Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Deposit SSPN-i dan Nikmati Ganjaran Kesetiaan

Pendeposit SSPN-i boleh nikmati Ganjaran Kesetiaan

deposit

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan Ganjaran Kesetiaan pada kadar satu peratus melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) kepada pendeposit setia yang membuat simpanan dalam jangka masa panjang.

Pengerusi PTPTN Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, ganjaran kesetiaan ini boleh dinikmati oleh pendeposit SSPN-i yang mempunyai simpanan minimum terkumpul sebanyak RM500 sepanjang tempoh promosi.

“Tempoh promosi akan bermula dari 24 Februari 2021 sehingga 30 April 2021 dan pendeposit yang membuka akaun SSPN-i sebelum tahun 2018 layak untuk menyertai ganjaran ini,” katanya.

Menurut PTPTN, tahun ini ganjaran kesetiaan memasuki tahun ketiga dan pemberian ini bersifat pulangan tambahan selain pemberian dividen tahunan sedia ada sebanyak empat peratus.

Wan Saiful berkata, agihan ini membabitkan anggaran peruntukan berjumlah RM201.3 juta bakal memberi manfaat kepada 4.82 juta pendeposit akaun SSPN. Jumlah keseluruhan agihan dividen adalah RM856.6 juta semenjak SSPN di perkenalkan.

“Ganjaran ini berdasarkan hasil pulangan bersih pelaburan yang dibuat atas deposit diterima oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pemberian dividen ini adalah hasil daripada pelaksanaan kaedah pelaburan patuh syariah berjangka pendek dan panjang di pasaran wang tempatan yang melindungi prinsipal di samping memberikan pulangan atau keuntungan tinggi dan positif.

Wan Saiful berkata, amalan menabung untuk pendidikan perlu dijadikan instrumen bagi mendepani kos hidup yang semakin mencabar dan kompleks.

“Oleh itu, PTPTN menyasar SSPN-i akan menjadi pilihan utama rakyat Malaysia sebagai akaun simpanan pendidikan dan platform perancangan kewangan awal pendidikan anak-anak untuk masa depan,” katanya.

Berdasarkan kutipan pada tahun 2020, PTPTN berjaya memecah rekod baharu deposit  dengan merekodkan jumlah simpanan tertinggi sebanyak RM1.99 bilion.

Selain itu, SSPN turut menawarkan pelbagai keistimewaan termasuk pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun bagi simpanan bersih dan pemberian dividen kompetitif.

Pada tahun ini, PTPTN bakal meneruskan kempen sedia ada seperti Cabutan WOW! SSPN-i Plus, Kempen Jom Beraya Jom Menyimpan dan Kempen Bulan Menabung SSPN kerana ia merupakan program identiti PTPTN dengan pelbagai hadiah berbeza akan ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut, pendeposit boleh membuat penambahan simpanan secara atas talian dengan melayari www.lovesspn.com, di kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen sah yang dilantik.

Sumber Utusan Malaysia

Artikel lain: LG Tutup Perniagaan Telefon Pintar

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More