Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Erdogan hubungi Yang di-Pertuan Agong bincang isu Palestin

PETALING JAYA: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah telah mengadakan perbualan telefon semalam (Isnin).

Semasa perbualan telefon itu, Erdogan dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah berbincang mengenai hubungan dua hala serta serangan Israel yang mensasarkan Masjid Al-Aqsa dan Palestin.

Menurut kenyataan daripada sekretariat media Turki, kedua-dua mereka menekankan pentingnya bersatu dalam menghadapi penindasan yang ditanggung oleh rakyat Palestin terhadap serangan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa.

Presiden Erdoğan menyatakan keyakinannya bahawa Turki dan Malaysia akan bekerjasama erat di semua platform yang relevan, terutama di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Sumber Utusan Malaysia

Artikel lain: Roket Hamas sasar Tel Aviv selepas serangan Israel merobohkan menara Gaza

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More