Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cikgu Zack Ajar Cara Eja Perkataan BM Dengan Betul

Cikgu Zack Ajar Cara Eja Perkataan BM Dengan Betul

Cikgu Zack Ajar Cara Eja Perkataan BM Dengan Betul
Cikgu Zack Ajar Cara Eja Perkataan BM Dengan Betul

Seorang guru Bahasa Melayu, Cikgu Zack  tampil membetulkan  ejaan beberapa perkataan yang sering dieja salah oleh segelintir masyarakat. Lebih menarik, Guru BM, Saliza Ibrahim, 33, tampil membetulkan kesalahan itu menerusi media sosial iaitu Instagram dan Twitter miliknya.

Beliau yang dikenali dengan nama  “Cikgu Zack” sering muncul di kaca televisyen dan dipanggil dalam seminar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi subjek Bahasa Melayu.

Menurutnya, dia tidak menyangka perkongsiannya mengulas mengenai ejaan sebenar perkataan dalam BM itu mendapat perhatian warganet daripada setiap peringkat umur. “Saya terkejut apabila mendapat mesej melalui Instagram daripada mereka yang lebih tua berterima kasih kerana memberi ilmu itu.

“Tidak sangka ilmu yang bagi saya biasa itu cukup dihargai bukan saja pelajar yang bakal menduduki peperiksaan malah semua pihak daripada pelbagai latar belakang,” katanya

Berpengalaman selama tujuh tahun sebagai guru tuisyen pelajar sekolah menengah, Cikgu Zack berkata, kesalahan ejaan beberapa perkataan itu bukan saja sering ditulis tidak tepat pelajar malah ia dinormalisasikan lagi menerusi siaran televisyen.

Cikgu Zack
Cikgu Zack Ajar Cara Eja Perkataan BM Dengan Betul

“Sesetengah pengarah juga menggunakan ejaan yang salah bagi tajuk filem mereka misalnya perkataan ‘lagenda’ yang sepatutnya ditulis ‘legenda’.

“Bukan itu saja, perkataan ‘reda’ juga sering ditulis ‘redha’ (ejaan yang salah) pada tajuk drama atau telefilem sehingga ia diikut oleh orang lain.

“Sesetengah iklan juga merosakkan bahasa ibunda kita seperti penggunaan perkataan ‘berbaloi-baloi’ yang sepatutnya ditulis ‘berbaloi’ saja,” katanya.

Dia yang juga tenaga pengajar di pusat tuisyen Math Clinic di Lembah Klang mengakui pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian bukanlah mudah.

“Bagi saya belajar dalam kaedah bersemuka sememangnya lebih efektif berbanding dalam talian akibat daripada halangan tertentu.

“Walaupun kaedah pembelajaran bertukar kepada ‘online’ di rumah, tidak sangka pelajar dalam kelas saya rata-rata keputusan peperiksaan subjek BM mereka meningkat ke tahap lebih baik.

“Mungkin juga disebabkan pelajar tuisyen saya ini lebih menghargai ilmu diberi memandangkan ia dibayar oleh ibu bapa mereka,” katanya.

“Waktu 20 minit terawal dalam kelas itu adalah waktu kritikal yang mana seorang guru itu perlu cuba menarik perhatian pelajar untuk minat dan fokus untuk mendengar.

“Walaupun penampilan saya sering dianggap bukan guru BM, namun sekurang-kurangnya ia dapat menarik perhatian pelajar sebaik saja saya melangkah ke dalam kelas,” katanya yang dalam perancangan menyambung pengajian ke peringkat ijazah doktor falsafah (PhD).

Sumber: Harian metro

Anda juga mungkin berminat Cikgu Samuel Isaiah Terima Ucapan Tahniah Agong – Finalis Anugerah Guru Global 2020

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More