Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Cuti Umum Pahang 2024 (Senarai Hari Kelepasan Am Negeri)

Berikut dikongsikan senarai tarikh cuti umum Pahang 2024 untuk makluman dan rujukan semua rakyat Negeri Pahang bagi merancang percutian bersama keluarga.

Isi Kandungan

Senarai Cuti Umum Pahang 2024

Boleh rujuk jadual dibawah untuk melihat senarai cuti umum Pahang 2024.

Senarai Hari Kelepasan Am 2024 bagi Negeri Pahang dibawah adalah tertakluk kepada perubahan dan pengumuman tarikh-tarikh tersebut telah dikeluarkan oleh Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.

TarikhHariSenarai CutiCuti Kelepasan Am
1 Januari 2024IsninTahun BaruNegeri
10 Februari 2024SabtuTahun Baru CinaPersekutuan Dan Negeri
11 Februari 2024AhadTahun Baru Cina Hari KeduaPersekutuan Dan Negeri
12 Februari 2024IsninCuti Tahun Baru CinaNegeri
28 Mac 2024KhamisHari Nuzul Al-QuranNegeri
10 April 2024RabuHari Raya AidilfitriPersekutuan*
11 April 2024KhamisHari Raya Aidilfitri Hari KeduaPersekutuan*
1 Mei 2024RabuHari PekerjaPersekutuan
22 Mei 2024RabuHari WesakPersekutuan
22 Mei 2024RabuHari Hol Almarhum Sultan Ahmad Shah Al Musta’in BillahNegeri
23 Mei 2024KhamisCuti Hari Hol Almarhum Sultan Ahmad Shah Al Musta’in BillahNegeri
3 Jun 2024IsninHari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan AgongPersekutuan
17 Jun 2024IsninHari Raya AidiladhaPersekutuan*
7 Julai 2024AhadAwal MuharramPersekutuan
8 Julai 2024IsninCuti Awal MuharramNegeri
30 Julai 2024SelasaHari Keputeraan Sultan PahangNegeri
31 Ogos 2024SabtuHari KebangsaanPersekutuan
16 September 2024IsninHari MalaysiaPersekutuan
16 September 2024IsninHari Keputeraan Nabi Muhamad S.A.W. (Maulidur Rasul)Persekutuan
17 September 2024SelasaCuti Hari MalaysiaNegeri
31 Oktober 2024KhamisHari DeepavaliPersekutuan*
25 Disember 2024RabuHari KrismasPersekutuan
Cuti Umum Pahang 2024

* Tertakluk Kepada Perubahan

Cuti Umum Pahang 2024 (Senarai Hari Kelepasan Am Negeri) 1
Cuti Umum Pahang 2024

Cadangan Tempat Percutian Menarik Di Negeri Pahang

Negeri Pahang Darul Makmur merupakan negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu yang bersempadan dengan

  • Negeri Kelantan di sebelah utara,
  • Negeri Perak, Selangor serta Negeri Sembilan di barat,
  • Negeri Johor di selatan, dan
  • Negeri Terengganu serta Laut China selatan di bahagian timur.

Negeri Pahang merangkumi kawasan seluas 35,965 kilometer persegi (km2) terbahagi kepada 11 buah daerah pentadbiran iaitu

  1. Pekan.
  2. Kuantan.
  3. Rompin.
  4. Maran.
  5. Bera.
  6. Jerantut.
  7. Temerloh.
  8. Raub.
  9. Bentong.
  10. Lipis.
  11. Cameron Highlands. 

Jumlah keseluruhan penduduk di Negeri Pahang kira-kira 1.75 juta orang dengan kepadatan penduduk seramai 48.6 orang bagi setiap km2.

  • Dalam catatan sejarah pengembara zaman dahulu, pelbagai nama telah diberikan kepada Pahang. Pada zaman dahulu, Pahang disebut dengan pelbagai nama oleh penduduk tempatan mahupun penduduk tanah asing.
  • Dalam catatan Cina pula, mereka menyebut Pahang sebagai ‘Pan-Pan’, ‘Peng Keng’, ‘Peng-Feng’, ‘Pang Hang’ atau ‘Fong-Fong’.
  • Dalam bahasa Khmer perkataan Pahang disebut ‘timah’.
  • Dalam Hikayat Hang Tuah dan lain-lain catatan lama, Pahang dirujuk sebagai ‘Indera Pura’ dan ibu negerinya ialah Pekan.
  • Dalam catatan sejarah pengembara zaman dahulu, pelbagai nama telah diberikan kepada Pahang.
  • Daripada unsur Arab dan Eropah, Pahang pernah disebut sebagai ‘Pam’, ‘Pan’, ‘Paam’, ‘Paon’, ‘Phaan’, ‘Phang’, ‘Pahan’, ‘Phaun’ atau ‘Pahangh’.

Seterusnya, berikut antara cadangan tempat-tempat menarik di Negeri Pahang yang boleh dikunjungi ketika percutian anda antaranya adalah

  • Cameron Highland
  • Genting Highland
  • Santuari Gajah Kuala Gandah
  • Kuantan River Cruise
  • Deerland Park Lancang Pahang
  • Bukit Panorama
  • Mini Zoo Park Teruntum
  • Muzium Seni Pahang
  • 3D Gallery Sungai Lembing
  • Bukit Pelindung
  • Natural Batik Village
  • Menara Teruntum
  • Istana Abu Bakar
  • Pusat Pengembangan Tenun Pahang DiRaja Kg Soi
  • Janda Baik
  • Sungai Lembing Mines
  • Bukit Gambang Waterpark
  • Pulau Tioman
  • Bukit Tinggi
  • Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak
  • Air Terjun Lata Jarum
  • Pantai Batu Hitam
  • Gunung Senyum Recreational Forest
  • Pantai Hiburan Rompin
  • Santuari Penyu Cherating
  • Gua Cheras Kuantan
  • Royal Pahang Polo Club
  • Krau Wildlife Reserve
  • Muzium Sultan Abu Bakar
  • Tasik Biru Bukit Ibam
  • Felda Residence Tekam
  • Pasar Sehari Temerloh
  • Pantai Balok
  • Ana Ikan Bakar Petai
  • Hutan Lipur Lentang
  • Tasik Chini
  • Taman Negara Pahang
  • Pantai Cherating
  • Teluk Chempedak
  • Muzium Sungai Lembing
  • Taman Warisan Gua Kota Gelanggi
  • Bukit Fraser
  • Air Terjun Pelangi
  • Gunung Tahan
  • Masjid Sultan Ahmad Shah
Cuti Umum Pahang 2024 (Senarai Hari Kelepasan Am Negeri) 2
Cuti Umum Pahang 2024

Kesimpulannya, semoga perkongsian senarai cuti umum Pahang 2024 di atas bermanfaat untuk anda semua di luar sana dan dapat membantu untuk merancang percutian anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More