antara kegunaan QR Code antaranya adalah:

  1. Alamat laman web / URL
  2. Kandungan Teks (250 aksara)
  3. Nombor Telefon (dan boleh terus menelefon)
  4. Kod SMS (dan boleh diletakkan maklumat berkaitan penerima dan mesej sebanyak 150 aksara)
cara buat qr code
QR Code sangat mudah untuk dicipta, kerana anda hanya perlu sediakan link sahaja.

Contoh lain yang boleh dijana menjadi QR kod adalah:

  1. Laman Web
  2. Laman Sosial seperti Facebook dan Instagram
  3. Kad Jemputan Kahwin Digital
  4. Lokasi Pejabat
  5. Menu Restoran
  6. Aplikasi Pembayaran seperti TouchNGo eWallet, Grabpay dan Boost

Cara Buat QR Code

Cara Buat QR Code Guna Google Form

Kaedah ini sesuai untuk merekod kehadiran, mengisi borang seperti borang kaji selidik dan membuat latihan kuiz atau soalan berbentuk aneka pilihan jawapan.

  1. Cipta emel, akaun Google atau gunakan akaun Google peribadi
  2. Pada paparan utama Google setelah log masuk, klik pada Google Apps di bahagian atas sebelah kanan
  3. Pilih Google Drive
  4. Kemudian di bahagian kiri klik pada butang New, pilih Google Form
  5. Cipta borang yang diinginkan sama ada borang kehadiran atau borang kaji selidik menggunakan contoh yang diberikan
  6. Selesai mencipta borang, dapatkan link Google Form dengan menekan butang Send pada Dashboard Google Form dan klik Copy
  7. Selain itu, nota atau salinan digital dokumen juga boleh dimuat naik ke Google Drive kemudian dapatkan link url kepada dokumen tersebut dan klik Copy
  8. Ikuti langkah di bawah untuk jana QR kod

Jana QR Code

Dengan mempunyai link url kepada Google Form atau Google Drive yang ingin dijana sebagai QR Code, sila cari aplikasi jana QR Code yang mudah dan selamat untuk digunakan.

  1. Masukkan link url yang ingin dijana menjadi QR Code
  2. Klik Cipta atau Generate QR Code untuk mengekodekan link anda
  3. Cetak QR Code yang telah dicipta dan paparkan kepada pengguna yang diinginkan

Antara aplikasi yang boleh digunakan untuk menjana QR kod adalah seperti di bawah. Tekan buatng muat turun untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aplikasi scan QR code atau untuk mendapatkan cara penggunaan QR Code:

Selain menjana kod daripada Google, laman web, sosial media dan apa-apa capaian secara atas talian yang mempunyai link url boleh dijana menjadi QR Kod.

 

Artikel Berkaitan: Contoh Surat Kebenaran Bekerja Daripada Majikan

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More