Cara Mohon Rumah Mampu Milik Terengganu 2020

Isi Kandungan
Cara Mohon Rumah Mampu Milik Terengganu 2020 Kepada Golongan B40 (RMMT) Secara Online
Rumah merupakan aset penting yang menjadi idaman setiap individu. Antara faktor pendorong utama yang menjadi sebab kenapa anda perlu beli rumah ialah kerana harga rumah yang semakin meningkat hari demi hari, polisi bank dan juga bagi memastikan pemilikan rumah di kalangan Bumiputera meningkat.
Semua orang sedia maklum bahawa rumah merupakan keperluan asas bagi setiap manusia di muka bumi. Oleh itu, memiliki rumah adalah sangat penting sebagai tempat berteduh dan berlindung.
Apabila anda mempunyai sebuah rumah, secara automatik anda telah dikira mempunyai aset. Hal ini kerana, hartanah dikira sebagai aset dan bukan lialibiliti. Rumah juga mampu dijadikan cagaran kepada pihak bank bagi urusan perundangan dan perbankan.
Apabila anda telah tua kelak, memiliki rumah merupakan satu bonus kepada anda untuk diwariskan kepada waris anda. Boleh jadi rumah tersebut menjadi tempat tinggal anak – anak anda mahupun dijual untuk mendapatkan tunai.
Namun bukan itu yang ingin penulis mahu anda semua fokuskan. Di sini dikongsikan. Cara Mohon Rumah Mampu Milik Terengganu 2020 Kepada Golongan B40 (RMMT) Secara Online.
Berita baik buat anda khususnya rakyat negeri Terengganu yang berpendapatan rendah dan ingin memiliki rumah. Untuk makluman, kerajaan Negeri Terengganu menawarkan satu skim perumahan iaitu Rumah Mampu Milik Terengganu (RMMT) kepada golongan yang berpendapatan rendah. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Rumah Mampu Milik Terengganu secara atas talian (online) menerusi laman web eperumahan.terengganu.gov.my.
SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON RMMT
Cara Mohon Rumah Mampu Milik Terengganu 2020 Secara Online
- Buat Pendaftaran secara Online DI SINI . Pemohon perlu membuat akaun terlebih dahulu sebelum boleh membuat permohonan.
- Sila buat username dan kata lauan sendiri. Pilihlah username dan password yang memang anda akan ingat. Pengaktifan akan dilakukan secara automatik oleh sistem.
- Log Masuk ke akaun pemohon DI SINI. Menggunakan username dan password yang anda telah daftarkan tadi,
- Kilk pada Permohonan Saya. Pilih Daerah Projek Perumahan.
- Isi atau kemaskini maklumat pemohon dan klik HANTAR.
PERTANYAAN MENGENAI RMMT
Sebarang pertanyaan tentang Rumah Mampu Milik Terengganu, sila hubungi di talian:
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU
( PERUMAHAN )
Tingkat Bawah No. 28,
Pusat Niaga Paya Keladi,
20000 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
Telefon : 09 – 626 7999 / 09 – 631 7999
Faks : 09 – 6262999
Penafian : Kerajaan Negeri tidak melantik mana-mana pihak untuk mewakili dalam urusan permohonan rumah mampu milik (RMM). Pihak Tcerdotmy hanya bantu memberi perkongsian tentang Cara Mohon Rumah Mampu Milik Terengganu 2020 Secara Online.