Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Pengaktifan dan Pemasangan Tag RFID Touch n Go Pada Kenderaan

Penggunaan Tag RFID tentunya akan memudahkan pemanduan anda, terutamanya bagi pengguna yang sering melalui tol di bandar-bandar ibu kota. TNG RFID adalah sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat pengenalan frekuensi radio yang juga dikenali sebagai TNG RFID Tag untuk melalui tol.

Semasa kenderaan melalui tol, pengimbas akan mengesan frekuensi radio dari Tag RFID TNG dan mengenakan tambang. Tag ini kemudiannya akan dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet pengguna di mana tambang akan ditolak secara automatik.

Berbeza dengan SmartTAG yang menggunakan imbasan infrared, TNG RFID menggunakan tag yang dipasang pada kereta anda dan diimbas semasa melakukan transaksi.

Isi Kandungan

Kelebihan Tag RFID

Menerusi RFID, pelanggan lebuh raya tidak perlu lagi berhadapan kesukaran menambah nilai kad Touch ‘n Go mereka kerana ia boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian menerusi telefon bimbit dan aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang dihubungkan terus kepada tag RFID yang dipasang pada kenderaan.

Tag ini juga tidak memerlukan bateri dan boleh berfungsi dengan mudah.

Cara Pengaktifan & Pemasangan Tag RFID Touch n Go Pada Kenderaan

Cara Daftar & Mengaktifkan Tag RFID

RFID boleh didapati di Touch ‘n Go eWallet, Lazada, Shopee atau Pusat Pemasangan berhampiran anda.

Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu mengikuti langkah berikut:

  1. Klik pada ikon RFID pada aplikasi Touch n Go eWallet
  2. Klik pada butang ‘Activate’
  3. Isikan dan semak butiran akaun anda
  4. Daftarkan kenderaan anda
  5. Masukkan nombor tag RFID 24-digit atau scan barcode pada pakej pembelian
  6. Buat pengesahan dan verifikasi.

Bagi membolehkan pelanggan menggunakan sistem ini untuk transaksi tol, PLUS juga menyediakan perkhidmatan pemasangan tag di pusat pemasangan yang disediakan di seluruh negara.

Cara Pemasangan Tag FRID

Setelah mengaktifkan, anda boleh terus membuat pemasangan tag tersebut pada kenderaan anda.

Langkah pemasangan RFID pada kenderaan adalah seperti berikut:

  1. Bersihkan permukaan yang ingin dipasang sama ada di cermin hadapan atau lampu
  2. Buka pelekat dan tampalkan
  3. Pergi ke laman web TNG atau TNG e-Wallet
  4. Daftar nombor siri RFID dan masukkan maklumat kenderaan
  5. TNG RFID akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam

Cara Pengaktifan & Pemasangan Tag RFID Touch n Go Pada Kenderaan

Sila rujuk panduan video di bawah:

https://youtu.be/KSrZltMxgUA

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://rfid.touchngo.com.my/main.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More