Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Guru Ganti MyStep KPM 2023 Mohon Sekarang!

Guru Ganti adalah salah satu jawatan yang sentiasa dinanti oleh mereka yang sedang mencari kerja kosong. Ada juga dalam kalangan graduan yang fokus dia adalah guru ganti. Berganjak dari satu sekolah ke satu sekolah bergelar guru ganti. Tak menjadi masalah padanya kerana kepuasan menjadi guru walaupun sebagai guru ganti cukup membanggakan.

guru ganti

Isi Kandungan

Apa itu guru ganti?

Guru ganti adalah guru tidak terlatih yang ditempatkan di sekolah berdasarkan kekosongan. Ianya bertujuan untuk mengisi kekosongan sementara guru tetap disebabkan cuti bersalin, cuti sakit, cuti mengerjakan haji, berkursus atau lain-lain hal yang dibenarkan.

Khidmat Guru Ganti akan tamat apabila guru yang diganti telah tamat tempoh bercuti atau berkursus dan kembali bertugas di sekolah.

Minimun 28 hari ketiadaan guru dibolehkan oleh pihak sekolah mencari guru ganti kepada guru bercuti tersebut. Harus diketahui juga, guru ganti ini tidak mempunyai kelulusan atau latihan ikhtisas, hanya lantikan kontrak sahaja.

Apa pula MyStep?

Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik.

Inisiatif MySTEP ini disediakan khusus buat warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik dalam usaha Kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja di Malaysia.

Guru Ganti MyStep KPM 2023

Di sini kami akan kongsikan beberapa jawatan kosong guru ganti bagi tahun 2023 ini.

  • SELANGOR

Iklan Pengambilan Personel MySTEP (Guru Ganti) Pejabat Pendidikan Daerah Klang Tahun 2023.
Borang Permohonan boleh didapati di Pejabat Pendidikan Daerah Klang.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Mac 2023.
Segala info lanjut boleh rujuk poster dan borang di bawah:
Guru Ganti MyStep KPM 2023 Mohon Sekarang! 1
Guru Ganti MyStep KPM 2023 Mohon Sekarang! 2
Borang permohonan adalah seperti berikut:
Guru Ganti MyStep KPM 2023 Mohon Sekarang! 3
Guru Ganti MyStep KPM 2023 Mohon Sekarang! 4
Sebarang maklumat lanjut, boleh terus ke laman facebook rasmi PPD KLANG.
  • Kelantan

  1. 1: Pasir Mas 
Dibuka Pada 10 Januari 2023.
Maklumat Jawatan:
  1. Jawatan : Guru Ganti MySTEP KPM
  2. Penempatan : Sekolah rendah dan menengah dalam PPD Pasir Mas
  3. Tempoh Bertugas : Tertakluk kepada kekosongan guru di sekolah
Kadar Upah:
Kadar bayaran upah yang ditetapkan adalah seperti berikut:
  1. SPM : RM1700
  2. STPM/Diploma : RM 1900
  3. Ijazah : RM 2100
Kadar bayaran upah adalah untuk tempoh perkhidmatan sebulan termasuk KWSP,SOCSO dan lain lain yang berkenaan.
Syarat Kelayakan:
Permohonan adalah dipelawa kepada individu yang berkelayakan berikut:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Tinggal di daerah Pasir Mas
  3. Sihat tubuh Badan
  4. Berumur 18 hingga 35 tahun
Bidang Tugas:
Guru ganti MySTEP akan menjalankan tugas berikut:
  1. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap
  2. Menjalankan tugas-tugas guru yang digantikan.
  3. Terlibat dengan aktiviti kokurikulum
  4. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak sekolah.
Cara Memohon:
Pemohonan boleh dibuat dengan cara mengisi borang Permohonan Guru Ganti yang boleh diambil di kaunter Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas atau dimuat turun melalui link seperti di bawah:
Semua permohonan perlu disertakan dengan:
  1. Sekeping gambar berukuran passport
  2. Salinan kad pengenalan
  3. Salinan kelayakan akademik yang disahkan
Semua borang permohonan dan dokumen yang dinyatakan perlu dihantar ke Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas pada atau sebelum 10 Februari 2023.
Guru Ganti MyStep KPM 2023 Mohon Sekarang! 5
Guru Ganti MyStep KPM 2023 Mohon Sekarang! 6
  1. 2: Tanah Merah
Maklumat Jawatan:
  1. Jawatan : Guru ganti MySTEP KPM
  2. Penempatan : Sekolah rendah dan menengah dalam PPD Tanah Merah
  3. Tempoh bertugas : Tertakluk kepada kekosongan guru di sekolah
Kadar upah:
Kadar upah yang ditetapkan adalah seperti berikut:
  1. IJAZAH : RM2000
  2. DIPLOMA/STPM : RM1800
  3. SPM : RM1600
Kadar bayaran upah adalah untuk tempoh sebulan termasuk caruman KWSP dan SOCSO
Syarat Kelayakan:
Permohonan adalah dipelawa kepada individu yang berkelayakan seperti berikut:
  1.  Warganegara Malaysia
  2. Tinggal di Daerah Tanah Merah sahaja
  3. Sihat tubuh badan
  4. Berumur antara 18 hingga 35 tahun
Bidang Tugas:
Guru ganti MySTEP akan menjalankan tugas seperti berikut:
  1. Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap
  2. Menjalankan tugas tugas lain guru yang diganti
  3. Terlibat dengan aktiviti ko kurikulum
  4. Tugas tugas lain yang diarahkan oleh pentadbiran sekolah
Cara Pohon:
Permohonan boleh dibuat dengan cara mengisi borang permohonan guru ganti yang boleh diambil dikaunter pejabat Pendikan Daerah Tanah Merah dan dihantar bersama dokumen berikut:
  1.  Resume
  2.  Sekeping gambar berukuran passport
  3.  Salinan kad pengenalan
  4. Salinan sijil akademik yang disahkan
Semua borang permohonan dan dokumen yang lengkap perlu dihantar ke Pejabar Pendidikan Daerah Tanah Merah sebelum atau pada 22 Januari 2023 .
Permohonan yang berjaya akan dihubungi melalui telefon tertakluk kepada kekosongan dan opsyen di sekolah.
  • Perak

Hebahan berkenaan dengan Permohonan Jawatan Kosong Guru Ganti MySTEP Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah 2023. Borang permohonan boleh dimuat turun daripada QR Code dan link:

https://drive.google.com/…/13Gn1dD32CVM190oK…/view…

Atau boleh juga diperoleh di Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah.

Tarikh tutup permohonan pada 28 Februari 2023. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Encik Mohd Hafifi bin Abd Hafidz Penolong PPD (Menengah dan Tingkatan Enam) 053711273.

guru ganti

Penutup

Selain senarai yang kami sediakan untuk kalian, sebenarnya banyak lagi jawatan kosong lain berkaitan bidang perguruan ini untuk dimohon. Pemohon boleh rujuk di laman sosial facebook dan rujuk juga page kami untuk info lanjut.

Di bawah MyStep juga, terdapat banyak lagi jawatan kosong atau kerja kosong lain yang boleh dipohon selain guru ganti. Macam mana nak mohon? Klik link di SINI dan mohon ya. Semoga dipermudahkan dan beroleh pekerjaan bagi mereka yang sedang bergelut mencari kerja.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More