Permohonan Program Online Kejuruteraan Menu AIM
Permohonan bagi Program Kejuruteraan Menu yang dianjurkan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia telah dibuka!
Anda seorang usahawan Sahabat AIM yang mempunyai perniagaan restauran/Cafe/ Kedai Makan tetapi buntu untuk menyusun semula menu hidangan yang dapat menarik perhatian lebih ramai pelanggan dan seterusnya meningkatkan lagi pendapatan jualan?
Jom sertai program kerjasama antara AIM dan INSKEN: Program Kejuruteraan Menu yang akan dikendalikan oleh pemain industri yang berkepakaran di dalam bidang perniagaan restauran/Cafe/ Kedai Makan. Antara yang akan didedahkan adalah susunan design menu yang dapat menarik perhatian pelanggan dengan mengambilkira kos sebenar bagi setiap portion menu yang disediakan dan penggunaan warna juga gambar bersesuaian yang menarik, yang dapat mempengaruhi selera pelanggan.
Sebelum anda membuat Permohonan Program Online Kejuruteraan Menu ini, anda perlu tahu maklumat dibawah terlebih dahulu.
Isi Kandungan
Cawangan Terlibat
Program secara atas talian, selama 2 hari ini adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua Sahabat Cawangan:
- Shah Alam,
- Barat Laut Selangor
- Kuala Selangor
- Kepong
- Gombak
- Ampang
Mereka yang terpilih daripada program ini seterusnya, akan berpeluang untuk menyertai program lanjutan dan sesi bimbingan secara individu selama 3 bulan.
Tarikh Program
Bagi cawangan Shah Alam, Barat Laut Selangor, dan Kuala Selangor program akan berlangsung dari 26 hingga 27 Julai 2021.
Bagi cawangan Kepong, Gombak, dan Ampang program akan berlangsung dari 3 hingga 4 Julai 2021.
Baca Juga: Permohonan Program Online Pembangunan Produk AIM
Syarat Kelayakan
- Pemilik Perniagaan
- Sedang menjalankan perniagaan
- Peserta seperti di dalam kategori yang dinyatakan
Cara Permohonan Program Online Kejuruteraan Menu
Anda hanya perlu hubungi dua nombor ini sahaja:
- Pn Atirah – 0129393745
- En Dinul – 0104548410
Kategori Perniagaan
Penjaja / Peniaga Kecil / Sahabat yang sedang menjalankan bisnes penyediaan makanan:
- Gerai
- Warung
- Kafe
- Restoran
- Katering
Program Kejuruteraan Menu
Para peserta yang terpilih daripada Latihan Asas Kejuruteraan Menu layak ke program seterusnya:
- Latihan Lanjutan Modul Kejuruteraan Menu
- Sesi Bimbingan bersemuka 3 bulan
- Latihan modul smartphone photography
- Latihan modul jualan atas talian
Nota: Sesi secara fizikal, penginapan, makan minuman peserta, kit/latihan disediakan oleh INSKEN.
Proses Menjadi SAHABAT
Jom! Daftar segera sementara masih ada kekosongan. Untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut, anda boleh hubungi dua pihak bertugas dibawah:
- Pn Atirah – 0129393745
- En Dinul – 0104548410