Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Fizi Mohon Maaf Pada Ipin Upin

Siapa peminat siri animasi Upin Ipin? Ala..si budak kembar yang comel tu. Jangan tak tahu saya selaku penulis di sini pun mengakui sangat meminati rancangan animasi Upin Ipin. Sedangkan saya yang sudah masuk ‘remaja klasik’ ni minat, inikan pulak kanak-kanak.

Sebelum ini saya ada kongsikan tentang watak Fizi Sakitkan Hati Upin Ipin .

Menerusi video yang tular itu, kedengaran Mail sedang memberitahu sahabat mereka itu yang dia kena membantu ibunya membuat kerja-kerja persiapan menyambut hari raya.

Kemudian Upin atau Ipin membalas kagum dengan sahabat mereka itu dengan memuji Mail anak mithali.

Mail pula menyahut mestilah syurgakan di bawah telapak kaki ibu dan disahut oleh si kembar ini jika tiada ibu bagaimana pula?

Fizi menyampuk, “tak adalah syurga, itu pun tak tau”.

Disebabkan itu, kedua watak anak comel itu terguris kerana mereka tidak punya ibu dan ayah. Sudah tentu Upin dan Ipin sedih bila Fizi mengatakan sedemikian kan.

Bukan saja Upin Ipin terguris malah netizen juga ada yang marah dengan watak Fizi.

Walaubagaimanapun, terkini Video permohonan maaf Fizi disiarkan oleh penerbit, Les’ Copaque Production Sdn Bhd di saluran Youtube rasmi Les’ Copaque Production Channel, pada jam 4 petang tadi.

“Hai, saya Fizi. Berdirinya saya di sini untuk memohon maaf pada Upin dan Ipin. Fizi tak sengaja salah cakap hari tu. Lepas tu kena cubit dengan Mail, Fizi dah insaf. Jadi, janganlah marah Fizi lagi. Fizi sedih…”

Tapi Fizi buat permohonan maaf melalui video call. Apapun, si kembar Upin dan Ipin sudah memaafkan Fizi kerana “kitakan sahabat selamanya” kata Upin dan Ipin.

Berikut adalah petikan berita tentang Fizi Mohon Maaf Pada Upin Ipin saya ambil dari Bharian.

KUALA LUMPUR: Mengotakan janji, karakter Fizi daripada siri animasi popular, Upin & Ipin memohon maaf atas kontroversi dialog dalam episod berjudul Syahdunya Syawal yang disiarkan pada Hari Raya pertama di saluran MNCTV, Indonesia.

Video permohonan maaf Fizi disiarkan penerbit, Les’ Copaque Production Sdn Bhd di saluran Youtube rasmi Les’ Copaque Production Channel, pada jam 4 petang tadi.

Melalui video berdurasi empat minit itu, Fizi memberitahu mengakui menyesal dengan keterlanjuran katanya kepada Upin dan Ipin.Turut disiarkan ialah sebahagian babak yang kontroversi itu hinggalah sambutan Aidilfitri diraikan.

“Saya, Fizi… Berdirinya di sini untuk memohon maaf pada Upin dan Ipin. Fizi tak sengaja tersalah cakap hari itu.

“Lepas cubit dengan Mail, Fizi dah insaf. Jadi, janganlah marah Fizi lagi. Fizi sedih,” ungkap Fizi menerusi video berkenaan. Upin dan Ipin turut memaafkan kekhilafan Fizi kerana mereka sahabat selamanya.

Pengarah siri drama Les’ Copaque Production, Khairul Aimran Ibrahim berkata, pembikinan video permohonan maaf itu mengambil masa dua hari.

“Kami turut siar video permohonan maaf itu di semua platfrom rasmi di Facebook, Instagram (IG) dan Twitter dalam versi yang pendek,” katanya kepada BH Online.

Ahad lalu, dialog dilafazkan Fizi dalam episod berkenaan yang menyentuh persoalan di mana syurga untuk anak yatim, mencetuskan bualan hangat peminat di Indonesia dan Malaysia. Sepantas kilat, komen ‘Fizi is cancelled’ menjadi tular di laman sosial terutama Twitter.

Khairul Aimran atau Kim berkata, sesuai dengan bulan Syawal yang menganjurkan umat Islam bermaaf-maafan, pihaknya berharap kesilapan Fizi dapat diampunkan.

“Peminat siri Upin & Ipin tahu karakter Fizi adalah ceria dan suka mengenakan kawan-kawan.

“Seperti Fizi selalu menyakat Ehsan dengan gelaran ‘intan payung’. Ia sekadar panggilan manja Ehsan dan sering dijadikan modal untuk mengusik.

“Itu belum lagi melihat gelagat Fizi berpuasa separuh hari dan mengaku di depan cikgu dengan selamba,” katanya.

Kim berkata, kontroversi timbul apabila dalam episod Syahdunya Syawal, Fizi menyebut ‘tiada ibu, tiada syurga buat Upin dan Ipin’ hingga mengundang perbalahan netizen.

“Peminat tahu Upin dan Ipin adalah anak yatim. Pastinya kata-kata Fizi itu membuatkan hati mereka terguris.

“Namun, Fizi tidak berniat melukakan hati mereka,” katanya. Siri Upin & Ipin dilaporkan sudah memasuki musim ke-14 di Indonesia.

Akhir sekali, kita semua harus puji watak Fizi yang berani tampil mohon maaf. Walaupun hanya watak dalam siri animasi namun ianya memberi banyak pengajaran yang baik buat penonton terutamanya kanak-kanak dan juga orang dewasa yang turut melayan siri ini.

Pendek kata, dah buat salah kenalah tahu mohon maaf. Jangan ego.

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More