Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Format Pentaksiran UASA

Format Pentaksiran UASA telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi panduan para guru terutamanya. UASA telah mula dilaksanakan pada Januari 2023, dan merupakan satu bentuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Format Pentaksiran UASA
Gambar Hiasan dari sumber Berita Harian Online

Isi Kandungan

Apa Itu UASA?

Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) adalah satu bentuk Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk pelaksanaan bagi sesi persekolahan tahun 2023. Ianya akan bermula pada minggu ketiga bulan ini (Januari 2023), dan bakal diduduki oleh calon pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

Konsep dan Prinsip UASA

UASA adalah ujian di peringkat sekolah yang merupakan sebahagian daripada PBS sumatif di akhir sesi akademik persekolahan, dan ianya bukan sebuah pentaksiran pusat.

Ujian ini bertujuan untuk menguji tahap kognitif pelajar tanpa wujud sebarang perbandingan prestasi atau pencapaian antara murid, sekolah, daerah mahupun negeri.

UASA juga bertujuan mengumpul serta mendapatkan maklumat mengenai tahap pencapaian akademik murid atau kandungan yang dipelajari murid sepanjang sesi akademik. Ia juga dapat memberi gambaran yang menyeluruh berkenaan perkembangan kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. Maklumat ini dapat membantu guru dalam merancang serta melaksanakan intervensi untuk membangunkan potensi murid.

Format Pentaksiran UASA

Sejajar dengan prinsip UASA, pihak KPM telah menghasilkan satu format pentaksiran untuk panduan serta rujukan para guru dalam proses membuat persiapan dan juga penyediaan kertas soalan peperiksaan untuk ujian ini.

Format pentaksiran ini telah disediakan mengikut kategori sekolah rendah dan menengah serta mengikut mata pelajaran yang telah disenaraikan dalam Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) : Pengenalan kepada UASA

Format Pentaksiran UASA
Gambar hiasan dari sumber AlHijrah Online

Di bawah ini adalah pautan untuk format pentaksiran UASA bagi kategori Sekolah Rendah:

Format Pentaksiran UASA (Sekolah Rendah)

Berikut adalah format pentaksiran UASA bagi peringkat Sekolah Rendah

FINAL_FORMAT PENTAKSIRAN DAN PELAPORAN SEKOLAH RENDAH BAGI UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK

Bagi kategori Sekolah Menengah pula, anda boleh muat turun format pentaksiran UASA di bawah ini:

Format Pentaksiran UASA (Sekolah Menengah)

Berikut adalah format pentaksiran UASA bagi peringkat Sekolah Rendah

FINAL_FORMAT PENTAKSIRAN DAN PELAPORAN SEKOLAH MENENGAH BAGI UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK

Senarai Koleksi Kertas Peperiksaan

Di sini terdapat beberapa koleksi kertas peperiksaan yang lepas untuk sumber rujukan semua:

KOLEKSI

PAUTAN

Contoh soalan peperiksaan

Tahun 4

Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Darjah 4

Contoh soalan peperiksaan

Tahun 5

Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Darjah 5

Contoh soalan peperiksaan

Tahun 6 

Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Darjah 6

Contoh soalan peperiksaan

Tingkatan 1 

Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Darjah 6

Contoh soalan peperiksaan Tingkatan 2 

Koleksi Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2

 Himpunan nota Tingkatan 3

HIMPUNAN NOTA RINGKAS DAN PADAT TINGKATAN 3 SEMUA SUBJEK

Diharapkan perkongsian kali ini dapat memberi panduan buat pelajar dan ibu bapa serta guru dalam menghadapi sesi persekolahan 2023 dan seterusnya, terutama dengan format pentaksiran bagi penilaian UASA yang bermula tahun ini. Selamat maju jaya buat semua pelajar yang akan menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik untuk Januari 2023.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More