Sumber Rujukan Globalisasi Anda

E-Payroll; Pengurusan Rekod Gaji Digital Melalui i-Akaun KWSP

KWSP Memperkenalkan e-Payroll iaitu satu penambahbaikan terbaru portal i-Akaun (Majikan) bagi membantu dan mempermudahkan urusan-urusan penggajian majikan.

Sistem terbaru ini ialah salah satu inisiatif penambahbaikan ke atas i-Akaun (Majikan) KWSP untuk membantu majikan menguruskan dan mengekalkan rekod gaji secara digital. Ia juga akan memudahkan transaksi pembayaran caruman KWSP.

Isi Kandungan

Kelebihan E-Payroll

Nikmati sokongan dan bantuan yang diperlukan dengan e-Payroll. Proses penggajian lebih ringkas dan sistemnya lebih terurus.

  1. Mudah diakses – Menerusi portal i-Akaun (Majikan)
  2. Pengiraan caruman automatik – KWSP, PERKESO, potongan LHDNM dan lain-lain
  3. Dapatkan fail dengan cepat dan mudah – Untuk agensi berkanun dan lain-lain
  4. Berdasarkan piawaian agensi berkanun – KWSP, PERKESO dan LHDNM

E-Payroll; Pengurusan Rekod Gaji Digital Melalui i-Akaun KWSP

Fungsi Utama

Fungsi utama adalah seperti berikut:

  • Kemas kini gaji pekerja
  • Menjana slip gaji pekerja
  • Buat pembayaran caruman kepada KWSP
  • Hasilkan fail data berkanun (elektronik) untuk agensi (LHDNM dan PERKESO)
  • Hasilkan fail bank terpilih (elektronik) untuk membayar pembayaran gaji pekerja melalui bank
  • Hasilkan Borang Cukai Pendapatan Tahunan LHDNM
  • Buat potongan gaji kepada pihak ketiga (Tabung Haji, PTPTN dan Zakat)

Syarat Kelayakan

  • Pengguna i-Akaun (Majikan)
  • Majikan mempunyai minimum SATU (1) pekerja

Baca Juga: Cara Buat Aduan Jika Ujian Covid-19 Anda Dicaj Lebih Harga Siling

Ciri Utama 

  • Akses mudah melalui i-Akaun (Majikan)
  • Muat turun rekod Pekerja dengan mudah menggunakan fungsi ‘Import Pekerja’
  • Fungsi bina dalam untuk mengesahkan pekerja adalah Ahli KWSP
  • Senarai pampasan dan potongan yang sedia digunakan
  • Pengiraan automatik pembayaran KWSP, PERKESO, LHDNM dan caruman lain
  • Menyokong kaedah bayaran gaji secara bulanan, mingguan dan harian
  • Penyelarasan pampasan dan pemotongan gaji dengan mudah
  • Menjana fail agensi berkanun dan bank dengan cepat
  • Alami proses yang mudah untuk membuat bayaran caruman KWSP
  • Jimatkan masa dengan menjana Borang Cukai Pendapatan Tahunan secara automatik
  • Kini slip gaji pekerja dan rekod penggajian lebih mudah diakses

Maklumat Lanjut

Dapatkan info dan makluman terkini mengenai e-Payroll di laman web rasmi KWSP

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More