Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Cek Keyboard Laptop Mudah Dan Pantas

Cara Cek Keyboard Laptop Mudah Dan Pantas

Cara Cek Keyboard Laptop boleh dilakukan untuk memeriksa keadaan keyboard laptop, bagi mengetahui sama ada keyboard laptop perlu dibaiki atau ada sebarang masalah dengan keyboard. Di sini, ingin kami kongsikan satu cara cek keyboard laptop dengan mudah dan pantas.

Keyboard Laptop Tidak Berfungsi?

Untuk sebuah laptop yang hadir dengan keyboard terbina ke dalam rangka utama komputer tersebut, amatlah penting untuk anda menjaga dan memeriksa kesihatan atau keadaan keyboard laptop anda.

Berbeza dengan komputer desktop yang mempunyai keyboard terasing, dan boleh diganti dengan sebuah keyboard lain apabila ianya rosak.

Cara Cek Keyboard Laptop Mudah dan Pantas
Keyboard Komputer Desktop Terasing Daripada Binaan Komputer
Cara Cek Keyboard Laptop
Keyboard Laptop Tidak Terasing Daripada Binaan Komputer

Akan ada masanya, anda dapati keyboard seperti tidak berfungsi. Kadang kala, ianya mungkin terdapat sedikit kekeliruan kerana mungkin anda teraktifkan Num Lock secara tidak sedar, ataupun anda tertekan sticky keys sebagai contoh.

Selain itu, amatlah penting untuk anda sentiasa memeriksa keadaan keyboard anda supaya jangka hayat keyboard laptop lebih lama, dan laptop anda dapat berkhidmat cemerlang.

Jadi, bagaimana cara cek keyboard laptop ni? Ada pelbagai cara, tapi kali ini kami ingin kongsikan cara yang mudah dan pantas, bagi anda memeriksa kekunci mana yang berfungsi atau tidak pada keyboard laptop anda.

Cara Cek Keyboard Laptop Mudah dan Pantas

Bagi memudahkan anda untuk cek keyboard laptop, ada pelbagai kaedah atau laman web mahupun software yang diwujudkan. Tapi kami kongsikan satu cara cek keyboard laptop yang amat mudah dan pantas, seperti saranan En. Ammar Pian di laman Facebook dan tiktok beliau. Ikuti langkah-langkah berikut untuk cek keyboard laptop anda dengan cepat:

  1. Buka web browser anda (Google Chrome/Mozilla Firefox/dan lain lain) Cara Cek Keyboard Laptop
  2. Pada bahagian url di bahagian atas web browser, taip “en.key-test.ru” dan tekan ENTER Cara Cek Keyboard Laptop
  3. Paparan di bawah ini akan keluar, inilah paparan keyboard anda secara maya. Jika anda menggunakan sistem operasi Windows, tekan lambang Windows. Jika iOS, tekan lambang Apple. Cara Cek Keyboard Laptop
  4. Anda boleh mula tekan keyboard, dan lihat paparan keyboard di web browser tersebut. Jika kekunci dalam keadaan baik, huruf/kekunci akan menyala berwarna biru. Jika tak menyala, bermakna kekunci tersebut sudah mempunyai masalah dan perlu dibaiki atau diperiksa lebih lanjut. Cara Cek Keyboard Laptop

Untuk lihat lebih jelas lagi, anda boleh tonton video oleh saudara Ammar Pian di bawah ini bagaimana untuk memasukkan url, dan apa yang jadi setelah anda tekan kekunci pada paparan keyboard:

@ammar_pian_oe

Reply to @krisimboyz haaa jgn tekan lebih2 kang elok2, jadi kot lain 🤣 #pianlaptopsolution #oeacademy #oe #imatitan

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Soalan Lazim Berkenaan Keyboard Laptop

Berikut adalah beberapa soalan lazim berkenaan keyboard laptop yang mungkin dapat membantu anda dengan lebih lagi dalam memeriksa keyboard laptop anda:

Keyboard laptop tidak berfungsi, dari mana punca?

Apabila keyboard laptop anda tidak berfungsi, masalah ini adalah berpunca di peringkat perkakasan (hardware) atau perisian (software) laptop terbabit. Anda boleh buat semakan untuk mengesan punca nya.

Bagaimana untuk cek punca daripada hardware keyboard laptop?

Anda boleh masuk ke BIOS atau EUFI melalui kekunci berikut [Delete], [F2], [F8] atau [F12]. Sekiranya setelah menekan kekunci berkenaan dengan betul dan sistem laptop tidak memasuki BIOS atau EUFI, sebaliknya terus memasuki Windows, ianya mungkin menandakan anda tersalah tekan kekunci, atau sememangnya hardware keyboard laptop anda sudah mempunyai masalah.

Jika hardware rosak, apa nak buat?

Punca masalah ini adalah selalunya disebabkan ada kemungkinan kabel penyambungan di antara keyboard dan motherboard telah longgar. Tetapi anda perlu periksa dengan betul, dan jika anda tidak yakin, sebaiknya hantar kepada pakar baiki atau juruteknik komputer dan laptop. Sekiranya anda yakin anda boleh memeriksa hardware laptop, mulakan dengan membuka kerangka laptop terlebih dahulu. Setelah itu, lihat pada bahagian kabel penyambungan terbabit, lihat sama ada ianya bersambung, longgar atau telah pun rosak. Jika hanya longgar atau tertanggal, anda boleh cuba untuk membetulkannya. Jika rosak,anda perlu segera menggantikan sambungan keyboard ke motherboard dengan yang baru.

Hardware dalam keadaan baik, keyboard masih tak elok?

Jika anda mendapati hardware dalam keadaan baik, tiada sambungan rosak atau longgar, namun keyboard laptop masih tidak dapat digunakan, kemungkinan besar driver untuk keyboard laptop anda yang bermasalah. Jadi untuk membaiki perkara ini, anda hanya perlu reinstall driver untuk keyboard laptop anda.

Kami harap perkongsian kami kali ini tentang Cara Cek Keyboard Laptop Mudah dan Pantas dapat membantu anda dalam menyelenggara, dan menggunakan laptop anda dengan lebih baik. Sekiranya laptop anda mempunyai masalah keyboard, segera bawa kepada kedai atau pakar komputer untuk diperiksa dan dibaiki. Ini adalah demi memastikan urusan anda semua dipermudahkan dalam suasana Covid-19 kini, terutama bagi mereka yang bekerja dari rumah (WFH), dan sesi PDPR pelajar dan amat bergantung kepada laptop masing-masing.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More