Sumber Rujukan Globalisasi Anda

4 Laptop Terbaik 2021 Bawah RM2500

4 Laptop Terbaik 2021 Bawah RM2500

4 Laptop Terbaik 2021 Bawah RM2500 dalam pasaran, sesuai untuk urusan kerja, belajar dan lain-lain kegunaan.

Isi Kandungan

4 Laptop Terbaik 2021 Bawah RM2500

Dengan keadaan tidak menentu sekarang ni, di mana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) sedang dilaksanakan, hampir semua orang perlu bekerja dari rumah (work from home atau WFH). Pasti ramai yang mencari-cari laptop untuk urusan kerja, tapi harga laptop bukanlah murah, sebaliknya ia makin melambung sejak kebelakangan ini.

Di sini, kami ingin kongsikan dengan anda, 4 model laptop yang mempunyai spesifikasi terbaik, dan berharga kurang daripada RM2500. Sesuai untuk poket, dan laptop pun boleh perform untuk urusan kerja anda, berbaloi dengan harga yang diletakkan.

1. Honor MagicBook X15 (RM2,299)

4 Laptop Terbaik 2021 Bawah RM2500

Laptop keluaran jenama Honor ini adalah laptop yang paling rendah harganya antara yang terpilih, namun dengan spesifikasinya yang amat baik, laptop ini amat berbaloi dengan harganya. Spesifikasi untuk laptop ini adalah seperti berikut:

  • Intel® Core™ i3-10110U
  • Intel UHD Graphics
  • 8GB DDR4 Dual-Channel RAM
  • PCIe NVME SSD Intel® Core™ i3 – 256GB
  • 15.6″ Full HD display 1920 x 1080 dengan rekaan Ultra-slim Bezel
  • 56Wh (Rated capacity) Battery
  • 65W Type-C Fast Charger
  • Bluetooth 5.0
  • Multi-screen Collaboration
  • Fingerprint Power Button

4 Laptop Terbaik 2021 Bawah RM2500

4 Laptop Terbaik 2021 Bawah RM2500

Kelebihan ketara laptop ini adalah skrin nya yang bersaiz 15.6 inci dengan rekaan ultra-slim bezel, dan mempunyai paparan full HD, laptop ni amat best untuk layan movie sebagai contoh. Selain itu juga, laptop ini dilengkapi dengan fingerprint button. Bateri laptop ini pula mampu bertahan selama 4 hingga 5 jam, dan didatangi dengan pengecasan pantas 65W.

Dengan harga tidak sampai RM2,300, laptop Honor MagicBook X15 ini amat sesuai untuk kegunaan anda. Laptop ni juga amat kompak, ringan tapi solid, jadi jika anda sukakan laptop sebegini, Honor MagicBook X15 mungkin boleh dipertimbangkan bagi kategori laptop terbaik 2021 bawah RM2500.

2. MSI Modern 14 B4MW-291 (RM2,299)

4 Laptop Terbaik 2021 Bawah RM2500

Mungkin ramai terbayangkan laptop gaming dengan lambang naga merah bila jenama MSI disebut bukan? Tetapi MSI ada mengeluarkan laptop yang khusus untuk produktiviti atau kerja, berunsur minimalis. MSI Modern 14 B4MW ini adalah antaranya, dengan rekaan yang nipis, dan tampak premium, laptop ini adalah ringan jadi mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Spesifikasi untuk laptop ini adalah seperti di bawah:

  • AMD® Ryzen 3-4300U
  • AMD Radeon™ Graphics
  • DDR IV 8GB (3200MHz) – boleh extend sehingga 64GB
  • 256GB NVMe PCIe SSD(1 slot)
  • 14″ FHD (1920*1080), IPS-Level 60Hz 45% NTSC
  • 3-Cell Li-Polymer, 52Whr capacity battery
  • Single Backlit Keyboard (White),
  • Intel Wireless-AC 9560 (2*2 a/c) + Bluetooth 5.0
  • Windows® 10 Home

 

4 Laptop Terbaik 2021 Bawah RM2500

Kelebihan utama laptop MSI ini adalah ianya ringan dan kompak, amat mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Kalau belum pernah menggunakan laptop yang ringan, amat disarankan untuk mendapatkan laptop MSI ini.

4 Laptop Terbaik 2021 Bawah RM2500

Kelebihan lain adalah kualiti binaannya, walaupun nipis, laptop ini dilengkapi dengan ports yang agak banyak. Selain itu, skrin full HD dengan panel IPS memberikan kelebihan dalam paparan grafik laptop ini yang amat cantik.

Akan tetapi, kekurangan untuk laptop ini adalah baterinya hanya mampu bertahan sehingga 3 jam. Namun dengan spesifikasi yang amat baik, amat sukar untuk menandingi laptop ini yang harganya tidak sampai RM2300 pun. Bagi kategori laptop terbaik 2021 bawah RM2500, laptop MSI Modern 14 B4MW ini juga amatlah sesuai untuk anda dan boleh dipertimbangkan.

