Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Rayuan Haji Telah Di Buka Secara Online Melalui THiJARI

Rayuan Haji sudah boleh dibuat di aplikasi THiJARI bermula hari ini sehingga 13 Februari 2021. Anak-anak dah boleh buat rayuan haji untuk ibu bapa masing-masing yang tidak biasa dengan sistem atas talian.

Isi Kandungan

Siapakah yang layak membuat rayuan

  • Semua pendeposit TH;
  • Telah mendaftar haji; dan
  • Telah mendaftar Aplikasi THiJARI (Hanya pendeposit akaun dewasa (18 tahun ke atas) sahaja boleh mendaftar THiJARI).

Kategori Rayuan 

  • Suami menjadi mahram kepada isteri Terpilih
  • Lelaki menjadi mahram kepada wanita Terpilih (44 tahun dan ke bawah)
  • Isteri mengikut suami Terpilih    
  • Lelaki menjadi mahram kepada wanita Terpilih (45 tahun dan ke atas)
  • Isteri mengikut suami dan madu Terpilih
  • Bakal Haji Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Bakal Haji Muallaf
  • Bakal Haji Lanjut usia (75 tahun dan ke atas)
  • Bakal Haji Daftar Lama.
  • Lain-lain Rayuan

Pendeposit hendaklah membuat rayuan menggunakan Aplikasi THiJARI. Pendeposit tidak boleh membuat rayuan melalui cawangan Tabung Haji. Pendeposit akan mendapat maklumbalas permohonan rayuan melalui paparan pengesahan rayuan yang boleh dimuat turun dan dicetak dan emel THiJARI kepada pemohon.

rayuan haji

Pendeposit boleh menyemak semula status rayuan haji mereka dengan menggunakan Aplikasi THiJARI. Dokumen sokongan perlu disahkan dahulu dan hendaklah dihantar ke Pejabat TH Cawangan yang berhampiran. Dokumen sokongan yang diperlukan adalah berdasarkan arahan yang dikeluarkan dalam Surat Akuan Terimaan Rayuan Haji mengikut kategori berikut:

  • Suami menjadi mahram kepada isteri Terpilih
  • Lelaki menjadi mahram kepada wanita Terpilih (44 tahun dan ke bawah)
  • Isteri mengikut suami Terpilih
  • Lelaki menjadi mahram kepada wanita Terpilih (45 tahun dan ke atas)
  • Isteri mengikut suami dan madu Terpilih
  • Bakal Haji Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Bakal haji Muallaf

Pendeposit perlu mengemukakan sendiri dokumen sokongan yang telah disahkan ke TH Cawangan yang berhampiran. Semua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A. Manakala bagi Borang Pengesahan Mahram hendaklah disahkan oleh:

  • Pegawai Tadbir Agama Daerah
  • Penghulu
  • Penggawa
  • Ketua Kampung
  • Nazir/Imam Masjid

Jika pendeposit mahu membatalkan rayuan, pendeposit perlu hadir ke Pejabat TH Cawangan untuk kemukakan permohonan pembatalan rayuan, samada rayuan beliau telah diluluskan atau belum.

Muat turun aplikasi THiJARI melalui:

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Rayuan Haji ini akan memberi sedikit info dan manfaat kepada semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

menarik untuk dibaca:  Bantuan Awal Persekolahan Sesi 2021

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More