Sumber Rujukan Globalisasi Anda

ePangkat : Login, Semakan dan Permohonan Kenaikan Pangkat

ePangkat merupakan satu sistem maklumat kenaikan pangkat fleksibel bagi memenuhi keperluan semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia merupakan suatu jenis pencapaian yang melambangkan kejayaan seseorang pekerja di sesebuah syarikat ditawarkan mengikuti prestasi dan kecemerlangan semasa.

Sistem ini telah pertama kalinya dicipta pada 21 Ogos 2008 bagi mengelakkan kelemahan dalaman pengurusan pangkat seperti kelewatan memproses urusan dan juga kelewatan memperoleh kenaikan pangkat. Selain itu, segala masalah seperti pertindihan urusan dalam mencadangkan sesuatu proses kenaikan pangkat juga mampu menjejaskan imej KPM.

Sistem ini bertujuan sebagai pemudahcara sistem semakan kenaikan pangkat. Selain itu, ianya juga membolehkan anda melakukan kemaskini maklumat yang tepat dan terkini daripada masa ke semasa.

Isi Kandungan

Fungsi Sistem ePangkat

  • Melakukan proses pemangkuan
  • Menyelesaikan masalah isu kelewatan dan pertindihan urusan kenaikan pangkat
  • Membuat kenaikan pangkat
  • Memberikan penempatan pemangkuan
  • Menyelesaikan isu pertukaran jawatan
  • Memantau serta mengemaskini data-data kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Sokongan (AKS) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Objektif Dan Matlamat

  • Mengautomasikan semua proses dan operasi urusan pemangkuan, kenaikan pangkat, penempatan pemangkuan dan pertukaran jawatan kenaikan pangkat.
  • Membolehkan perancangan urusan pemangkuan, kenaikan pangkat, penempatan pemangkuan, pertukaran jawatan kenaikan pangkat dilaksanakan dengan cepat dan tepat pada waktunya.
  • Membudayakan sistem kerja semua urusan naik pangkat yang cekap dan sistematik melalui aplikasi teknologi maklumat dan kumunikasi.
  • Memupuk rasa tanggungjawab untuk mengemaskini dan melengkapkan data-data naik pangkat pada setiap peringkat.
  • Menyediakan satu sistem maklumat kenaikan pangkat yang fleksibel dan kemas bagi memenuhi keperluan warga KPM dan stakeholders.

Login Semakan Kenaikan Pangkat (Pertama Kali)

Bagi pengguna yang pertama kali, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu ke dalam sistem epangkat seperti didalam portal dibawah.

Link : https://epangkat.moe.gov.my/login.php

Nota : Sila pastikan anda ingat ID dan Kata Kekunci Laluan untuk mengakses portal ini. Semua semakan untuk kenaikan pangkat KPM terkini boleh dilakukan secara online.

Kepada yang bermasalah dalam mendaftar, anda boleh rujuk Manual Pendaftaran Pengguna disediakan oleh KPM.

Login ePangkat KPM

Sebaik sahaja anda mendaftar sistem tersebut, anda perlu mengikuti langkah-langkah dibawah untuk menggunakan sistem tersebut.

  1. Kembali ke halaman utama
  2. Sila log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan
  3. Pastikan mama, jawatan dan tempat bertugas dengan betul
  4. Sila pilih modul iklan yang ditawarkan
  5. Pilih modul permohonan untuk membuat permohonan
  6. Permohonan yang lengkap akan dikemaskini sebaik sahaja manual pengguna dikongsikan oleh portal tersebut.
epangkat
Portal e-Pangkat bagi Kementerian Pendidikan Malaysia

Sistem ePangkat KPM 2021

Semakan Cara permohonan epangkat dan semak kenaikan pangkat guru secara online melibatkan dg 41 ke 44, dg42 ke dg44, dg52 ke dg54 mudah sahaja.

Bagi anda mahukan akses login sistem online e pangkat ini boleh terus log masuk pautan ini, https://moe.gov.my . Jagan lupa untuk catat ID dan Kekunci Kata Laluan anda sebaik sahaja mendaftar.

Semakan Keputusan ePangkat Melalui ePangkat Keputusan

Untuk menyemak status permohonan atau kemaskini terbaru, anda boleh login menggunakan nombor kad pengenalan anda ke portal ePangkat keputusan dibawah.

Link : https://naikpangkat.moe.gov.my/

Kami dari TcerDotMy ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah san syabas kepada yang berjaya!

