Sumber Rujukan Globalisasi Anda

4 Contoh Minit Mesyuarat Lengkap

Contoh Minit Mesyuarat Lengkap ini bertujuan untuk memberikan ilham atau contoh terbaik bagi para guru khususnya.

Lazimnya, pelbagai sumber akan dirujuk oleh pencatat minit untuk menghasilkan minit mesyuarat yang berkualiti dan dapat dijadikan rujukan. Ianya penting kerana minit mesyuarat merupakan sumber rujukan masa hadapan dimana pada kelazimannya format minit disusun mengikut agenda mesyuarat dan perlu kelihatan kemas dan teratur.

Untuk menghasilkan minit mesyuarat, jangan ambil mudah dengan format minit mesyuarat, kerana format ini amat penting untuk menghasilkan minit mesyuarat yang betul. Antara perkara yang perlu ada dalam minit mesyuarat adalah Tajuk Minit Mesyuarat, Bil/Tahun, Tarikh, Masa, Tempat, Kehadiran (senarai nama mengikut kedudukan jawatan), Catatan Mesyuarat, Urusetia (catatkan nama bahagian / unit yang bertanggungjawab menguruskan mesyuarat), dan Tarikh (catatkan tarikh minit mesyuarat pada hari berkenaan).

Contoh Minit Mesyuarat Lengkap
Contoh Minit Mesyuarat Lengkap

Berikut disertakan cara buat dan contoh minit mesyuarat yang berkualiti, lengkap dan mudah beserta maklumat format dan contoh. Silalah download dan gunakan ia setiap kali anda dikehendaki membuat minit mesyuarat.

Isi Kandungan

Panduan dan Tips Membina Minit Mesyuarat secara mudah dan ringkas :

1. Format Minit Mesyuarat yang umum
Sebelum kita ingin membina atau melengkapkan minit mesyuarat, amatlah baik jika korang sudah mempunyai format minit mesyuarat yang kosong ataupun ‘blank format’.

2. Contoh Minit bagi edisi terdahulu
Pembinaan Minit Mesyuarat biasanya tidaklah terlalu berbeza dengan minit mesyuarat sebelumnya. Hal ini kerana, kita hanya mahukan kandungan ringkas serta melengkapi minit yang dibincangkan dan tindakan yang perlu diambil.

Minit Mesyuarat tiada had dalam meletakkan bilangan patah perkataan. Jika mesyuarat yang diadakan itu panjang, maka panjanglah minit tersebut. Berbalik kepada minit mesyuarat bagi acara yang agak sama, isi perbincangan juga biasanya tidak begitu berbeza untuk diletakkan dalam minit tersebut. Kebiasaannya, hanyalah nama, tindakan yang lebih spesifik dan tarikh yang memainkan peranan penting.

3. Tindakan Lanjutan
Biasanya kita perlu menyediakan tindakan lanjutan pada setiap isi kandungan utama dalam minit mesyuarat. Kecuali bahagian kedatangan. Jika tiada tindakan berkenaan, maka cukup sekadar meletakkan ‘Untuk Makluman’ pada bahagian Tindakan yang harus diambil.

4. Bahagian Pengesahan.
Disini juga bahagian yang penting dalam setiap minit mesyuarat. Nama guru yang terlibat semasa menyediakan minit mesyuarat perlulah dikenalpasti dari awal supaya tandatangan mudah untuk diperoleh. Selain itu, pastikan bahagian tandatangan selengkapnya pada satu helaian muka surat contohnya bahagian disahkan oleh, dengan nama orang yang berkenaan beserta jawatannya bukan pada helaian muka surat yang berlainan.

4 Contoh Minit Mesyuarat Lengkap 1
Contoh Minit Mesyuarat Lengkap

CONTOH FORMAT MINIT MESYUARAT 

SEKOLAH …………………………………………………………………………………………………………MINIT MESYUARAT……………………………………………………. BIL ………/(TAHUN)Tarikh : ………………………………………………………………………………………………………..Masa : ………………………………………………………………………………………………………..Tempat : ………………………………………………………………………………………………………..Pengerusi : ………………………………………………………………………………………………………..Kehadiran(Bilangan) : ………………………………………………………………………………………………………..Turut Hadir (Jika ada) : ………………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………….
1. PERUTUSAN PENGERUSI2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALUDicadang untuk disahkan oleh …………………………………………………………..Disokong untuk pengesahan oleh ………………………………………………………3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT3.1. Tindakan:3.2. Tindakan:4. PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA (JIKA ADA) / FOKUS MESYUARAT4.1. Tindakan:4.2. Tindakan:5. HAL-HAL LAIN5.1. Tindakan:PENUTUPUcapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat serta penetapan tarikh mesyuarat yang seterusnya.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam ……………………….Disediakan oleh,                                                              Disemak Oleh,……………………………………………                                        ……………………………….……….
(                                                   )                                       (                                               )
Setiausaha                                                                           Pengerusi / Ahli Mesyuarat
Tarikh :                                                                                  Tarikh :

DOWNLOAD MINIT MESYUARAT DI LINK BAWAH

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

CONTOH MINIT MESYUARAT 1 

CONTOH MINIT MESYUARAT 2

CONTOH MINIT MESYUARAT 3

CONTOH MINIT MESYUARAT 4

Sila download secara PERCUMA. Semoga bermanfaat.

Contoh Minit Mesyuarat Lengkap

4 Contoh Minit Mesyuarat Lengkap 2
contoh minit mesyuarat lengkap

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Contoh Minit Mesyuarat ini membantu anda..

Anda juga mungkin berminat :

Koleksi Minit Mesyuarat Kurikulum Sekolah

Buku Panduan Tugas Guru dan Staf Sekolah 2021

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More