Sumber Rujukan Globalisasi Anda

TERKINI | Dibenarkan Makan Di Restoran, Hanya 2 Orang Satu Meja Dibenarkan

Dibenarkan makan di restoran. Kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan pelanggan untuk makan di dalam restoran namun terhad kepada dua orang sahaja untuk satu meja dan hendaklah mengikut SOP yang ditetapkan bermula hari ini.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri ISmail Sabri Yaakob dalam satu sidang media semalam.

Sebelum ini, kedai makan atau restoran hanya dibuka untuk makanan berbungkus sahaja sehingga pukul 10 malam.

“Kerajaan bersetuju membenarkan restoran menyediakan perkhidmatan makan di dalam premis kepada pelanggan berkuat kuasa esok, namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan”

“Kebenaran itu adalah tambahan kepada SOP sebelum ini yang hanya membolehkan restoran beroperasi secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran.

“Jumlah pelanggan dihadkan hanya dua orang untuk satu meja dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.

“Masyarakat masih perlu mematuhi SOP yang ditetapkan walaupun diberi kebenaran ini,” katanya pada sidang media, hari ini.

BEBERAPA AKTIVITI LAIN TURUT DIBENARKAN

Ismail Sabri turut berkata, sektor industri kreatif akan dibenarkan untuk kembali beroperasi dengan SOP yang ketat, bermula hari ini.

Beliau berkata, senarai yang dibenarkan beroperasi adalah produksi animasi dan muzik, pasca-produksi di studio, pembangunan muzik secara digital dan rakaman lagu di studio.

“Turut dibenarkan adalah pra-produksi penggambaran serta penggambaran di studio merangkumi drama, telemovie, iklan, dokumentari, sitkom, siaran langsung, rakaman kebudayaan, seni dan warisan tanpa penonton,” katanya.

Sumber : BERITA HARIAN 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More