Sumber Rujukan Globalisasi Anda

DAGING CAMPUR ADUK ? MAQIS CURIGA KEGIATAN PEMBUNGKUSAN SEMULA

Daging campur aduk di gudang pembungkusan semula. Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) mengesyaki terdapat kegiatan pembungkusan semula daging beku di sebuah gudang kartel produk daging sejuk beku di Taman Perindustrian Puchong, di sini, pada Jumaat.

Isi Kandungan

DAGING CAMPUR ADUK DIPERCAYAI DISELUDUP

Maqis dalam satu kenyataan berkata, penemuan awal mendapati dianggarkan dalam tiga kontena daging dipercayai diseludup disimpan di gudang sejuk beku di Puchong, Selangor.

Menurut Maqis, serbuan diketuai pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dilakukan dengan kerjasama agensi penguatkuasaan yang lain.

Image result for Maqis

“Hasil pemeriksaan dan maklumat awal yang dijalankan, sumber daging ditemui tersebut bercampur aduk dari abattoir (rumah penyembelihan) yang tidak diluluskan dengan yang diluluskan oleh kerajaan.

“Sehingga lewat malam, pihak PDRM dan Maqis bertungkus-lumus mengira kuantiti daging yang disita untuk ditempatkan di tempat tahanan Maqis,” katanya pada Ahad.

Beliau berkata, kes telah diserahkan kepada Maqis untuk siasatan di bawah Seksyen 11 dan 15, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Menurutnya, perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit, lesen atau perakuan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan Seksyen 15(1) Akta yang sama.

Banner3

KERJASAMA ANTARA AGENSI TANGANI DAGING CAMPUR ADUK

Tambahnya, kerjasama strategik dan operasi bersepadu Maqis bersama agensi lain akan sentiasa diperkemaskan dan dipertingkatkan bagi memastikan kawalan import komoditi pertanian terutamanya daging dapat diperkukuhkan.

“Maqis amat menghargai kerjasama yang dimainkan oleh rakan strategik seperti PDRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Agama Islam Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan lain-lain di dalam menangani isu penyeludupan seperti ini,” katanya.

Pihak Maqis sangat komited dalam memastikan isu-isu yang melibatkan aspek halal, keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak merbahaya yang boleh mengancam industri pertanian dan penternakan negara dapat dibendung serta dikawal.

Sumber : SINAR HARIAN

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More