Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Isi Borang e-Filling Online Cukai Pendapatan

Berikut adalah Cara Isi Borang E-Filling Online Cukai Pendapatan LHDN Secara ONLINE. Berita baik buat pembayar cukai yang ingin menggunakan kaedah penghantaran borang cukai pendapatan yang mudah, cepat dan selamat. Berikut dikongsikan panduan cara isi borang e-Filling cukai pendapatan LHDN secara online.

Pada tarikh 1 Mac sehingga 30 April setiap tahun merupakan tarikh untuk penghantaran borang cukai pendapatan untuk kategori BE iaitu seorang individu Warganegara Malaysia yang tidak menjalankan apa-apa perniagaan dalam tahun yang ditaksir.

Untuk makluman, e-Filing adalah satu kaedah untuk menghantar Borang Nyata Cukai (BNCP) Pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) secara elektronik melalui Internet. Walaupun tidak wajib (kecuali Borang E), pembayar cukai digalakkan menggunakan e-Filing kerana ianya merupakan kemudahan atas talian yang sungguh cepat.

Isi Kandungan

Cara Isi Borang e-Filling Cukai Pendapatan LHDN Online

Berikut dikongsikan panduan cara langkah-langkah dalam mengisi borang cukai pendapatan secara online melalui ezHASiL.

  • Langkah 1 (Log Masuk)

    Fungsi ini digunapakai oleh pengguna samada individu atau organisasi. Setiap pengguna mestilah
    mengaktifkan No.PIN dahulu pada Login Kali Pertama bagi memperoleh sijil digital terlebih dahulu.

    • Pembayar cukai yang belum pernah menggunakan aplikasi e-Filing perlu memohon nombor PIN e-Filing terlebih dahulu dari kaunter khidmat pelanggan LHDNM.
    • Sila masukkan No.Pengenalan dan juga Kata Laluan yang tepat, dan klik butang Hantar.

    Layari Laman Web ezHasil di pautan berikut :-

    ATAU

    Cara Isi Borang e-Filling Online Cukai Pendapatan

    2. e-Borang

    Pengguna akan dipaparkan skrin Perkhidmatan apabila telah berjaya log masuk sistem ezHASiL.

    Cara Isi Borang e-Filling Online Cukai Pendapatan

    i. Skrin eBorang

    Klik pautan e-Borang di bawah menu e-Filing. Sistem ezHASiL akan memaparkan skrin eBorang seperti di bawah

    Cara Isi Borang e-Filling Online Cukai Pendapatan

    ii. Pada skrin e-Borang, pilih jenis borang dan klik tahun taksiran yang berkaitan.

    iii. Skrin borang e-BE akan dipaparkan. Maklumat pada borang terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:

    • a. Maklumat Individu
    • b. Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan
    • c. Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai
    • d. Rumusan
    Cara Isi Borang e-Filling Online Cukai Pendapatan

    3. Maklumat Individu

    i. Pada skrin Maklumat Individu, ruangan maklumat yang bertanda (*) adalah mandatori untuk diisi. Maklumat yang telah diisi akan disimpan apabila pengguna klik pada “tab” yang seterusnya.

    • a. Klik butang Nota Penerangan BE untuk Penerangan mengenai borang BE
    • a. Klik pautan English untuk borang BE dalam versi Bahasa Inggeris

    4. Pendapatan Berkanun (Cara Isi Borang e-Filling Online)

    i. Pada skrin Pendapatan Berkanun, Jumlah Pendapatan Dan Pendapatan Tahun Kebelakangan Yang Belum Dilaporkan, maklumat berkenaan penggajian (gaji) akan dipaparkan. Pengguna boleh mengisi maklumat berkenaan pendapatan pada skrin ini.

    Cara Isi Borang e-Filling Online Cukai Pendapatan

    ii. Pada skrin Pelepasan / Rebat / Tolakan Cukai / Pelepasan Cukai, pengguna boleh mengisi maklumat untuk pelepasan cukai. Penerangan boleh diperolehi sekiranya tetikus digerakkan pada simbol Cara Isi Borang e-Filling Online Cukai Pendapatan

    Cara Isi Borang e-Filling Online Cukai Pendapatan

    5. Rumusan (Cara Isi Borang e-Filling Online)

    i. Pada skrin Rumusan, rumusan cukai akan dipaparkan sama ada pengguna mempunyai “Lebihan Bayaran” atau “Baki Cukai Kena Dibayar”. Pengguna juga boleh menyemak semula rumusan maklumat yang telah diisi seperti “Jumlah Pendapatan”. Tekan butang Teruskan untuk menghantar pengisytiharan borang.

