Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Fakta Menarik Tentang Sotong Kurita

Berikut adalah perkongsian Fakta Menarik Tentang Sotong Kurita yang mungkin anda tidak pernah fikir mengenainya sebelum ini.

 

Fakta menarik tentang sotong kurita :

 

1. Ia mempunyai 3 jantung. Jantung utamanya mengepam darah ke seluruh badan manakala 2 jantung yang lebih kecil mengepam darah ke organ pernafasannya.

 

2. Ia mempunyai 9 otak. Otak utamanya mengawal seluruh badan dan 8 otak lain mengawal setiap gerakan sesungutnya. 8 otak tersebut bersambung dengan otak utama.

 

Fakta Menarik Tentang Sotong Kurita 1

 

3. Sotong kurita mempunyai darah berwarna biru. Ini disebabkan hemocyanin iaitu sejenis protien berasaskan tembaga yang banyak di dalam darahnya. Ia melancarkan peredaran oksigen di persekitaran yang sejuk.

 

4. Setiap sotong yang dewasa mempunyai sekurang-kurangnya 280 pelekap di seluruh sesungutnya.

 

Fakta Menarik Tentang Sotong Kurita 2

 

5. Sotong betina yang sedang mengeram telur tidak makan kira-kira 7 bulan sehingga telur-telurnya menetas. Biasanya ia akan mati tidak lama selepas telur-telur menetas.

 

6. Sotong kurita merupakan penyamar yang hebat. Ia boleh menukar warna badan kepada warna persekitarannya untuk mengelirukan mangsa dan pemangsanya.

 

Fakta Menarik Tentang Sotong Kurita 3

 

7. Kajian terkini mendapati semua sotong kurita mempunyai racun dan yang paling berbahaya adalah dari sotong kurita bercincin biru (blue ringed octopus).

#FaktaKIM

 

SEMOGA BERMANFAAT!

 

SUMBER : KIM

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More