Sumber Rujukan Globalisasi Anda

TARIKH PENGUMUMAN DIVIDEN KWSP 2022

Pengumuman Dividen KWSP 2022 adalah dijangka akan isytiharkan kadar dividen tahunan 2021 pada awal suku pertama tahun 2022 (sekitar bulan Februari atau Mac) dan ahli akan dimaklumkan mengenainya melalui media masa.

Penyata tahunan 2021 akan memaparkan caruman 01/2021 (potongan upah/gaji bulan Disember 2020) sehingga caruman 12/2021 (potongan upah/gaji bulan November 2021) sekiranya majikan membuat bayaran caruman untuk tempoh yang dinyatakan. Sila laporkan aduan ke kaunter KWSP berdekatan sekiranya mendapati rekod caruman anda adalah tidak teratur.

Selain berkenaan dengan dividen KWSP 2022, anda juga boleh membaca berkenaan i-Sayang KWSP yang bakal dilancarkan awal tahun ini.

DIVIDEN KWSP 2022

Isi Kandungan

BILAKAH TARIKH PENGUMUMAN DIVIDEN KWSP 2022?

KWSP akan isytiharkan kadar dividen tahunan 2021 pada awal suku pertama tahun 2022 (februari – mac).

APAKAH DIVIDEN KWSP?

Di bawah Akta KWSP 1991, Seksyen 27, jaminan kadar dividen minimum adalah sebanyak 2.5% setahun ke atas simpanan ahli. Disebabkan itu, walau dalam apa jua keadaan sekali pun, ahli yang membuat caruman diberi jaminan akan menerima kadar dividen sekurang-kurangnya dengan jumlah minimum tersebut.

Kadar dividen Simpanan SHARIAH KWSP adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah dan tiada jaminan kadar dividen minimum ini.

BAGAIMANAKAH CARA MENYEMAK DIVIDEN KWSP 2022?

Berikut adalah langkah membuat semakan dividen KWSP online melalui i-Akaun.

  1. Layari portal rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP);
  2. Tekan ikon “Login”;
  3. Masukkan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan;
  4. Klik “View Details” di bahagian menu :Dividend”;
  5. Perincian Dividen tahun 2020 akan dipaparkan.

APAKAH APLIKASI i-AKAUN?

Selain menyemak dengan melayari laman web KWSP, anda juga boleh menggunakan aplikasi i-Akaun. i-Akaun boleh diakses dengan lebih cepat dan mudah melalui:

BERAPAKAH KADAR DIVIDEN KWSP 2021?

Pada 27 Februari 2021, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan pemberian dividen sebanyak 5.2 % dan jumlah agihan sebanyak RM42.88 bilion untuk Simpanan Konvensional, dan 4.9 % untuk Simpanan Shariah dengan agihan RM4.76 bilion.

Secara umumnya ramai yang teruja kerana KWSP telah berjaya mencatatkan prestasi yang memberangsangkan untuk tahun 2020 walaupun mengharungi situasi yang tidak terjangka iaitu pandemik Covid-19, dan dalam persekitaran unik yang menyaksikan dunia berhadapan dengan krisis berkembar iaitu krisis kesihatan dan ekonomi.

DIVIDEN KWSP 2022

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan :

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More