Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Doa Mudah Bersalin & Amalan Suami Isteri Ketika Isteri Hamil

Berikut adalah sedikit perkongsian mengenai doa mudah bersalin yang boleh diamalkan oleh wanita yang sedang hamil dan telah menghampiri waktu bersalin.

Isi Kandungan

Maksud Doa Mudah Bersalin

Doa mudah bersalin boleh disesuaikan dengan kepercayaan dan keutamaan individu, tetapi secara amnya tertumpu untuk mendapatkan bantuan daripada Allah SWT supaya dapat bersalin dengan selamat dan lancar.

Doa mudah bersalin sering melibatkan untuk meminta kekuatan, bimbingan dan perlindungan untuk ibu dan anak semasa bersalin.

Firman Allah SWT:

وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا ۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا ۚ حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Maksudnya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai. Dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).”

Surah Al-Ahqaf: 15

Ayat diatas jelas menyatakan bertapa susahnya seorang ibu melahirkan seorang anak sehingga bertarung nyawa.

Justeru, adalah penting untuk suami dan isteri sentiasa membuat amalan-amalan yang baik ketika isteri sedang hamil, seperti

  • Suami dan isteri memperbanyakkan taubat kepada Allah SWT dan membaca al-Quran dan berzikir.
  • Kerap mengerjakan solat berjemaah, digalakkan berpuasa sunat dan rajin menghadiri majlis ilmu.
  • Menghindari daripada pergi ke tempat-tempat yang tidak dibenarkan oleh syarak.
  • Makan makanan yang baik dari sumber yang halal.
  • Memperbanyakkan doa untuk keselamatan dan kesihatan isteri dan anak dalam kandungan.
  • Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang, banyak bersabar dan bertimbang rasa.
  • Persiapan rohani, mental dan fizikal menghadapi alam baru sebagai ibu bapa yang misali.
  • Solat wajib dilaksanakan selagi belum melahirkan anak. Sekiranya isteri tidak mampu lagi melaksanakan solat, suami perlu peka dan membuat catatan bilangan solat yang ditinggalkan serta mengingatkan isteri untuk menggantikan solat.

Surah Penting Buat Ibu Hamil

Berikut adalah antara saranan surah-surah yang boleh diamalkan oleh ibu hamil sejak mengandung supaya proses bersalin dipermudahkan dan zuriat yang dilahirkan juga dengan izin Allah SWT akan menjadi seorang muslim yang baik, iaitu:

  1. Surah Al-Fatihah
  2. Ayat Kursi (Surah Al-Baqarah Ayat 255)
  3. Surah At-Taubah
  4. Surah Yaasin
  5. Surah Luqman
  6. Surah Yusuf
  7. Surah Maryam
  8. Surah An-Nahl (Ayat 78)
  9. Surah Al-A’raf (Ayat 189)

Bacaan Doa Mudah Bersalin

Selain membaca surah-surah di atas, ibu hamil juga boleh membaca doa-doa yang terdapat dalam Al Quran dan As-Sunnah, serta doa-doa yang dianjurkan oleh para ulama.

Contoh doa yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terkandung di dalam rahimku. Permudahkanlah kelahiranku dan jadikanlah anakku seorang yang sihat, cerdas dan soleh.”

Antara doa-doa mudah bersalin yang disarankan dan boleh diamalkan ketika sudah hampir dengan waktu bersalin adalah seperti berikut:

Doa Mudah Bersalin & Amalan Suami Isteri Ketika Isteri Hamil 1
Doa Mudah Bersalin
Doa Mudah Bersalin & Amalan Suami Isteri Ketika Isteri Hamil 2
Doa Mudah Bersalin

Setelah melahirkan, ibu bapa digalakkan untuk membaca doa berikut selepas melaungkan azan atau iqamat ditelinga bayi anda, iaitu:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَآمَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَآمَّةٍ

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah dari segala syaitan, kesusahan dan pandangan yang jahat.”

Tips Mudah Bersalin

Selain berdoa, untuk memudahkan proses bersalin, fokus pada penyediaan badan dan minda juga adalah perkara yang sangat penting.

Berikut adalah beberapa tips mudah bersalin yang boleh diamalkan oleh ibu yang sedang hamil untuk mudah ketika bersalin, iaitu:

  1. Melakukan senaman yang kerap dan sederhana semasa kehamilan boleh menguatkan badan dan meningkatkan daya tahan, yang boleh membantu semasa bersalin. Pertimbangkan untuk berjalan kaki (brisk walk), berenang, yoga atau kelas kecergasan pranatal.
  2. Mengekalkan diet yang seimbang untuk menyokong keperluan badan semasa mengandung dan bersalin.
  3. Minum banyak air untuk kekal dehidrasi dan boleh mencetuskan kontraksi.
  4. Menggunakan bola bersalin boleh membantu dengan sokongan pelvis dan pengurangan kesakitan.
  5. Membuat pelarasan kiropraktik secara rutin boleh membantu menguruskan sakit belakang, pinggul dan sendi, yang boleh membantu terutamanya pada kehamilan akan datang.
  6. Mempelajari teknik seperti pernafasan dalam, visualisasi dan meditasi yang boleh membantu menguruskan kesakitan dan kekal tenang semasa bersalin.
  7. Bergerak dan menukar posisi semasa bersalin boleh membantu bayi turun dan berpotensi menjadikan proses bersalin lebih pendek dan lebih mudah.
  8. Mempunyai ahli keluarga yang menyokong juga adalah penting untuk memberikan sokongan emosi dan membantu kekal tenang semasa proses bersalin.

Semoga perkongsian ini bermanfaat! Selamat beramal!

Artikel Berkaitan: Cara Atasi Anaemia Pada Ibu Hamil.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More