Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Kemaskini UPU Online Untuk Lepasan SPM

Disini kami kongsikan Cara Kemaskini UPU Online sebagai rujukan kepada semua pelajar khususnya.  Maklumat penting untuk lepasan SPM 2020 apabila mendapat keputusan SPM pada Khamis 10 Jun 2021, Fasa Pengemaskinian hanya dibuka dalam tempoh 5 hari selepas keputusan diumumkan.

Maka, anda boleh login semula ke UPUOnline dan lakukan pengemaskinian pada senarai program yang dipohon sebelum ini.

NOTA: Mana-mana program yang tidak menepati syarat khas akan digugurkan dari senarai.

Cara Kemaskini UPUOnline Untuk Lepasan SPM

Buat kiraan merit yang terkini dan letakkan program yang berpotensi besar untuk pemohon dapat tawaran, di pilihan teratas.

Jangan tunggu saat-saat akhir untuk lakukan kemaskini ini kerana dikhuatiri sistem akan sesak pada masa tersebut.

Isi Kandungan

Cara Kemaskini UPU Online

  1. Pemohon boleh buat pengemaskinian menerusi laman sesawang UPU https://online.mohe.gov.my/UPUOnline/ [ Akan dibuka bila tiba waktunya ]
  2. Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
  3. Log masuk seperti biasa.
  4. Calon boleh mengemaskini pada ruangan yang dikehendaki seperti maklumat diri dan akademik dan ikut arahan seterusnya.
  5. Setelah selesai pengemaskinian, klik pada butang ‘SAH‘ dan ‘HANTAR‘.

Cara Kemaskini UPUOnline Untuk Lepasan SPM

Maklumat Lanjut

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

TALIAN HOTLINE  : 03 8870 8200
FAKS            : 03 8870 6864
ALAMAT EMEL     : [email protected]

Dimanakan untuk dapatkan No Pin UPU?

Para pelajar boleh mendapatkannya di BSN. Anda boleh rujuk Nombor Pin UPU BSN 2021  untuk cara mendapatkannya.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More