Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Sarah dan Shuib Bantu Mangsa Kebakaran

Sarah dan Shuib bersimpati dengan nasib mangsa kebakaran. Nasib dua keluarga yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumah didiami di Kampung Alor Bakat, Bachok, Kelantan hangus terbakar, semalam mendapat perhatian pasangan selebriti popular, Siti Sarah dan Shuib.

Terkesan dengan nasib yang menimpa dua keluarga ini, Sarah dan Shuib yang kebetulan berada di Kelantan mengambil peluang menziarah dua keluarga itu dan tampil mengurangkan beban yang ditanggung mereka.

SARAH DAN SHUIB BANTU BINA RUMAH BAHARU, CARIKAN RUMAH SEWA SEMENTARA

Sarah berkata, dia dan Shuib bakal membina rumah baharu buat kedua keluarga ini dan pada masa sama, turut mencari rumah sewa buat untuk  mereka.

“Kebetulan semalam, ketika pembukaan Bubble Bee, ada orang beritahu kami mengenai dua buah rumah terbakar itu dan lokasinya tidak jauh dari tempat kami.

“Saya terus tergerak hati nak ajak Shuib dan pasukan kami ke sana bagi menghulur bantuan. Sampai di sana, bila tengok sahaja rumah kak Halimah dan kak Hawa, hati saya macam nak pecah. Bayangkan, dalam masa setengah jam dua rumah hangus terbakar.

“Kita  doakan yang dua keluarga ini dipermudahkan segala urusan mereka dan kuat melalui ujian ini. InshaAllah saya dan Shuib akan cuba membantu dua keluarga ni.

“Buat masa sekarang, mereka dah pilih rumah untuk di sewa sementara dan insha-Allah kami juga akan bantu buatkan dua rumah yang baru secepat mungkin.  Minta semua doakan agar semua urusan dipermudahkan,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram. sarah dan shuib                     Sarah dan Shuib menyantuni dua keluarga mangsa rumah hangus terbakar.

sarah dan shuib

Kawasan dua buah rumah yang rentung dijilat api kira-kira jam 3.30 pagi.

Menurut Sarah lagi, dia mengakui sedih ketika menziarahi dua keluarga itu apatah lagi ketika kunjungannya rumah yang terbakar masih lagi berasap.

“Ya Allah, memang saya tak dapat nak bayangkan benda ini terjadi pada jam 3.30 pagi.

“Kita semua tengah tidur nyenyak, mereka berlari selamatkan diri dari api sampai tak sempat  nak selamatkan barang-barang dan bayangkan, ketika saya sampai petang itu pun (semalam) rumah masih berasap tak habis lagi.

“Bayangkan sekiranya  kejadian sebegini berlaku pada keluarga kita sendiri,” tulisnya.

Sumber : HARIAN METRO

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More