Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Dibenarkan

Pihak Kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media khas yang diadakan hari ini.

Pengeluaran Khas KWSP

Isi Kandungan

Sidang Media Khas oleh Perdana Menteri

Pengeluaran Khas KWSP

Satu sidang media khas telah diadakan oleh Perdana Menteri Malaysia hari ini, dan disiar secara langsung di media utama.

Dalam sidang media khas itu, antara intipati utama ucapan beliau adalah berkenaan makluman bahawa pihak kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Menurutnya, keputusan telah dibuat berdasarkan hasil kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Perdana Menteri turut menegaskan bahawa keputusan memberi kebenaran pengeluaran khas KWSP itu adalah satu keputusan yang sukar kerana ianya membabitkan simpanan hari tua rakyat. Namun pengeluaran khas ini adalah merupakan jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan juga simpanan masa hadapan. Penjelasan lanjut berkenaan pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat dalam masa terdekat oleh Kementerian Kewangan dan juga KWSP.

Pengeluaran Khas KWSP

Pengeluaran Khas KWSP

Sebelum ini, pihak kerajaan telah memberi kebenaran untuk pencarum mengeluarkan caruman KWSP mereka melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra. Ketiga-tiga skim pengeluaran khas KWSP ini berjumlah RM101 bilion, dan melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.

Pihak Kerajaan Malaysia telah melakukan kajian dan penelitian secara menyeluruh ketika negara sedang melalui fasa pemulihan selepas pandemik ini. Didapati bahawa ada lagi dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terbeban dari segi ekonomi, selain kehilangan pendapatan mahupun yang sedang membina semula kehidupan oleh kerana pandemik COVID-19 yang melanda.

Oleh yang demikian, Kerajaan telah mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak yang inginkan pengeluaran caruman KWSP. Dengan itu, Kerajaan telah memberi persetujuan untuk membenarkan pengeluaran KWSP khas sebanyak RM10,000. Nantikan maklumat lanjut berkenaan pengeluaran khas ini yang akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More