Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Contoh Surat Kebenaran Bekerja Daripada Majikan Semasa PKP

Contoh Surat Kebenaran Bekerja daripada majikan perlu ditunjukkan oleh para pekerja bagi mengelakkan ditahan semasa roadblock atau dikenakan tindakan oleh Polis. Hal ini bagi mengelakkan kes yang kian meningkat setiap hari. Surat kebenaran bekerja ini perlu dikeluarkan oleh majikan dengan menggunakan kepala surat/letterhead ataupun meletakkan cop syarikat.

Dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, semua rakyat Malaysia dilarang keluar masuk atau merentas negeri dan daerah. Namun bagi pekerja yang perlu merentas negeri atau daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja bersama dokumen sokongan iaitu surat kebenaran daripada majikan

contoh surat kebenaran bekerja
Polis akan mengawal setiap kawasan bagi mengelakkan orang ramai keluar rumah tanpa urusan.

Bagi mengekalkan pembukaan sektor ekonomi, pekerja dibenarkan untuk bekerja dengan SOP yang telah ditetapkan seperti memakai pelitup muka dan mengekalkan penjarakan fizikal. Bagi pekerja yang perlu merentas daerah atau negeri untuk ke tempat kerja memerlukan surat kebenaran pelepasan bekerja yang dikeluarkan oleh majikan masing-masing. Di bawah dikongsikan contoh surat kebenaran pelepasan bekerja dari majikan semasa PKPB untuk panduan semua.

Untuk memudahkan urusan anda, kami ada menyediakan contoh surat kebenaran bekerja yang sesuai untuk anda gunakan.

Isi Kandungan

Contoh Surat Kebenaran Bekerja Daripada Majikan Semasa tempoh PKP/PKPB

————————————————————————————-

Tarikh: 15 Januari 2021
 
Kepada sesiapa yang berkenaan, 
 
Tuan/Puan, 
 
SURAT KEBENARAN UNTUK BEKERJA DAN RENTAS DAERAH/NEGERI SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PKP
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. 
 
Adalah dimaklumkan bahawa pemegang surat ini merupakan penghantar barang bagi Syarikat Projek Lokal Sdn Bhd dengan nombor pendaftaran (001903-M) yang ditugaskan untuk menghantar barang basah di sekitar Klang dan Petaling Jaya. 
 
Syarikat kami bertanggungjawab membekalkan keperluan basah kepada peruncit-peruncit sekitar Klang dan Petaling Jaya bagi keperluan penduduk setempat. 
 
Oleh yang demikian, pemilik surat ini perlu menghantar barang basah untuk keperluan setempat. Maklumat pegang surat ini ialah;
 
Nama: Muhammad Azmi Bin Razak
No KP: 850603035802
Alamat Rumah: No 2, Jalan Kristal 8, 40000 Shah Alam, Selangor
 
Sehubungan dengan itu, pihak syarikat memohon pertimbangan daripada Tuan/Puan bagi membenarkan pemegang surat ini untuk menghantar barang basah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
 
Sekian, Terima Kasih.
 
Yang Benar,
 
 
……………….
Ali Bin Zaid
Pengurus Projek Lokal Sdn Bhd
No Tel: 0136099798

————————————————————————————-

*nota: Print surat ini guna kepala surat / letterhead syarikat. Sekiranya tiada gunakan cop syarikat

Semoga contoh surat kebenaran bekerja ini dapat membantu anda semua. Di samping itu, jika anda mempunyai urusan penting dan memerlukan merentas desa, sila rujuk perkara dibawah.

contoh surat kebenaran bekerja

Muat Turun Borang Permit Rentas Daerah / Negeri PKP 2.0 (PDRM)

Borang kebenaran boleh dimuat turun di Facebook Polis Diraja Malaysia atau Portal Rasmi PDRM melalui pautan berikut:

Ikuti langkah-langkah berikut bagi urusan permohonan kebenaran pergerakan:

  1. Memuat turun Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) (mengikut pelaksanaan perintah pergerakan di negeri masing-masing) di Portal atau Media Sosial Rasmi PDRM;
  2. Mengisi borang dengan lengkap dalam dua (2) salinan;
  3. Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.

PKP 6 Negeri, 14 Januari Hingga 26 Januari 2021

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari di enam buah negeri berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam Rabu ini hingga 26 Januari depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Perdana Menteri berkata, enam negeri terbabit adalah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Selain itu, katanya, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi tempoh sama akan dikenakan terhadap enam negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Contoh Surat Kebenaran Bekerja

Dua negeri lagi iaitu Perlis dan Sarawak akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), juga untuk tempoh sama.

“Negeri yang dikenakan PKP adalah negeri yang berisiko tinggi hasil penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan tahap keupayaan perkhidmatan kesihatannya telah hampir mencapai kapasiti maksimum.

“KKM akan membuat penilaian risiko secara berterusan bagi memutuskan sama ada pelaksanaan PKP ini akan ditamatkan atau diteruskan sebelum tempoh dua minggu berkenaan tamat,” katanya ketika menyampaikan Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung, hari ini.

SUMBER BERITA HARIAN

ARTIKEL BERKAITAN : PKP Bakal Dilaksana Jika Kes Meningkat

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More