3. Lenovo Ideapad 3 15ARE05 81W400ACMJ (RM2459)

4 Laptop Terbaik 2021 Bawah RM2500

Selain MSI, kalau anda mencari laptop yang datang dengan processor AMD Ryzen, Lenovo Ideapad ini adalah satu lagi pilihan yang boleh dipertimbangkan. Dengan harga yang masih di bawah RM2500, laptop ini lengkap dengan spesifikasi berikut:

  • AMD Ryzen 5 4500U Processor
  • AMD Radeon Graphics
  • 4GB Soldered DDR4-3200 Ram (boleh upgrade ke 8GB)
  • 512GB SSD M.2 2242 PCIe 3.0×4 NVMe
  • 15.6″ FHD (1920×1080) TN 250nits Anti-glare
  • Integrated Li-ion 35Wh battery
  • 802.11ac 2×2 Wi-Fi + Bluetooth 5.0
  • Windows 10 Home

4 Laptop Terbaik 2021 Bawah RM2500

Kelebihan laptop Lenovo Ideapad 3 ini adalah ia mendapat pujian untuk rekaan keyboard nya yang amat sesuai dan selesa untuk menaip serta peluang untuk kesilapan typo / ejaan ketika menaip amat kurang, walaupun rekaan keyboard nya tampak oldschool. Jadi amat terbaik buat anda yang banyak kerja menaip, atau menulis artikel sebagai contoh.

Kekurangan untuk laptop ini mengikut review adalah paparan skrin nya, walaupun full HD, namun ia lemah sedikit dari segi paparan warnanya yang mungkin akan lari sedikit daripada yang sebenar.

Tapi jika anda sukakan processornya yang bagus, dan keyboard pun baik, laptop Lenovo Ideapad 3 ni adalah lagi satu laptop yang disarankan untuk anda pertimbangkan bagi kategori laptop terbaik 2021 bawah RM2500.

4. Acer Aspire 3 A315-57G (RM2499)

4 Laptop Terbaik 2021 Bawah RM2500

Jenama Acer amat tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia, dan ada model laptop Acer yang berharga di bawah RM2500 dengan spesifikasi yang baik. Spesifikasi untuk model laptop ini adalah seperti berikut:

  • Intel® Core™ i5-1035G1
  • NVIDIA® GeForce® MX330
  • 4GB DDR4 SDRAM (boleh upgrade hingga 20GB)
  • 512GB SSD
  • 15.6″ Full HD display 1920 x 1080
  • 56Wh (Rated capacity) Battery
  • 65W Type-C Fast Charger
  • Bluetooth 4.2

4 Laptop Terbaik 2021 Bawah RM2500

Dengan processor Intel Core i5 dan kad grafik NVIDIA, boleh dikatakan laptop ini mempunyai performance yang baik. Nak gunakan laptop ni untuk layan game yang tak terlalu berat pun boleh, dengan spesifikasi yang cukup baik. Storage pun besar, dengan 512GB dan baterinya pula mampu bertahan selama 6 jam.

Untuk dalam kategori laptop terbaik 2021 bawah RM2500, laptop Acer Aspire 3 ini antara yang boleh dipertimbangkan dalam kelasnya dan disarankan jika anda ingin mencari laptop yang tak perlu dirisaukan lagi akan kualitinya yang sudah terbukti.

Apakah pilihan anda sekarang?

Jadi, antara 4 laptop terbaik 2021 bawah RM2500 yang telah kami senaraikan ini, yang mana menjadi pilihan anda? Terpulang kepada keperluan anda sebenarnya, dan bajet anda. Buatlah perbandingan dengan baik dan pastikan apa kegunaan utama laptop dan pilih yang sesuai dengan keperluan anda.

Kami harap perkongsian kami kali ini dapat memberi sedikit panduan buat semua dalam memilih antara 4 laptop terbaik 2021 bawah RM2500 yang bertepatan dengan keperluan anda semua. Buat pembelian dengan berhati-hati, dan pastikan anda mengetahui semua maklumat berkenaan sebelum membeli salah satu daripada laptop terbaik 2021 bawah RM2500 ini. Selain laptop, penggunaan printer juga penting semasa dirumah, anda boleh juga rujuk senarai printer terbaik ini sebelum membuat pilihan.

Adakah kerajaan masih memberi bantuan Laptop secara PERCUMA kepada Rakyat?

Ya.  Khas kepada semua pelajar yang berkelayakan. anda semestinya perlu mengambil peluang ini untuk tebus laptop secara PERCUMA 

Adakah artikel ini sangat membantu kita untuk membuat keputusan memilih?

Ya. Dari list yang diberi ini membolehkan para pengguna yang sedang “survey” laptop untuk kerja seharian dan membuat keputusan mengikut kehendak pengguna. Ianya penting untuk kita agar tidak termakan dengan pujuk rayu penjual dalam mempromosikan pakej yang ada.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More