Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Graduan UNISEL penerima Anugerah Pelajar Terbaik Perakaunan 2020 MIA

Graduan Universiti Selangor (UNISEL) Muhamad Farid Wahid diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajar Terbaik Perakaunan 2020 oleh Institut Perakaunan Malaysia (MIA) pada Persidangan Antarabangsa 2021 yang diadakan secara dalam talian dari 8 hingga 10 Jun lepas.

Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL Hasril Abu Hassan, berkata Muhamad Farid, 26, bakal menerima biasiswa pembangunan profesional daripada Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW) dan wang tunai berjumlah RM500 susulan kejayaannya.

Muhamad Farid adalah alumni Ijazah Sarjana Muda (ISM) Perakaunan (Kepujian) yang tamat pengajiannya pada Disember 2020 dan kini bertugas di Petroliam Nasional Berhad (Petronas) sebagai ‘Protégé-GEES’ atau eksekutif junior, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Harumkan Nama UNISEL

Sementara itu Muhamad Farid, berkata beliau bersyukur dan bangga dapat mengharumkan nama UNISEL, sekali gus menjadi inspirasi kepada pelajar lain terutama sekali pelajar program perakaunan.

“Jutaan terima kasih kepada keluarga, pensyarah serta rakan yang banyak menyokong saya selama ini. Harapan saya agar dapat menjadi pemangkin semangat buat rakan yang lain,” katanya dipetik oleh kenyataan sama.

Sumber Berita Harian

Baca Juga: Permohonan Program Online Kejuruteraan Menu AIM

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More