Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Info Terkini Covid-19: Kes Baru Harian Menurun 1280 Kes | 09.03.2021

Info Terkini Covid 19 Di Malaysia pada hari ini 9 Mac 2021 sehingga jam 5 petang adalah:

Status Terkini #COVID19

  • Kes sembuh=2,345
  • Jumlah kes sembuh=296,379 kes
  • Kes baharu positif=1,280 kes (1,278 tempatan, 2 import)
  • Jumlah positif=316,269
  • Kes kematian=9
  • Jumlah kes kematian=1,186 kes 
  • Kes dirawat di ICU=155 kes 
  • Bantuan Alat Pernafasan=76 kes
info terkini covid
info terkini covid

Isi Kandungan

Info Terkini Covid

Kes positif 1,280 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 9 Mac 2021 adalah seperti berikut:

Selangor: 464 kes
130 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lorong Kilang;
238 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
96 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Johor: 165 kes
80 kes daripada kluster-kluster, termasuk 75 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Nusa Mega, Kluster Jalan Setia Jaya, dan Kluster Jalan Industri A1;
22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
63 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sarawak: 163 kes
40 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
90 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
32 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pulau Pinang: 143 kes
78 kes daripada kluster-kluster, termasuk 28 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Medan Bayan Lepas;
37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 119 kes
55 kes daripada kluster-kluster, termasuk 49 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan U-Thant dan Kluster Tapak Bina Jalan Salak;
33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
30 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sabah: 64 kes
14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Negeri Sembilan: 45 kes
24 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Terengganu: 36 kes
28 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perak: 34 kes
12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kedah: 25 kes
Enam (6) kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Amanjaya;
10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kelantan: 16 kes
Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pahang: Dua (2) kes
Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sungai Lembing; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tiga (3) kes
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Peringatan Kepada Orang Ramai

Orang ramai diminta untuk sentiasa berjaga-jaga bagi mengelakkan diri dan keluarga daripada dijangkiti.

  1. Sila ambil tindakan-tindakan berikut untuk menghentikan penularan tempatan:
  2. Teruslah berada di rumah dan jangan keluar tanpa urusan penting.
  3. Elakkan merentas sempadan daerah.
  4. Elakkan ziarah menziarahi walaupun sesama ahli keluarga.
  5. Elakkan aktiviti berkumpulan.
  6. Patuhi SOP walau di mana sahaja anda berada.
  7. Setiasa memakai pelitup muka dengan betul apabila berhadapan dengan orang ramai.
  8. Keraplah mencuci tangan. Sila bawa hand sanitizer bersama ke mana sahaja.
info terkini covid 19

Pengurusan kontak rapat di rumah

  1. Anda perlu kuarantin 10 hari
  2. Pantau kesihatan setiap hari
  3. PKD akan hubungi untuk penilaian kesihatan
  4. Anda akan diutamakan untuk swab test jika bergejala.

Artikel Berkaitan: Mengapa Harga Emas Jatuh Selepas Vaksin Covid Ditemui?

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More