Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Dividen ASB 2022 4.6 Sen, Bonus Tambahan 0.5 Sen

Dividen ASB telah diumumkan hari ini bagi tahun 2022 sebanyak 4.6 sen merangkumi dividen sebanyak 3.35 sen dan bonus 1.25 sen serta bonus tambahan 0.5 sen untuk 30,000 unit pertama yang dipegang oleh setiap pemegang unit.

Pengumuman itu dibuat oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

dividen ASB

Isi Kandungan

Dividen ASB Manfaatkan 10.6 juta pemegang unit

Menurut infografik yang dikongsi di facebook rasmi BERNAMA, jumlah pengagihan sebanyak RM8.9 bilion akan memanfaatkan 10.6 juta pemegang unit yang memegang 186.4 bilion unit dalam ASB. Bonus Tambahan menurut Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria adalah untuk membantu pemegang unit berhadapan dengan tekanan kos sara hidup.

Dividen ASB 2022 4.6 Sen, Bonus Tambahan 0.5 Sen 1

Jelasnya lagi, ketegangan geopolitik, inflasi, kenaikan kadar faedah dan dasar Sifar-COVID di China telah membawa kepada peningkatan ketidaktentuan pasaran. Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan lebih kukuh sebanyak 14.2 peratus pada suku ketiga 2022, berbanding suku kedua 2022 pada 8.9 peratus dan suku pertama 2022 pada 5 peratus.

Namun, pasaran modal turut terjejas akibat trend makro global, iaitu –inflasi, kadar faedah tinggi, gangguan rantaian bekalan dan pengukuhan mata wang Dollar Amerika. Sehingga kini, Indeks Komposit Kuala Lumpur FBM telah menurun sebanyak 6.7 peratus setakat 21 Disember 2022.

Tarikh Dividen Dan Bonus Dikreditkan

Pengiraan pengagihan pendapatan bonus untuk ASB adalah berdasarkan purata baki bulanan minimun yang dipegang sepanjang tahun kewangan tersebut. Pengiraan pengagihan bonus tambahan pula tertakluk pada 30,000 unit pertama untuk setiap tahun.

Setiap pendapatan dan bonus akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2023. 

Jadi setiap pemegang unit bolehlah melakukan pengeluaran pada tarikh tersebut di bank masing-masing jika memerlukannya.

Cara Pengiraan Dividen 

Jika ada yang masih tidak tahu untuk mengira berapa kadar bonus yang akan dapat, bolehlah rujuk formula yang dikongsi dari beberapa individu di laman sosial Facebok.

Cara pengiraan dividen jika anda ada 100k unit ASB:

  • Kira dividen ASB dulu kemudian baru kira portion BONUS.
  • Total ASB unit dalam akaun 100k.
  • Dividen ASB + Bonus : 100k x 4.6% = RM4,600
  • Bonus Tambahan ASB : 30k x 0.5% = RM150
  • Jumlah dividen anda dapat ialah RM4,750

Untuk 200k unit ASB:

  • Dividen : RM9,200
  • Bonus 30k : RM150
  • Jumlah dividen adalah RM9,350

Untuk 150k unit ASB:

  • Dividen : RM6,900
  • Bonus 30k : RM150
  • Jumlah dividen adalah RM7,050

Untuk 50k unit ASB:

  • Dividen : RM2,300
  • Bonus 30k : RM150
  • Jumlah dividen adalah RM2,450

Rekod Dividen ASB 

Berikut dikongsikan rekod dividen ASB sepanjang tahun 2011 sehingga 2021 seperti yang dilapor Astro Awani. Dapat dilihat dividen yang diterima pada tahun ini adalah sedikit tinggi berbanding pada tahun lalu.

dividen ASB

Maklumat Lanjut

Buat makluman, syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini ditubuhkan pada 22 Mei 1979 untuk menguruskan semua tabung yang dilancarkan oleh PNB. Setelah lebih 40 tahun berada dalam industri, ASNB kini menguruskan 16 tabung unit amanah dengan 273.3 bilion unit dalam edaran (UIC) dan 14.7 juta akaun setakat 30 September 2021.

ASNB menawarkan tabung unit amanah harga tetap iaitu Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan banyak tabung lain lagi. Tabung-tabung ini berfungsi sebagai instrumen pelaburan untuk membantu rakyat Malaysia merancang keperluan kewangan masa hadapan mereka.

ASNB juga menyediakan rangkaian saluran yang meluas bagi memudahkan pelabur membuat transaksi pelaburan mereka. Kemudahan tersebut boleh didapati di 32 cawangan ASNB dan di lebih 2,700 cawangan ejen ASNB seluruh negara.

Di samping itu, ASNB menyediakan kemudahan transaksi terpilih dalam talian melalui portal dan aplikasi mudah alih myASNB.  Ejen-ejen ASNB juga turut menyediakan kemudahan pelaburan dalam talian melalui portal perbankan internet seperti Maybank2u, CIMB Clicks, RHB Now, Affinonline dan HLB Connect. Pelaburan tambahan juga boleh dibuat di semua mesin ATM Maybank dan CIMB Bank.

Jom buka akaun ASBN sekarang. Ada boleh rujuk Cara Buka Akaun ASB Online di sini jika ingin info lanjut.

Atau boleh layari Portal MyASBN sekarang untuk dapatkan perkhidmatan seperti;

  • Tambah pelaburan terus daripada akaun bank anda
  • Semak rekod urus niaga dan baki pelaburan terkini
  • Kemas kini maklumat peribadi
  • Mengurus akaun pelaburan Akaun Bijak/Remaja anak anda
  • Perkhidmatan pelaburan bulanan automatik melalui Auto Labur

Macam mana semua pemegang unit ASB? Adakah dividen ASB kali ini memuaskan hati? Jom kongsi bersama kami ya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More