Ciri-ciri ePangkat

Berikut adalah ciri-ciri yang disediakan dalam sistem ini:

  • Dipacu oleh proses
  • Kemudahan layan diri
  • Keselamatan data
  • Berasaskan web
  • Syarat tersedia
  • Locked-date
  • Berintegrasi

Senarai Data 

Berikut adalah senarai data yang disediakan dalam sistem:

  • Maklumat peribadi
  • Maklumat pengisytiharan harta
  • Maklumat PTK
  • Maklumat peminjam tegar
  • Maklumat perkhidmatan* (AKS, CUTI, PPPLD/PPPS)
  • Penilaian bagi laluan cemerlang
  • Maklumat akademik
  • Maklumat pengalaman kerja
  • Maklumat prestasi
  • Maklumat prestasi khas
  • Maklumat keutuhan SPRM
  • Maklumat tindakan* (Tempoh Cubaan Berdenda, Tatatertib)

Reset Kata Laluan

Sila turuti langkah-langkah berikut untuk mendapatkan kata laluan baru bagi yang lupa kata laluan :

  1. Layari pautan sistem dan klik butang Lupa Kata Laluan?
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Alamat Emel.
  3. Klik Reset Kata Laluan

Maklumat Reset Kata Laluan Bagi Pengguna

  1. Kemudahan reset kata laluan ini disediakan untuk pengguna bertahap biasa (PPP dan PKP) sahaja
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan alamat emel. Klik butang RESET KATA LALUAN
  3. Permohonan untuk reset kata laluan (PPP) akan disimpan di dalam pangkalan data untuk rujukan di masa akan datang
  4. Adalah menjadi tanggungjawab bagi pemilik akaun untuk menjaga kerahsiaan akaun masing-masing dan pihak KPM tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan online sistem ePangkat

Nota: Sedia maklum adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun untuk memelihara kerahsiaan akaun masing-masing. Pihak KPM tidak akan bertanggungjawab atas sebarang penyalahgunaan nombor kad pengenalan

Sistem “Time Based” Yang Ditawarkan

 Jurusan Sistem Time Based Mengikut Prestasi

 DIPLOMA 

  • Formula yang digunapakai adalah 8.8.5
  • Untuk yang gred DG29 naik ke DG32 adalah 8 tahun
  • Untuk yang gred DG32 naik ke DG34 juga 8 tahun
  • Manakala gred 34 naik pangkat ke DG38 adalah 5 tahun

 IJAZAH (DEGREE)

  • Formula yang digunapakai adalah 8.8.6.3
  • Kenaikan pangkat DG41 naik ke DG44 = 8 TAHUN
  • Kenaikan pangkat DG44 naik ke DG48 = 8 TAHUN
  • Kenaikan pangkat DG48 naik ke DG52 = 6 TAHUN
  • DG52 naik ke DG54 = 3 TAHUN

Cara Untuk Menyemak Keputusan

Anda boleh lakukan semakan secara online melalui pautan sistem e-Pangkat ini, kami doakan anda berjaya dalam setiap permohonan anda. Perlu ingat,  anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan anda sahaja dan klik semak untuk membuat semakan  keputusan naik pangkat epangkat KPM.

Borang Penilaian Tahap Kecemerlangan Guru KC

Berikut kami senaraikan Borang Penilaian Tahap Kecemerlangan Guru untuk gred dg32 / dg34 / dg38 / dg44 / dg48 / dg52 / dg54. Sila Klik di pautan dibawah untuk download.

PERKARA

LINK PAUTAN

Borang Penilaian Tahap Kecemerlangan Guru kategori 1a

BORANG KATEGORI 1b – Guru

BORANG KATEGORI 2 – Pensyarah

BORANG KATEGORI 3 

BORANG KATEGORI 4a – Pegawai

BORANG KATEGORI 4b – Pegawai

 

Pengumuman Penting Terkini (Dikemaskini Pada Tahun 2021)

Permohonan pemangkuan tahun 2021 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) gred DG40, DG38, DG34, DG32 dan DG29 ke gred DG42 secara khas untuk penyandang (kup) yang memperolehi ijazah di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Merujuk kepada surat siaran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPM rujukan KPM.BPSM.S.500-4/7/7 JILID 4 (33) bertarikh 09 Mac 2021 adalah berkaitan.

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan pemangkuan urusan bagi tahun 2021 ke Gred DG42 (KUP) akan dilaksanakan secara dalam talian menerusi Sistem ePangkat di Modul DG42 bagi PPP Gred DG40, DG38, DG34, DG32 dan DG29 yang telah memperolehi ijazah/ diluluskan oleh senat institusi pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2020 dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran. Berikut merupakan jadual pelaksanaan bagi urusan pemangkuan:

epangkat

Bagaimana Cara Menghubungi Bahagian ePangkat?

Bagi sebarang masalah semakan secara online bolehlah dialamatkan  kepada alamat di bawah.

Cawangan Naik Pangkat,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, Blok E12 Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaaan Persekutusan, 62604 Putrajaya.
Tel : 03-8884 7963 / 7863 / 7816
Email : [email protected]

Peringatan kepada calon yang tiada dalam rekod, sila hubungi Ketua Jabatan atau JPN bahagian masing-masing untuk membuat semakan status.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More