Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Haram Sebarkan Video Atau Gambar Mangsa Rentung

Haram Sebarkan Video Atau Gambar Mangsa Rentung – Mantan Mufti Wilayah Persekutuan dan Menteri Agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan bahawa haram sekiranya menyebarkan gambar atau video mangsa yang rentung dalam tragedi pesawat terhempas di Elmina.

Berlaku tanpa sebarang petanda, kejadian pesawat ringan terhempas di Elmina, Shah Alam petang khamis lalu telah memberikan satu kejutan besar buat Malaysia.

Haram Sebarkan Video Atau Gambar Mangsa Rentung

Beliau menyatakan perkara tersebut menerusi satu ciapan ringkas di Twitternya baru-baru ini. Tegasnya, tindakan tersebut adalah salah di sisi agama dan Haram Sebarkan Video Atau Gambar Mangsa Rentung kerana melibatkan ahli keluarga dan maruah mangsa.

“Haram sebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam tragedi tersebut. Itu akan melukakan hati keluarganya, juga melibatkan maruahnya. Sabda Nabi S.A.W:

“كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ، دَمُهُ، وَمَالُهُ، وَعِرْضُهُ

Maksudnya: “Hak setiap muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya”.

Sebelum ini, tular pelbagai rakaman dan gambar di media sosial yang memaparkan mangsa dalam nahas tersebut. Berikutan itu, ia telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Terdahulu, pihak polis mengesahkan seramai 10 orang lelaki maut dalam tragedi pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang dilaporkan terhempas pada petang khamis lalu.

Menurut laporan Bernama insiden itu juga difahamkan membabitkan mangsa yang terdiri daripada orang kenamaan. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, lapan daripadanya adalah penumpang dan dua kru pesawat itu. Manakala dua lagi adalah seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta yang melalui di lokasi kejadian.

Menurutnya, pesawat berkenaan dalam perjalanan dari Langkawi menuju ke Subang setelah mendapat pelepasan untuk mendarat pada jam 2.50 petang hari tersebut.

“Namun, dua minit sebelum mendarat, pesawat itu dipercayai hilang kawalan dan terhempas lalu melanggar motosikal dan kereta yang melalui kawasan itu,” ujarnya dalam satu sidang media di tempat kejadian.

Haram Sebarkan Video Atau Gambar Mangsa Rentung

Difahamkan, kedua-dua kenderaan yang terlibat dalam nahas itu dilaporkan dari arah Bukit Jelutong menghala Lebuhraya Guthrie. Tambahnya, proses pemadaman kebakaran di lokasi itu mengambil masa selama 10 minit oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Kesemua mangsa yang terlibat dipercayai berumur antara 40-an hingga 50-an disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, untuk bedah siasat.

Menelusuri media sosial, ramai rakyat Malaysia telah membanjiri ruangan hantaran dan komen dengan ucapan takziah kepada mangsa tragedi.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa insiden terbabit.

“Takziah saya ucapkan kepada 10 keluarga mangsa tragedi pesawat terhempas di Elmina.”

Jelas Dr. Zulkifli, semoga mangsa yang terkorban dalam pesawat terhempas itu dikurniakan syahid akhirat kerana kematiannya berpunca dari kemalangan.

“Diharapkan moga-moga mereka dikurniakan syahid akhirat atas makna sahib al-hadm (orang yang ditimpa runtuhan). Kalimah al-hadm juga boleh difahami sebagai himpitan atau pertembungan, atau dalam konteks semasa difahami sebagai kemalangan.” jelasnya.

Dr. Zukifli kemudian membawakan hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim. Sabda Nabi SAW:

الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ، وَالْمَبْطُونُ، وَالْغَرِقُ، وَصَاحِبُ الْهَدْمِ، وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Maksudnya: Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, orang yang ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah.

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Diharapkan dengan perkongsian Haram Sebarkan Video Atau Gambar Mangsa Rentung ini dapat memberikan kebaikan kepada semua umat Islam dan kepada mereka yang telah menyebarkan video atau gambar-gambar mangsa rentung di Elmina, sila padam semua video dan gambar tersebut bagi menghormati semua waris-waris mangsa yang terkorban.

Semoga perkongsian Haram Sebarkan Video Atau Gambar Mangsa Rentung ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Haram Sebarkan Video Atau Gambar Mangsa Rentung telah pun terjawap di atas, sebaliknya atas tindakan masing-masing pula untuk mengikuti atau sebaliknya.

Seterusnya selain perkongsian tentang Haram Sebarkan Video Atau Gambar Mangsa Rentung ini, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More