Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cara Untuk Cek Akaun Bank Scammer Melalui CCID

Cara Untuk Cek Akaun Bank Scammer melalui CCID. Di zaman moden dan berteknologi tinggi, semua transaksi boleh dilakukan melalui talian. Tetapi tahukah anda semenjak dua menjak ini kes penipuan “scammer” banyak berlaku di kalangan rakyat Malaysia.

Di sini kami akan menceritakan cara-cara untuk mengenal pasti scammer dengan mengisi maklumat dan memuat turun aplikasi.

Isi Kandungan

Cara Untuk Cek Akaun Bank Scammer: Laman Web CCID

Sebelum anda melakukan apa apa transaksi, lebih lebih lagi jumlah yang beribu, anda disyorkan untuk membuat semakan nombor akaun yang ingin di transfer dan nombor telefon.

Disini kami akan mengajar anda cara check scammer online ini. Langkahnya mudah sahaja dan hanya mengambil masa selama seminit.

  1. Buka pautan CCID ( Commercial Crime Investigation Department ).
  2. Anda boleh pilih 2 kategori iaitu no akaun bank dan no telefon.
  3. Masukkan no akaun bank atau no telefon individual yang disyaki.
  4. Isi maklumat captcha.
  5. Tekan butang semak maklumat.
  6. Maklumat berkaitan akaun bank atau nombor telefon akan dipaparkan sama ada ia ada sejarah, dilapor sebagai scammer.

Cara Untuk Cek Akaun Bank Scammer Melalui CCID

Cara Untuk Cek Akaun Bank Scammer : Aplikasi CCID Semak Mule

Jikalau anda jenis yang selalu melakukan transaksi dan berurusniaga dalam talian anda digalakkan untuk memuat turun aplikasi CCID Semak Mule di Google Play store. Ini kerana untuk memudahahkan dan mempercepatkan proses tanpa perlu membuka komputer riba di pautan ini CCID 

Cara Untuk Cek Akaun Bank Scammer Melalui CCID

Selain daripada perkhidmatan online, anda juga boleh membuat sebarang pertanyaan atau aduan melalui 3 saluran yang kami sertakan :

  • Whatsapp CCID Infoline : 013- 211 1222
  • CCId Scam Response Center : 03- 2610 1559 / 03- 2610 1599
  • Facebook: @JSJKPDRM atau @CyberCrimeAlertRMP

Cara Untuk Cek Akaun Bank Scammer

Portal CCID ini membolehkan sesiapa untuk cek melalui no akaun bank dan nombor telefon.

Melayari melalui laman web CCID ( Commercial Crime Investigation Department ) di laptop dan telefon bimbit.

Jikalau anda jenis yang selalu melakukan transaksi dan berurusniaga dalam talian anda digalakkan untuk memuat turun aplikasi CCID Semak Mule di Google Play store. Ini kerana untuk memudahahkan dan mempercepatkan proses tanpa perlu membuka komputer riba di pautan ini CCID 

Aplikasi Truecaller app

Cara Untuk Cek Akaun Bank Scammer Melalui CCID

Download aplikasini ini dan update database scammer, spammer yang menghubungi anda.

Fungsi aplikasi ini ialah apabila nombor yang tidak dikenali atau scammer yang menghubungi anda, aplikasi ini akan memberitahu  dengan memaparkan di ruang skrin telefon anda.

Kekurangan aplikasi ini hanyalah aplikasi ini hanya mengesan nombor scammer sahaja bukannya nombor bank. Muat turun di sini Truecaller.

Akhir Kata

Diharapkan pembaca dapat mengelakkan daripada menjadi mangsa scammer . Ini kerana scammer pada masa kini sangat licik dan bijak dalam memanipulasikan perkara. Mereka sering berlakon sebagai penjawat awam untuk kita percaya. Jadi setelah anda membaca artikel ini diharapkan anda lebih serious dalam hal transaksi atas talian.

Tips Untuk Elak Scammer Daripada Berleluasa

Kini, laman pembelian atas talian seperti lazada mahupun shoppee sudah boleh berdiri setaraf gedung membeli belah yang bertapak atas tanah. akan tetapi di sana juga banyak scammer, untuk maklumat lanjut klik di pautan ini Scammer.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More