    Cara Isi Borang e-Filling Online Cukai Pendapatan

    6. Akuan

    i. Pada skrin Akuan, Terdapat 3 pilihan menu pada skrin ini iaitu:

    Cara Isi Borang e-Filling Online Cukai Pendapatan
    • a. Cetak Draf Borang – Mencetak draf borang dalam bentuk PDF
    • b. Tandatangan & Hantar – Untuk menghantar e-Borang
    • c. Kembali – Kembali ke skrin yang sebelumnya

    Tekan butang Tandatangan & Hantar untuk menghantar e-Borang.

    7. Tandatangan Dan Hantar Borang

    i. Apabila butang Tandatangan & Hantar ditekan, skrin Tandatangan akan dipaparkan.

    Cara Isi Borang e-Filling Online Cukai Pendapatan

    Masukkan No Pengenalan dan Kata Laluan yang tepat untuk menghantar borang yang telah diisi. Huruf besar atau kecil yang dimasukkan hendaklah tepat seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

    8. Pengesahan Penerimaan Borang Cukai Pendapatan (Cara Isi Borang e-Filling Online)

    i. Skrin Pengesahan Penerimaan e-BE Bagi Tahun Taksiran XXXX seperti di bawah akan dipaparkan. Terdapat 3 butang pada skrin ini iaitu :-

    • a. Butang Simpan & Cetak Pengesahan – Untuk menyimpan dan mencetak slip pengesahan penerimaan borang
    • b. Butang Simpan & Cetak e-BE – Untuk menyimpan dan mencetak salinan e- Borang
    • c. Butang Keluar – Untuk keluar dari e-Borang
    Cara Isi Borang e-Filling Online Cukai Pendapatan

    Kategori Pembayar Cukai

    Terdapat dua (2) kategori pembayar cukai iaitu seperti berikut :-

    i) Pembayar Cukai yang telah mendaftar Sijil Digital

    Mereka yang sudah mendaftar Sijil Digital boleh melayari Laman web ezHASIL untuk mengisi borang cukai di pautan ezHasil. Pembayar cukai boleh mengakses borang cukai dengan memasukkan No. Pengenalan Baru dan Kata Laluan. Untuk makluman dan bermula dari tarikh 1 Disember 2015, Kata Laluan mestilah mempunyai 8 hingga 12 aksara, kombinasi abjad dan nombor seperti berikut :-

    1. Sekurang-kurangnya satu (1) huruf besar
    2. Sekurang-kurangnya satu (1) huruf kecil
    3. TIDAK mengandungi aksara khas atau simbol. (Contoh : pAssword123)
    4. Sekurang-kurangnya satu (1) nombor.

    ii) Pembayar Cukai yang belum mendaftar Sijil Digital

    Sijil Digital adalah pengenalan elektronik yang sama pentingnya dengan kad pengenalan ataupun MyKad. Ia digunakan untuk mengesahkan identiti atau membolehkan pengguna memperolehi hak untuk mendapatkan maklumat serta melakukan transaksi secara dalam talian.

    Permohonan No. PIN Individu boleh dibuat melalui cawangan LHDNM yang berdekatan. Permohonan nombor pin e-Filing Organisasi pula boleh dibuat melalui saluran berikut:-

    • Cawangan LHDNM/ Pusat Transformasi Bandar (UTC)/ Pusat Khidmat Hasil (PKH)

    Permohonan perlu disertakan dengan dokumen berikut :-

    1. Borang CP55B yang lengkap diisi
    2. Borang 49. Jika Borang CP55B ditandatangani oleh Pengarah Syarikat
    3. Surat lantikan sebagai Wakil Syarikat : Jika CP55B ditandatangani oleh individu selain Pengarah Syarikat
    4. Salinan kad pengenalan/ pasport Pengarah Syarikat atau Wakil Syarikat

    Maklumat Lanjut

    • Panduan cara mengisi borang efilling boleh dimuat turun atau didownload di ezHasil

    Lupa kata laluan

    1. Jika mempunyai e-mel berdaftar dengan LHDNM, sila ke Terlupa Kata Laluan atau
    2. Jika mempunyai no telefon bimbit berdaftar dengan LHDNM, sila mohon Kod Pengaktifan Sementara melalui SMS atau
    3. Hadir ke Cawangan LHDNM yang berdekatan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More