Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Mudah Buat Sup Thai Macam Dekat Kedai

Cara Mudah Buat Sup Thai kali ini dijamin sangat sedap dan boleh cuba buat sendiri di rumah!

Pernah tak anda terfikir untuk membuat Sup Thai sendiri di rumah?

Pernah tak anda singgah ke kedai makan dan selepas balik rumah terngiang-ngiang rasa hidangan yang dipesan kerana terlalu sedap sehingga kedai tersebut akan dijadikan sebagai ‘kedai kegemaran’?

Kebiasaannya, makanan itu membuatkan kita teringat-ingat kerana tukang masak tersebut mempunyai kemahiran dalam bidang masakan ataupun mahir dalam memasak pelbagai sajian.

Antara masakan yang menjadi pilihan orang ramai ialah masakan dari negara Thailand, sebagai contoh tom yam, sup thai dan lain-lain kerana rasa yang ada dalam masakan itu adalah sempurna, lebih-lebih lagi jika dipesan di kedai makan.

Kadang-kadang apabila mencuba untuk memasaknya di rumah, rasa hidangan itu tidak sama seperti di kedai.

Jadi, usah risau kerana pengguna Facebook Hajal Aishah Zakirai telah berkongsi kepada orang ramai Cara Mudah Buat Sup Thai yang sebiji sama seperti di kedai.

Kalau nak tahu, resepi atau Cara Mudah Buat Sup Thai tersebut kini telah mendapat perkongsian sebanyak 163,000 daripada orang ramai.

Bukan sahaja ringkas, malah ia juga mudah untuk dimasak, jadi ayuh kita lihat resepi tersebut.

Resepi Sup Thai

Admin yakin pasti ramai yang memerlukan Cara Mudah Buat Sup Thai ini, bukan? Selamat Mencuba!

Pertama sekali, bahan-bahan yang perlu disediakan adalah

  1. Bawang besar
  2. Bawang putih
  3. Daun limau purut
  4. Serai
  5. Halia
  6. Sup bunjut
  7. Tomato
  8. Daun ketumbar
  9. Limau nipis (sebiji)
  10. Sos ikan
  11. Lobak merah
  12. Saderi
  13. Ayam / Daging (boleh letak apa sahaja yang anda mahu)

Cara Mudah Buat Sup Thai

Cara Mudah Buat Sup Thai

Cara mudah buat Sup Thai ini adalah

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk bersama.
  2. Kemudian masukkan bawang merah, serai, daun limau purut dan sup bunjut. Tumiskan sehingga layu.
  3. Apabila sudah wangi bahan yang ditumiskan sebentar tadi, masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.
  4. Selepas itu, masukkan ayam atau daging yang dicuci bersih dan dihiris dengan nipis. Masak sehingga empuk.
  5. Masukkan sayur yang keras dahulu, iaitu lobak merah dan saderi.
  6. Setelah itu, masukkan tomato, sedikit sos ikan dan limau nipis secukupnya.
  7. Masukkan garam dan secukup rasa sedikit.
  8. Biarkan reneh sekejap dan siap untuk dihidangkan.
  9. Jangan lupa untuk tabur daun ketumbar.
  10. Sup tersebut juga boleh dinikmati bersama sambal belacan, timun jepun dan juga telur dadar.

Kredit Sumber: Hajal Aishah Zakirai

Cara Mudah Buat Sup Thai ini sangat sesuai untuk dicuba sendiri di rumah kerana ianya mudah sahaja untuk disediakan.

Diharapkan semoga perkongsian tentang Cara Mudah Buat Sup Thai ini dapat membantu anda yang sedang mencari resepi untuk mencuba hidangan yang menarik dan berlainan untuk keluarga tercinta atau untuk jualan kecil-kecilan.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan pelbagai lagi resepi lain yang menarik dan sedap di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan resepi-resepi terbaik untuk rujukan utama anda.

Selamat Mencuba!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More