Doa Haji Mabrur & Amalan Selepas Menunaikan Ibadah Haji

Berikut dikongsikan mengenai doa haji mabrur yang boleh diamalkan oleh semua jemaah haji yang menunaikan ibadah haji serta semua umat Islam diluar sana.
Isi Kandungan
Apa Itu Haji Mabrur?
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
الْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ
Maksudnya: “Haji mabrur tidak ada ganjaran baginya melainkan syurga.”
Hadis Riwayat Ahmad
Rasulullah SAW menjelaskan, Allah SWT telah menjanjikan balasan nyata bagi mereka yang mendapat Mabrur, yakni surga yang abadi:
“Umrah ke umrah berikutnya merupakan pelebur dosa antara keduanya. Dan, tiada balasan bagi haji mabrur, melainkan surga”
Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim
Mabrur berasal dari bahasa Arab, iaitu “barra-yaburru-barran,” yang artinya taat berbakti. Dalam kamus Al Munawwir Arab-Indonesia, Mabrur berarti ibadah haji yang diterima pahalanya oleh Allah SWT.
Selepas menunaikan ibadah haji, ia bukanlah pengakhiran ibadah. Malah, ia adalah permulaan kepada fasa kehidupan yang lebih baik terutama dalam mentaati Allah SWT yang Maha Besar.
Jemaah haji yang mengerjakan haji dengan sempurna akan pulang dengan dosa yg diampunkan Allah SWT. Sesiapa yg melaksanakan ibadah haji dalam keadaan tidak membuat maksiat, maka pulang dari hajinya adalah seolah-olah bayi yang baru dilahirkan, iaitu bersih dari dosa.
Allah SWT berfirman yang bermaksud,
“Keluarlah kamu dari Arafah dengan dosa yang telah diampunkan daripada kamu dan daripada sesiapa sahaja yang kamu pinta ampun bagi pihak mereka.
Maka, bermohonlah doa haji mabrur sebanyak yang mungkin supaya dikurniakan haji yang mabrur untuk mendapatkan ganjaran syurga Allah.
Berikut adalah doa haji mabrur yang boleh kita baca dan amalkan semasa dan selepas menunaikan ibadah haji, iaitu:
اَللّٰهُمَّ اجْعَلْهُ حَجًّا مَبْرُوْرًا وَسَعْيًا مَشْكُوْرًا وَذَنْبًا مَغْفُوْرًا وَعَمَلًا صَالِحًا مَقْبُوْلًا وَتِجَارَةً لَنْ تَبُوْرَ. يَا عَزِيْزُ يَا غَفُوْرُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah hajiku ini haji yang mabrur, sa’i yang diterima, dosa yang diampuni dan amal shaleh yang dikabulkan dan perdagangan yang tidak akan mengalami rugi selamanya. Wahai Tuhan yang maha pengampun, Tuhan sekalian alam.”
Berikut juga adalah doa haji mabrur yang boleh kita amalkan, iaitu:

Aktiviti & Amalan Selepas Menunaikan Haji
Sepertimana nas hadis, haji mabrur adalah haji yang terzahir padanya tanda-tanda seperti berikut:
- Suka menjamu makan.
- Suka memberi salam.
- Bual bicaranya penuh kebaikan.
Bahkan, Nabi Muhammad SAW menyifatkan bahawa haji yang mabrur adalah sebaik-baik jihad.
Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A. Beliau pernah bertanya kepada Rasulullah SAW. Kata beliau:
يَا رَسُولَ اللَّهِ نَرَى الْجِهَادَ أَفْضَلَ الْعَمَلِ أَفَلَا نُجَاهِدُ قَالَ لَا لَكِنَّ أَفْضَلَ الْجِهَادِ حَجٌّ مَبْرُورٌ
Maksudnya: ”Wahai Rasulullah, kami melihat jihad adalah sebaik-baik amalan. Adakah perlu kami berjihad.” Baginda SAW bersabda: “Tidak, akan tetapi sebaik-baik jihad ialah haji mabrur.”
Hadis Riwayat Al-Bukhari
Antara amalan yang perlu dilakukan dan diteruskan oleh para jemaah haji selepas pulang dari Tanah Suci adalah seperti berikut:
Memperbanyakkan Zikrullah | Ini sangat bertepatan dengan firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 200: فَإِذَا قَضَيْتُم مَّنَـٰسِكَكُمْ فَٱذْكُرُوا۟ ٱللَّـهَ كَذِكْرِكُمْ ءَابَآءَكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْرًا ۗ Maksudnya: ”Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadah Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi.” |
Memperbanyakkan Doa | Ini amat sesuai dikekalkan kerana semasa menunaikan haji, para Jemaah haji sentiasa berdoa dari semasa ke semasa. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah Ghafir, ayat 60: وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ Maksudnya: ”Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” |
Sentiasa Ke Masjid Dan Berjemaah | Amalan ini telah dilakukan sebaik mungkin ketika berada di Tanah Suci ketika melaksanakan ibadah haji. Ini melahirkan suasana harmoni dan masjid-masjid pasti dipenuhi dan sentiasa dimakmurkan. Oleh itu, jangan ditinggalkan amalan ini setelah pulang dari Tanah Suci. |
Menjadi Agen Perubah | Saban tahun, seramai 4 hingga 6 juta Jemaah haji datang ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji dan berazam untuk memperbaiki serta mengislah diri. Di samping berusaha membina jambatan hubungan dengan Allah SWT dan juga jambatan hubungan dengan manusia. Ini sudah pasti memberi impak dan kesan yang sangat besar setibanya mereka di Tanah Air. Fokus kita adalah kepada Jemaah haji Malaysia yang setiap tahun tidak kurang daripada 28 ribu orang yang pergi menunaikan haji. Bayangkan jika mereka boleh menjadi agen perubah kepada masyarakat sekeliling, apa yang boleh dilakukan oleh Jemaah haji yang pulang ke tempat asal mereka? Mereka semua dapat melaksanakan dakwah kepada keluarga masing-masing dan kepada jiran tetangga. Peringatkan mereka tentang suruhan Allah SWT dan jauhkan mereka dari larangan Allah SWT. Jika ini dilakukan, sudah pasti nanti ramai yang akan taat dan patuh kepada seruan Ilahi. |

Selamat Menunaikan Ibadah haji kepada semua umat Islam yang dijemput menjadi tetamu-Nya! Semoga peroleh Haji Mabrur, Aamiin Ya Mujib.
Semoga perkongsian doa haji mabrur ini bermanfaat!