Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Daftar Akaun KWSP Anak 14 Tahun Ke Atas

Tahukah anda bahawa anda boleh Daftar Akaun KWSP Anak berumur 14 tahun dan ke atas? Selain itu, anda juga boleh tebus insentif sebanyak RM250 setahun daripada kerajaan setelah daftar akaun kwsp anak anda.

Daftar Akaun KWSP Anak
Gambar hiasan oleh Ghazali Kori dari sumber Harian Metro

Isi Kandungan

Mengapa Perlu Daftar Akaun KWSP Anak Anda?

Untuk pengetahuan semua, pendaftaran akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dimaksudkan ini adalah untuk individu, dan dalam Simpanan Syariah bertujuan sebagai simpanan jangka panjang. Terdapat beberapa sebab yang boleh kami kongsikan kepada anda, kenapa ada kebaikan untuk buka akaun KWSP anak anda, antaranya:

  • Menjadi simpanan jangka panjang untuk anak-anak anda
  • Mendidik anak untuk menabung pada usia muda
  • Caruman tidak perlu dibuat secara bulanan
  • Menerima dividen patuh Syariah setiap tahun
  • Terima insentif tambahan oleh kerajaan sebanyak maksimum RM250 setahun (15% daripada jumlah simpanan)
  • Sebagai ahli KWSP, akan terima khairat kematian sebanyak RM2,500

Apakah Insentif RM250 Setahun (i-Saraan KWSP)?

Kerajaan telah memperuntukkan insentif sebanyak 15% daripada jumlah simpanan atau maksimum RM250 setahun untuk ahli KWSP melalui skim yang dipanggil i-Saraan KWSP. Skim ini adalah satu peluang persaraan dengan caruman sukarela, serta menerima insentif khas daripada kerajaan.

Sebagai contoh, sekiranya anak anda mencarum sebanyak RM2,000 ke dalam akaun KWSP miliknya, kerajaan akan tambah RM250 (maksimum) ke dalam akaun tersebut sebagai satu bentuk insentif di bawah skim i-Saraan KWSP.

Adakah Perlu Buat Caruman Setiap Bulan?

Setelah anda daftar akaun KWSP anak, tentunya anda tertanya-tanya sama ada perlu membuat caruman bulanan ke akaun anak tersebut.

Untuk makluman, di bawah skim i-Saraan KWSP, caruman ke akaun KWSP anak itu adalah TIDAK WAJIB dibuat secara bulanan. Pembayaran caruman boleh dilakukan secara atas talian di rumah melalui perbankan dalam talian ibu bapa.

Nota: Anda boleh bertanyakan pegawai KWSP yang membantu anda untuk daftar akaun KWSP anak anda di mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara untuk memberikan kertas panduan bagi cara memindahkan wang ke akaun KWSP anak.

Bagaimana Cara Daftar Akaun KWSP Anak 14 Tahun Ke Atas?

Untuk pengetahuan semua, anda boleh daftar akaun KWSP anak anda yang berumur 14 tahun ke atas dengan mudah di kiosk KWSP tanpa perlu ke kaunter. Di sini kami kongsikan cara mudah untuk mendaftar akaun KWSP anak:

  1. Daftar anak sebagai ahli KWSP di kiosk yang terdapat di mana-mana cawangan KWSP: kad pengenalan dan cap jari anak anda adalah diperlukan
  2. Setelah pendaftaran sebagai ahli KWSP selesai, beritahu pegawai KWSP yang bertugas berhampiran untuk bantu anda membuka i-akaun KWSP, dan tukar akaun terus kepada simpanan Syariah.
  3. Kebiasaannya, langkah 2 akan dipermudahkan oleh pegawai KWSP yang akan membantu anda untuk melakukannya terus pada komputer di sana.
  4. Selesai sahaja i-akaun dibuka, pegawai akan terus mendaftarkannya kepada jenis akaun Simpanan Syariah.
  5. Setelah siap semuanya, maklumkan kepada pegawai KWSP tersebut bahawa anda ingin daftar caruman i-Saraan (caruman sukarela) bagi akaun KWSP anak anda, dan bantuan akan terus diberikan.

Sumber Kaedah Dari Facebook Dr Zaharuddin Abd Rahman

Maklumat Lanjut

Info lanjut berkenaan skim i-Saraan KWSP boleh didapati DI SINI.

Untuk senarai cawangan pejabat KWSP, anda boleh klik pautan ini: Cawangan KWSP

Info Terkini Berkaitan KWSP

Berikut adalah info terkini yang dikeluarkan dari pihak KWSP.

  1. Bagi pengeluaran khas KWSP untuk tahun 2022, anda boleh semak mulai hari ini akan status permohonan anda. Boleh dapatkan maklumat lanjut di pautan ini: Terbaru: Semakan Status Pengeluaran Khas KWSP mulai 9 April 2022
  2. Pengeluaran Khas KWSP akhirnya dibenarkan untuk kali terakhir bagi membantu rakyat terkesan dengan pandemik COVID-19. Baca lebih lanjut di sini: Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Dibenarkan

Melihat kepada dividen KWSP simpanan Shariah kini, jika dibandingkan dengan perbankan Islam dan lain-lain simpanan, dapat dilihat ianya lebih berbaloi untuk menyimpan di KWSP simpanan Syariah buat masa ini, terutama bagi perancangan persaraan/masa tua anak-anak. Diharap perkongsian kami ini dapat memberi manfaat kepada anda terutama dalam perancangan simpanan di usia muda untuk anak-anak anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More