Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Data Kena Sekat Sebab Penggunaan Mod Modem Wifi

Terbaru, pihak penyedia perkhidmatan telekomunikasi iaitu Celcom sedang giat mengesan pengguna yang melakukan mod modem ini. Tindakan ini adalah menyalahi polisi mana-mana syarikat telekomunikasi di Malaysia bukan sahaja Celcom. Anda  boleh lihat polisi yang tertera disini.

Kegiatan ini sudahpun dikesan oleh pihak Celcom dan pengguna yang dikesan menyalahi polisi dengan menggunakan mod modem ini akan digantung selama 2 minggu servis data. Melalui apa yang tular di media sosial, terdapat beberapa individu sudahpun menerima penggantungan tersebut dalam minggu ini.

Data Kena Sekat Sebab Penggunaan Mod Modem Wifi

Dasar Penggunaan Celcom Bagi Penggunaan Data

Data Kena Sekat Sebab Penggunaan Mod Modem Wifi

Di Malaysia perkara mengubah suai modem bukanlah sesuatu yang baharu. Ini kerana ada sesetengah pelanggan hanya ini mendapatkan servis kelajuan internet setimpal dengan apa yang dibayar dan perkara ini tidak terjadi.

Mungkin atas faktor perkara ini tular di media sosial menyebabkan Celcom mula bertindak. Berkemungkinan juga pihak syarikat telekomunikasi yang lain juga turut akan berbuat demikian pada masa akan datang jika dikesan pengguna mereka menggunakan mod modem ini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More