Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Sewaan Premis Bangunan MARA 2021

Usahawan Bumiputera yang tidak mempunyai premis untuk menjalankan perniagaan kini boleh memohon sewaan premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) menerusi Portal MyPremis.

Untuk makluman, terdapat 1066 lot niaga milik MARA yang kondusif dengan harga sewaan yang berpatutan ditawarkan kepada para usahawan Bumiputera di seluruh negara.

Semua application penyewaan bagi lot niaga ini hanya boleh dibuat secara atas talian melalui Portal MyPremis yang telah dibangunkan oleh pihak MARA.

Permohonan Sewaan Premis Bangunan MARA

Isi Kandungan

Syarat Permohonan

Usahawan yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat application iaitu:

  • Pemohon ialah warganegara Malaysia.
  • Pemohon merupakan usahawan Bumiputera.
  • Pemohon bebas senarai hitam daripada pihak MARA.
  • Pemohon adalah tidak bankrap.
  • Pemohon telah mendaftarkan perniagaan/syarikat melalui SSM.
  • Perniagaan adalah mengikut kesesuaian dan daya maju perniagaan atau perusahaan yang dicadangkan.
  • Had umur usahawan mestilah 16 hingga 60 tahun semasa application dibuat.

Lokasi & Kekosongan

Untuk mengetahui lokasi premis niaga MARA di seluruh negara, sila layari https://premis.mara2u.my/portal/index.php dan klik bendera mengikut negeri masing-masing.

Jumlah kekosongan beserta kadar sewa yang ditawarkan turut dipaparkan dalam portal tersebut.

Cara Memohon

Untuk membuat application premis niaga MARA, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://premis.mara2u.my/portal/form_apply.php.
  2. Isi maklumat permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Muat naik maklumat perniagaan SSM.
  4. Klik butang ‘Hantar’ untuk menghantar applicationn.

Semakan Permohonan

Semakan melalui Portal MyPremis boleh disemak status application melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://premis.mara2u.my/portal/form_semak.php.
  2. Masukkan kad pengenalan dan emel permohonan.
  3. Klik butang ‘Semak.’
  4. Keputusan permohonan dipaparkan.

Soalan Lazim

  • Jika saya ingin menyemak kekosongan premis untuk disewa, di manakah perkara tersebut boleh saya rujuk? Untuk kekosongan premis, sila layari https://premis.mara2u.my/portal/index.php.
  • Adakah bukan warganegara layak memohon penyewaan di premis niaga MARA?Tidak. Hanya warganegara Malaysia sahaja layak untuk memohon penyewaan di premis niaga MARA.
  • Jika saya masih belum mendaftar syarikat saya di bawah SSM, adakah permohonan saya akan diluluskan?Tidak. Usahawan yang mendaftar perlu mengemukakan bukti pendaftaran SSM bagi memastikan application mereka berjaya.

Info Lanjut

Sebarang info lanjut mengenai Portal MyPremis, sila layuari laman web https://premis.mara2u.my/.

Artikel lain: Permohonan Insentif Pemandu Pelancong dan Agensi Pelancongan JohorPermohonan Biasiswa Pendidikan UniSHAMS 2021 LZNK

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More