Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Mohon Semula Keputusan Sijil Peperiksaan Secara Online

Keputusan Sijil Peperiksaan anda hilang?

Bagi anda yang sudah lama tinggalkan zaman persekolahan pasti mempunyai masalah apabila sijil peperiksaan persekolahan anda hilang atau rosak terutamanya ketika ingin membuat permohonan kerja. Sesetengah syarikat memerlukan pelbagai rujukan termasuklah perlu lampirkan sijil keputusan peperiksaan awam bersama resume.

Menjadi satu masalah apabila sijil-sijil yang berkaitan sudah rosak mahupun hilang. Justeru itu, apa penyelesaiannya?

CARA MOHON SEMULA KEPUTUSAN SIJIL PEPERIKSAAN SECARA ONLINE

Sebenarnya ada jalan penyelesaian mudah yang dapat membantu anda yang menghadapi masalah ini. Ikuti perkongsian daripada seorang wanita tentang cara-cara untuk mendapatkan semula salinan sijil peperiksaan dari PMR sehinggalah STPM atau STAM.

“Sekarang dah mudah dah cara nak minta salinan keputusan peperiksaan PMR / SPM / STAM dan lain-lain. Pening fikir macam mana, bila interview nak tengok keputusan yang original, tak nak potostat punya”.

“Buka  website https://elp.moe.gov.my/, pilih salinan keputusan dan isi je borang. Tak sampai seminggu dah dapat. Alhamdulillah. Tapi, ada sedikit caj yang kene bayar.”

KEPUTUSAN SIJIL PEPERIKSAAN

 

KEPUTUSAN SIJIL PEPERIKSAAN

PENUTUP

Akhir kata, semoga perkongsian kami kali ini berkaitan dengan Cara Mohon Semula Keputusan Sijil Peperiksaan Secara Online dapat memberi manfaat buat anda semua terutamanya bagi yang sedang mencari kerja. Moga dipermudahkan segala urusan semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info dan isu semasa sila layari https://www.tcer.my/.

Terima Kasih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More