Sumber Rujukan Globalisasi Anda

CARA MUDAH “PACK” BAJU ANAK UNTUK PERGI BERCUTI

Baju anak yang paling penting kita kena bawa time bercuti selain baju kita. Perkara yang merunsingkan bagi seorang Ibu bila hendak pergi bercuti adalah hendak kemas baju anak-anak untuk di bawa pergi bercuti atau pulang ke kampung. Manakan tidak, anak-anak ramai, perlu baju yang mencukupi untuk ditukar jika kotor atau mandi kolam renang dan sebagainya. Almaklum kanak-kanak ini kadang-kadang main redah sahaja janji seronok bagi mereka. Ini yang sentiasa merunsingkan seorang Ibu hingga terpikir mahu sahaja di bawa almari pergi sekali. Ruang juga perlu dijimatkan, barang lain juga perlu di bawa sekali.

baju anak
CARA MUDAH "PACK" BAJU ANAK UNTUK PERGI BERCUTI 2

Dalam entri ini, Ibu ini kongsi cara untuk pack baju anak mengikut tarikh dan hari supaya sentiasa dapat jimatkan ruang dan lebih teratur.

Isi Kandungan

BUNGKUS BAJU ANAK IKUT TARIKH

Ok meh kakak nak cerita sikit. Ni cara kakak pack baju untuk balik raya. Idea cousin jugak ni. Tq che ani Wan Rosnita Junoh. Baju-baju ni dibungkus mengikut tarikh & siang atau malam. Tujuannya untuk menjimatkan ruang simpanan dalam kereta. Kat sini ada bungkusan :

CARA PACKING BAJU ANAK

Kau kena bawa sebuah beg kecik sebab nanti kau perlukan beg tu untuk angkut bungkusan ke dalam rumah / hotel / homestay ikut tarikh baju yang kau nak pakai. Bungkusan letak mana? Kakak letak bawah setiap seat, dalam tempat simpan tayar spare & kat mana je kakak boleh selit. Yang penting tak nampak kat mata, semak. Susun pun kena ikut tarikh tau. Supaya tak tercari-cari.

Kakak pakai Alza je, makanya semua seat tu boleh baringkan & letak segala macam comforter untuk keselesaan anak-anak kakak. Sebab kami biasanya gerak pagi-pagi buta waktu anak-anak tido. Comforter & bantal bukan saja-saja bawak sebab anak nak tidur je tau. Tapi bila balik kampung ramai-ramai, mesti ada masalah kurang bantal & selimut kan? Tu lah gunanya. Ok tu je la kot yang kakak boleh kongsi kat sini. Sesuai la untuk keluarga sederhana besar macam kami ni. Baju ibu kat mana?

Baju ibu dalam beg sebab baju ibu besar, susah nak bungkus-bungkus gitu. Tapi tetap jugak menjimatkan ruang. Yang penting bawa baju nak pakai, tetap ikut tarikh tu. Jangan bawa almari, memang tak muat kereta la. Beg untuk barang-barang mandian, beg mekap, accessories tu buat seminima yang mungkin. Biar apa yang kita bawa tu berguna, jangan yang tak berguna pun bawa jugak.

Selain dari itu, kepada yang mencari tempat-tempat menarik, anda bolehlah pergi ke dabong, sangat famous! 12 TARIKAN FENOMENA TRAIN TO DABONG kami kongsikan untuk semua. Semoga bermanfaat.

Nota kaki : bungkusan tu kecik je sebenarnya tau. Jangan pakai plastik besar. Sebab anak 4 orang, dalam sebungkus tu ada 4 pasang pakaian je la.

Kredit : Ellie Syahhidah Abd Rahman

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More