Sumber Rujukan Globalisasi Anda

CARA BUKA AKAUN ASB ONLINE (myASNB)

Akaun ASB kini boleh dibuka secara online! Mudah sahaja hanya perlu muat turun aplikasi myASNB dan tidak perlu ke kaunter.

Semestinya ia satu berita baik untuk mana-mana individu, ibu ayah yang mahu membuka akaun ASB untuk anak-anak atau diri sendiri. Anda tidak perlu beratur atau keluar ke kaunter cawangan ASNB dan hanya buat di rumah sahaja.

ASB sangat sesuai sebagai permulaan disebabkan risikonya yang rendah dan modal terjamin. ASB juga sesuai untuk anda ‘park’ dana kecemasan untuk kegunaan ketika kecemasan.

Selain itu, anda boleh juga membaca berkenaan dengan Tarikh Pengumuman Dividen KWSP 2022.

akaun asb

Isi Kandungan

APAKAH ITU ASB ATAU AMANAH SAHAM BERHAD?

ASB ialah satu tabung unit amanah yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). ASNB ialah syarikat pengurusan unit amanah yang merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB).

ASB ini ditawarkan pada harga tetap RM1 seunit. Melalui ASB, pelabur berpeluang memperoleh pulangan dalam bentuk agihan pendapatan tahunan. Bahkan dividennya juga berkemungkinan lebih tinggi berbanding yang disimpan di dalam bank.

APA PULA myASNB?

myASNB ialah portal pelaburan yang dibangunkan ASNB untuk memudahkan pelabur ASNB menguruskan pelaburan secara dalam talian (on-line). Aplikasi myASNB pula adalah aplikasi yang boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar sebelum menggunakannya.

Portal myASNB dan Aplikasi myASNB merupakan dua kemudahan yang disediakan ASNB untuk membolehkan semua pemegang unit mempunyai akses untuk melabur dalam unit-unit amanah ASNB secara atas talian.

Antara kemudahan yang disediakan menerusi Portal myASNB ialah:

  • Pelaburan tambahan terus ke dalam akaun unit amanah ASNB secara percuma;
  • Penetapan pelaburan secara automatik menerusi Auto Labur;
  • Menyemak rekod urus niaga dan baki pelaburan yang terkini;
  • Mengemaskini maklumat peribadi dengan mudah; dan
  • Mengurus akaun pelaburan anak berusia 18 tahun ke bawah untuk penjaga berdaftar.
  • Pengeluaran pelaburan unit amanah ASNB;
  • Untuk menggunakan myASNB, pelabur perlu terlebih dahulu mengemaskini nombor telefon di mana-mana Cawangan atau Ejen ASNB sebelum mendaftar di Portal myASNB.

Menerusi Aplikasi myASNB, pemegang unit boleh :

  • Menambah pelaburan dalam unit amanah ASNB secara percuma*;
  • Menyemak urusniaga terkini;
  • Butiran pelaburan terperinci;
  • Membuka akaun baharu unit amanah ASNB
  • Jualan Balik
  • Penyata Akaun
  • Pelaburan Akaun Bijak/Remaja oleh Penjaga Berdaftar

akaun asb

akaun asb

BAGAIMANAKAH CARA MEMBUKA AKAUN ASB/PENDAFTARAN ASNB ONLINE?

akaun asb

Dengan ciri dan wajah yang terbaharu, kini anda boleh membuat pendaftaran akaun baharu menerusi aplikasi myASNB. Pelaburan permulaan ialah serendah RM10 untuk semua tabung unit amanah ASNB

Berikut adalah cara-cara membuka akaun pelaburan ASNB  :

  1. Muat turun aplikasi myASNB.;
  2. Sediakan kad pengenalan dan butiran akaun bank untuk mendaftar;
  3. Isikan maklumat No IC/Kad Pengenalan dan no telefon anda;
  4. Teruskan proses verifikasi identiti. Cipta akaun dengan menetapkan ID dan kata laluan anda;
  5. Kemudian, pilih kaedah pembayaran untuk pelaburan awal serendah RM10. Anda kini dah boleh memulakan pelaburan di akaun ASB yang baru pada bila-bila masa dan di mana-mana saja.

akaun asb

Anda juga boleh mendaftar secara manual dengan mengunjungi pejabat cawangan ASNB atau ejen ASNB untuk membuka akaun. Pastikan buat temujanji terlebih dahulu di pautan ASNB.

Dokumen yang diperlukan ialah:

  • 18 tahun ke atas – Kad pengenalan
  • Bawah 18 tahun – myKid/myKad / Sijil Kelahiran dan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga

AKAUN ASB

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak ASNB di:

Akhir kata, semoga perkongsian ini bermanfaat terutamanya buat mereka yang baru pertama kalinya ingin membuka akaun asb. Sebarkan untuk manfaat bersama.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More