Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Doa Ketika Hujan Lebat, Petir dan Guruh

Hujan lebat diselangi dengan petir dan guruh amatlah menggerunkan. Ada juga yang takut sehingga sembunyi ke dalam selimut. Akan tetapi, hujan lebat ini merupakan peringatan kepada kita sebagai hambaNya dan hanya kepada Allah tempat kita memohon perlindungan. Apabile terdengar petir dan kilat, anak-anak kecil semestinya akan berasa gerun. Pada ketika inilah para ibubapa perlu ajar tentang kelebihan berdoa pada hari hujan. Bacaan doa ketika munculnya petir bertujuan untuk mengharap perlindungan dari Allah SWT.

Membaca doa ketika mendengar petir sebaiknya diamalkan dan juga diajarkan oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak kecil supaya mereka juga terbiasa berdoa ketika melihat atau mendengar petir.

hujan

Doa Ketika Petir 1

Disebutkan dalam hadis daripada Abdullah bin Zubair RA, apabila mendengar petir, baginda terus berhenti bercakap dan membaca:

سُبْحَانَ الَّذِي (يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيفَتِه) ثُمَّ يَقُولُ: إِنَّ هَذَا لَوَعِيدٌ شَدِيدٌ لِأَهْلِ الْأَرْضِ

Maksudnya : “Maha suci Allah yang Dialah juga yang disucikan oleh guruh dan para malaikat dengan bertasbih memujiNya kerana takut kepadaNya.”

Sesudah berdoa, baginda bersabda pula dengan maksud: “Sesungguhnya ini adalah peringatan yang keras untuk penduduk bumi.”

(Riwayat Imam Malik di dalam al- Muwatta’, no.1801 & hadis ini juga diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrad, no.724)

Doa Ketika Petir 2

Doa lain yang Rasulullah sering amalkan ketika guruh adalah daripada hadis riwayat Abdullah bin Umar, baginda membaca doa ini;

اللَّهُمَّ لَا تَقْتُلْنَا بِصَعْقِكَ، وَلَا تُهْلِكْنَا بِعَذَابِكَ، وَعَافِنَا قَبْلَ ذَلِكَ

Maksudnya: “Ya Allah! Janganlah Engkau membunuh kami dengan kemarahanmu dan janganlah Engkau binasakan kami dengan azabMu serta ampunilah kami sebelum daripada itu.”

Selain itu, disunatkan juga untuk bertasbih ketika mendengar guruh disamping berdoa supaya dilindungi daripada bencana dan keburukan dari makhluk-Nya.

Doa Ketika Hujan Lebat

Petir juga seringkali diiringi dengan hujan. Di sini disertakan sekali doa yang boleh dibacakan ketika hujan atau hujan lebat.

NOTA: Doa ketika hujan adalah termasuk antara waktu doa yang mustajab, jadi jangan lepaskan peluang untuk berdoa ketika waktu tersebut ya!

1. Doa Ketika Turun Hujan

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻴِّﺒًﺎ ﻧَﺎﻓِﻌًﺎ

Maksudnya: “Ya Allah turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat.”
(HR al-Bukhari 1032 & HR Nasa’i 1506)

2. Doa Apabila Hujan Lebat

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺣَﻮَﺍﻟَﻴْﻨَﺎ ﻭَﻟَﺎ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ,ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﻋَﻠَﻰ ﺍلآكَاﻡِ ﻭَﺍﻟﻈِّﺮَﺍﺏِ ﻭَﺑُﻄُﻮﻥِ ﺍﻟﺄَﻭْﺩِﻳَﺔِ ﻭَﻣَﻨَﺎﺑِﺖِ ﺍﻟﺸَّﺠَﺮِ

Maksudnya: “Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami, bukan untuk merosak kami. Ya Allah, turunkanlah hujan di dataran tinggi, bukit-bukit, perut lembah & tempat tumbuhnya pokok-pokok.”
(HR al-Bukhari 957 & HR Nasa’i 1510)

3. Doa Selepas Hujan Turun

ﻣُﻄِﺮْﻧَﺎ ﺑِﻔَﻀْﻞِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺘِﻪِ

Maksudnya: “Kita diberi hujan kerana kurnia & rahmat Allah..”
(HR. al-Bukhari 846, 980, 3832, HR Muslim 104 & HR Abu Daud 3407)

DOA KETIKA ANGIN KENCANG

عَنْ عَائِشَة رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا عَصَفَتِ الرِّيحُ، قَالَ: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا، وَخَيْرَ مَا فِيهَا، وَخَيْرَ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا، وَشَرِّ مَا فِيهَا، وَشَرِّ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ.

Daripada ‘Aisyah rah berkata: Apabila ada angin kencang bertiup Nabi saw berdoa:

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا، وَخَيْرَ مَا فِيهَا، وَخَيْرَ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا، وَشَرِّ مَا فِيهَا، وَشَرِّ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ.

Yang bermaksud: Ya Allah! Ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu akan kebaikan angin ini dan kebaikan apa yang terkandung di dalamnya, serta segala kebaikan yang dibawanya, dan aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada keburukan angin ini dan keburukan apa yang terkandung di dalamnya serta segala keburukan yang dibawanya.

[H.R Muslim]

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Doa Ketika Hujan Lebat, Petir dan Guruh ini akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih.

Artikel lain: 6 Tempat Simpan Duit Di Rumah Yang Hebat

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More