Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cuti Umum Kelantan 2024 (Senarai Hari Kelepasan Am Negeri)

Berikut dikongsikan senarai tarikh cuti umum Kelantan 2024 untuk makluman dan rujukan semua rakyat negeri Kelantan bagi merancang percutian bersama keluarga tercinta.

Isi Kandungan

Senarai Cuti Umum Kelantan 2024

Boleh rujuk jadual dibawah untuk melihat senarai cuti umum Kelantan 2024.

Senarai cuti dibawah adalah tertakluk kepada perubahan dan pengumuman tarikh-tarikh tersebut telah dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan yang bertarikh 21 November 2023.

TarikhHariSenarai CutiCuti Kelepasan Am
10 Februari 2024SabtuTahun Baru CinaPersekutuan Dan Negeri
11 Februari 2024AhadTahun Baru Cina Hari KeduaPersekutuan Dan Negeri
12 Februari 2024IsninCuti Tahun Baru CinaNegeri
28 Mac 2024KhamisHari Nuzul Al-QuranNegeri
10 April 2024RabuHari Raya AidilfitriPersekutuan*
11 April 2024KhamisHari Raya Aidilfitri Hari KeduaPersekutuan*
1 Mei 2024RabuHari PekerjaPersekutuan
22 Mei 2024RabuHari WesakPersekutuan
3 Jun 2024IsninHari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan AgongPersekutuan
16 Jun 2024AhadHari ArafahNegeri
17 Jun 2024IsninHari Raya AidiladhaPersekutuan*
18 Jun 2024SelasaHari Raya Aidiladha Hari KeduaPersekutuan*
7 Julai 2024AhadAwal MuharamPersekutuan
31 Ogos 2024SabtuHari KebangsaanPersekutuan
1 September 2024AhadCuti Hari KebangsaanNegeri
16 September 2024IsninHari MalaysiaPersekutuan
17 September 2024SelasaCuti Hari MalaysiaNegeri
16 September 2024IsninHari Keputeraan Nabi Muhamad S.A.W.Persekutuan
29 September 2024AhadHari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad VNegeri
30 September 2024IsninHari Keputeraan KDYMM Sultan Muhammad V Hari KeduaNegeri
31 Oktober 2024KhamisHari DeepavaliPersekutuan*
25 Disember 2024RabuHari KrismasPersekutuan
Cuti Umum Kelantan 2024

* Tertakluk Kepada Perubahan

Bagi Hari Kelepasan Am yang disenaraikan, sekiranya Hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat dan Sabtu) secara berturut-turut, maka hari-hari itu diganti dengan hari esoknya (satu hari sahaja) dan jika kemudiannya pula sedia menjadi Hari Kelepasan Am, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan Am.

Apabila Hari Kelepasan Am jatuh pada hari pertama Kelepasan Mingguan (Hari Jumaat), tidak ada cuti gantian bagi Hari Kelepasan Am tersebut kecuali apabila Hari Kelepasan Am jatuh pada Hari Kedua Kelepasan Mingguan (Hari Sabtu), maka hari yang berikutnya adalah hari cuti gantian.

Cuti Umum Kelantan 2024 (Senarai Hari Kelepasan Am Negeri) 1
Cuti Umum Kelantan 2024

Tempat Menarik Di Kelantan

Kelantan Darul Naim atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli tempatan.

Mempunyai keluasan lebih kurang 15,040 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan dan bersempadan dengan wilayah Narathiwat, Thailand.

Kelantan ialah sebuah negeri Agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan. 

Jajahan ialah kawasan yang terdapat di negeri Kelantan, Malaysia dan ia diketuai oleh Ketua Jajahan di Pejabat Tanah dan Jajahan. Istilah jajahan hanya digunakan di negeri Kelantan sahaja, manakala negeri lain menggunakan istilah daerah.

Setiap daerah diketuai oleh Penggawa. Setiap daerah terdapat beberapa mukim yang di ketuai oleh penghulu. Antara jajahan di Kelantan adalah

  1. Kota Bharu
  2. Tumpat
  3. Pasir Mas
  4. Pasir Puteh
  5. Bachok
  6. Machang
  7. Jeli
  8. Tanah Merah
  9. Kuala Krai
  10. Gua Musang
  11. Lojing

Seterusnya, berikut antara tempat-tempat menarik di Kelantan Darul Naim yang boleh dikunjungi ketika percutian iaitu

  • Pasar Siti Khadijah
  • Taman Negara Kuala Koh
  • Lata Beringin
  • Muzium Kraftangan
  • Muzium Negeri Kelantan
  • Pantai Bisikan Bayu
  • Muzium Adat Istiadat
  • Pantai Cahaya Bulan
  • Menara Jam Tambatan Diraja
  • Taman Air Splash
  • Gua Ikan
  • Pantai Melawi
  • Jeram Mak Nenek
  • Muzium Wau
  • Kolam Air Panas Tok Bok
  • Jeram Pasu
  • Air Terjun Jeram Linang
  • Bebas Cukai Rantau Panjang
  • Wakaf Che Yeh
  • Kota Sultan Ismail Petra
  • Masjid Muhammadi
  • Muzium Islam
  • Gelanggang Seni
  • Muzium Perang Bank Kerapu
  • Pantai Tok Bali
  • Muzium Diraja Istana Batu
  • Pantai Sri Tujuh
  • Pantai Irama
  • Jambatan Keretapi Guillemard
  • Bazar Buluh Kubu
  • Bebas Cukai Pengkalan Kubor
  • Gunung Stong
  • Street Art
  • Pasar Terapung Pulau Suri
  • Air Terjun Jelawang
  • Rumah Api Pantai Senok
  • Bazar Tok Guru
Cuti Umum Kelantan 2024 (Senarai Hari Kelepasan Am Negeri) 2
Cuti Umum Kelantan 2024

Kesimpulannya, semoga perkongsian senarai cuti umum Kelantan 2024 di atas bermanfaat untuk anda semua di luar sana dan dapat membantu untuk merancang percutian anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More