Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Dana GSPSB diteruskan, bantu pulih industri pelancongan 2021

Isi Kandungan

Dana GSPSB Diteruskan

Dana GSPSB diteruskan, bantu pulih industri pelancongan 2021
Dana GSPSB diteruskan, bantu pulih industri pelancongan 2021

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya MOTAC) melalui Tourism Malaysia akan meneruskan pemberian Geran Sokongan Pelancongan, Seni dan Budaya (GSPSB) yang tertangguh tahun lalu.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata ia sebagai langkah pemulihan industri yang terjejas dengan penularan pandemik COVID-19.

“Kementerian Kewangan meluluskan penyambungan semula peruntukan berkenaan selepas ditangguhkan tahun lalu susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020.

“Peruntukan ‘one-off’ di bawah seliaan MOTAC, mula digunakan pada Februari 2020 dengan baki peruntukan semasa sebanyak RM24 juta daripada jumlah peruntukan keseluruhan bernilai RM30 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dana GSPSB diteruskan, bantu pulih industri pelancongan 2021 1
Dana GSPSB diteruskan, bantu pulih industri pelancongan 2021

Nancy berkata, GSPSB bertujuan menyemarak dan mengaktifkan semula sektor pelancongan, seni dan budaya untuk terus berdaya saing melalui pemberian sokongan serta bantuan insentif kepada pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) penggiat industri bagi mempromosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan selamat.

“Penganjuran acara dan program di bawah dana GSPSB mesti diadakan dalam negara dengan memiliki elemen tarikan penyertaan dari negeri di seluruh Malaysia.

“Selain menjana pergerakan pelancongan domestik dan juga antarabangsa apabila pintu sempadan dibuka kelak, ia juga perlu merangsang serta memberi faedah kepada industri pelancongan secara keseluruhan,” katanya.

Nancy berkata, penggiat industri yang layak memohon GSPSB termasuk syarikat dan organisasi swasta tempatan, syarikat berkaitan kerajaan negeri, anak syarikat di bawah kerajaan negeri dan NGO tempatan.

“Nilai ditetapkan bagi penganjuran sesebuah acara atau program di bawah GSPSB berjumlah antara RM20,000 sehingga RM500,000.

“GSPSB turut ditetapkan pada kadar maksimum 50 peratus daripada jumlah perbelanjaan sebenar keseluruhan acara dan program atau mengikut siling maksimum RM500,000.

“Pertimbangan permohonan bagaimanapun tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.

Maklumat Lanjut

Untuk memohon atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai GSPSB, sila layari laman sesawang www.tourism.gov.my atau hubungi talian 03-8891 8191/8192/8196/8232.

Sumber Berita Harian

Artikel lain: Hak Asasi Manusia Berbeza Dengan Hak Agama

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More