Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Daftar ShopeePay dan Aktifkannya

Disini kami kongsikan cara daftar ShopeePay dan aktifkannya. Berita baik untuk belia di Malaysia! Seperti yang telah dimaklumkan, kerajaan telah melancarkan program eBelia dan semua belia yang layak boleh mendapatkan kredit percuma RM150 melalui 4 penyedia perkhidmatan eWallet, termasuklah ShopeePay.

Mungkin ada yang dah biasa berbelanja barang keperluan menggunakan Shopee, tapi mungkin ada yang baru pertama kali nak guna Shopee.

Cara Daftar ShopeePay

Untuk menggunakan ShopeePay, anda perlulah memuat turun App Shopee terlebih dahulu. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma di peranti Android dan Apple iOS.
Setelah memuat turun, bolehlah anda mengaktifkan ShopeePay dengan langkah berikut:

  1. Buka aplikasi Shopee
  2. Pergi ke ikon ‘ShopeePay’ di homepage Shopee. (Jika anda tidak dapat melihat ikon ini, pastikan anda telah Update app ini di Google PlayStore / ioS Store)
  3. Masukkan butiran peribadi seperti nama anda dan nombor kad pengenalan.
  4. Kemudian, cipta nombor PIN (yang perlu diingat) untuk pengesahan.
  5. Anda boleh membuat pembayaran menggunakan ShopeePay sebaik sahaja ia diaktifkan dan ditambah nilai.

(NOTA: Nilai kredit RM150 boleh ditebus melalui Program eBelia ShopeePay)

1 : Klik ikon ShopeePay seperti dalam gambar di bawah.

Cara Daftar & Aktifkan ShopeePay. Tebus Kredit Percuma RM150 EBelia!

2 : Tekan butang ‘Activate ShopeePay’. Tick pada kotak kecil di bawah dan tekan butang ‘Next’.

Cara Daftar & Aktifkan ShopeePay. Tebus Kredit Percuma RM150 EBelia!

3: Cipta no pin untuk akaun ShopeePay anda. Selepas membuat verifikasi, akaun ShopeePay akan tertera di bahagian ‘Profile’ seperti di bawah.

Cara Daftar & Aktifkan ShopeePay. Tebus Kredit Percuma RM150 EBelia!

4. Anda boleh tekan pada ikon ‘ShopeePay’ dan ikon berikut akan muncul untuk tindakan selanjutnya:

  • Top Up
  • Scan
  • Pay
  • Transfer
  • Withdrawal
  • Request

Sejarah transaksi anda juga akan dipaparkan untuk rujukan anda. Sekarang, bolehlah anda berbelanja dengan ShopeePay.

Cara Penebusan Kredit Percuma RM150 eBelia ShopeePay

Tambahan pula Shopee kini menyediakan insentif RM5 kepada anda yang membuat pengesahan akaun ShopeePay masing-masing.

Sama seperti dompet digital lain, ShopeePay memerlukan anda membuat pengesahan menggunakan kad pengenalan.

Kredit RM5 akan dimasukkan ke akaun anda dalam masa 5 hari selepas pengesahan dibuat.

Untuk tebus, layari ShopeePay sekarang dan buat pengesahan segera!

Untuk maklumat lanjut berkaitan ShopeePay, sila rujuk terma dan syarat serta info terkini dari Shopee Malaysia.

Rujukan👉: https://help.shopee.com.my/s/article/How-to-activate-ShopeePay-200806

Artikel lain:Permohonan Insentif Pemandu Pelancong dan Agensi Pelancongan JohorPermohonan Biasiswa Pendidikan UniSHAMS 2021 LZNK

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More