Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Updated 2024: Harga Vios 2023 Terbaharu Di Malaysia

Berikut dikongsikan info terkini berkaitan harga vios 2023 pada tahun 2024 untuk makluman semua rakyat Malaysia di luar sana.

Isi Kandungan

Mengenai Toyota Vios 2023

Toyota Vios 2023 serba baharu telah dilancarkan pada 24 Februari 2023 oleh Toyota Malaysia dengan harga yang bermula daripada RM89,500 sehingga RM95,500.

Toyota Vios 2023 ini di bina di atas platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang serba baharu.

Untuk generasi kali ini, Toyota Vios hanya didatangkan dengan 2 jenis varian, iaitu

  • Toyota Vios 1.5E.
  • Toyota Vios 1.5G.

Usah risau, kereta ini pastinya akan memberikan nilai yang baik untuk wang yang anda belanjakan.

Toyota Vios Baru 2023 ini mempunyai reka bentuk yang sporty dan moden serta mempunyai pilihan warna baru yang dipanggil Spicy Scarlet SE.

Toyota Vios 2023 serba baharu ini juga dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri moden seperti Toyota Vehicle Telematic System (VTS) dan ciri-ciri keselamatan Toyota Safety Sense yang akan membuat perjalanan anda lebih selesa dan selamat.

Dengan enjin 1496 CC yang bertenaga dengan 106 kuasa kuda dapat menghasilkan torque sehingga 138 Nm, kereta ini pasti akan memberikan prestasi yang tinggi serta keselesaan yang maksimum.

Justeru, jika anda sedang mencari kereta sedan yang bergaya dan berpatutan untuk kegunaan harian, Toyota Vios 2023 yang baharu ini mungkin merupakan pilihan yang tepat untuk anda.

Updated 2024: Harga Vios 2023 Terbaharu Di Malaysia 1
Harga Vios 2023

Harga Vios 2023

Toyota Vios 2023 adalah sebuah kereta sedan yang popular dan kelihatan cukup sporty.

Toyota Vios 2023 ini didatangkan varian asas iaitu Vios E dan Vios G untuk varian yang lebih premium.

Vios E dijual bermula dari RM 89,600 dan model teratas, iaitu Vios G dijual pada harga RM 95,500. 

KawasanModel Toyota Vios 1.5E (AT)Model Toyota Vios 1.5G (AT)
SemenanjungRM 89,600RM 95,500
LangkawiRM 80,000RM 84,000
SabahRM 91,542RM 97,442
Sarawak RM 91,582RM 97,482
LabuanRM 80,951RM 84,951
Harga Vios 2023

Harga Bulanan Toyota Vios (Semenanjung Malaysia)

Berdasarkan downpayment 10% dan pinjaman 90% untuk tempoh 9 tahun, bayaran bulanan untuk Toyota Vios adalah serendah RM 964 untuk Vios 1.5 E dan RM 1,028 untuk Vios 1.5 G bagi kawasan Semenanjung Malaysia.

Model ToyotaHarga JualanHarga OTR10% Downpayment 90% PinjamanHarga Bulanan (2.7% int.)
Vios 1.5 E (AT)RM 89,600RM 93,100RM 9,310RM 83,790RM 964
Vios 1.5 G (AT)RM 95,500RM 99,200RM 9,920RM 89,280RM 1,028
Harga Vios 2023

Berapa Lama Tempoh Menunggu Untuk Dapatkan Toyota Vios?

Tempoh menunggu untuk kereta Toyota Vios tahun 2023 ini bergantung kepada booking queue.

Jika booking di buat lebih awal daripada sekarang, dianggarkan dalam 1 hingga 3 bulan selepas pelancaran model oleh Toyota Malaysia Official.

Untuk makluman, Toyota Vios 2023 serba baharu ini telah di lancarkan pada 24 Februari 2023 oleh Toyota Malaysia.

Exterior & Interior Toyota Vios

Pelbagai exterior dan interior Toyota Vios yang terkini dan canggih dengan fastback serba baharu, antaranya adalah

  1. Rim Aloi 17″.
  2. 3 Drive Modes (Power, Eco, Normal).
  3. Penukar Dayung (Paddle Shifters).
  4. Brek Letak Kereta Elektronik dengan Pegangan Brek Auto.
  5. Vent Aircond Belakang.
  6. Audio Paparan 9″ dengan Apple CarPlay Wayarles dan Android Auto™.
  7. Monitor Pandangan Panaromik 3D (PVM).
  8. Pemantau Titik Buta (BSM) dengan Amaran Trafik Palang Belakang (RCTA).
Updated 2024: Harga Vios 2023 Terbaharu Di Malaysia 2
Harga Vios 2023

Ciri-ciri keselamatan Toyota Safety Sense bagi Toyota Vios adalah seperti berikut:

  • Pencegahan Berlepas Lorong.
  • Amaran Berlepas Lorong.
  • Makluman Berlepas Depan.
  • Sistem Pra-perlanggaran.
  • Kawalan Menjaga Lorong.
  • Kawalan Pelayaran Adaptif.
  • Pancaran Tinggi Auto.

Warna-warna bagi Toyota Vios terbaharu ini terbahagi kepada 5 warna iaitu

  1. Silver Metallic.
  2. Nebula Blue Metallic.
  3. Spicy Scarlet SE.
  4. Attitude Black.
  5. Platinum White Pearl.
Updated 2024: Harga Vios 2023 Terbaharu Di Malaysia 3
Harga Vios 2023

Diharapkan perkongsian info tentang Harga Vios 2023 ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana.

Artikel Berkaitan: Harga Proton X50 2024, Harga Perodua Axia 2024 dan Harga Honda Civic 2024.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More