Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hari Arafah 2025 Adalah Cuti Umum 2 Negeri Di Malaysia

Berikut dikongsikan mengenai Hari Arafah 2025 yang akan datang tidak lama lagi, serta kelebihan pada hari tersebut untuk semua umat Islam.

Isi Kandungan

Apa Itu Hari Arafah?

Hari Arafah adalah hari yang sangat penting dalam kalendar Islam, yang berlaku pada hari ke-9 Zulhijjah dan ia adalah hari yang sangat penting dalam agama, terutamanya bagi mereka yang menunaikan Haji, iaitu ziarah tahunan ke Mekah, kerana mereka menghabiskan hari itu dengan solat dan renungan di dataran Arafah.

Bagi umat Islam yang tidak menunaikan Haji, Hari Arafah adalah hari berpuasa dan memperbanyakkan doa kepada Allah SWT.

Hari Arafah 2025 Adalah Cuti Umum 2 Negeri Di Malaysia 1

Berikut ialah pandangan yang lebih terperinci tentang kepentingannya, iaitu:

Ibadah HajiSemasa Haji, jemaah menghabiskan hari di Arafah, iaitu sebuah dataran yang luas di luar Mekah, melakukan Wukuf (berdiri dalam solat dan meditasi). Ini adalah bahagian penting dalam ibadah Haji.
BerpuasaUmat ​​Islam yang tidak menunaikan Haji digalakkan berpuasa pada Hari Arafah, kerana ia dipercayai mendapat ganjaran yang besar. Nabi Muhammad (SAW) bersabda, “Puasa pada hari Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang berikutnya.”
Perbanyakkan DoaUmat ​​Islam digalakkan memperbanyakkan selawat, berdoa dan berzikir kepada Allah SWT pada Hari Arafah.
Hari Pendamaian Dan PengampunanHari Arafah dianggap sebagai hari rahmat dan keampunan yang besar daripada Allah SWT.
Khutbah PerpisahanNabi Muhammad SAW menyampaikan khutbah terakhirnya pada Hari Arafah semasa Haji terakhir baginda.

Hari Arafah 2025

Hari Arafah 2025 bersamaan 9 Zulhijjah 1446H di Malaysia dijangkakan jatuh pada hari Jumaat iaitu 6 Jun 2025 manakala di Mekah pada 5 Jun 2025.

Bagi yang berada di Malaysia, puasa sehari sebelum iaitu pada 5 Jun 2025 (Khamis) adalah puasa Hari Tarwiyah manakala puasa pada 6 Jun 2025 (Jumaat) dikira puasa Hari Arafah.

Berpuasa pada Hari Arafah hukumnya sunat bagi mereka yang tidak mengerjakan Haji.

Sesetengah pendapat mengatakan waktu yang afdhal dan mustajab doa untuk munajat kepada Allah SWT adalah satu masa yang bersamaan dengan waktu wukuf.

Justeru, marilah kita sama-sama jangan lepaskan peluang ketika waktu tersebut dengan perbanyakkan berdoa kepada Allah SWT.

Cuti Umum Sempena Hari Arafah 2025

Hari Arafah 2025 adalah Hari Kelepasan Am atau cuti umum bagi dua (2) negeri di Malaysia, iaitu negeri Kelantan dan negeri Terengganu.

Mulai tahun 2020, ia merupakan cuti umum bagi sebuah negeri sahaja di Malaysia iaitu negeri Terengganu dan mulai tahun 2022, Kelantan juga telah mengumumkan cuti umum sempena Hari Arafah.

Perbanyakkan Doa Di Hari Arafah

Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah kerana doa pasti akan cepat dikabulkan. Sehingga kita diperintahkan untuk memperbanyakkan ibadah pada Hari Arafah, apalagi untuk orang yang sedang wukuf di Arafah.

Dari ‘Amr bin Syu’aib, Nabi Muhammad SAW bersabda,

“Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.”

Hadis Riwayat At-Tirmidzi

Salah satu doa adalah membaca bacaan terbaik yang dibaca oleh para nabi pada senja Hari Arafah, Rasulullah SAW, disebutkan hadis,

“Kalimat utama yang aku dan para nabi ucapkan pada senja Hari Arafah adalah:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(Tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Allah SWT semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Miliki-Nya segala Kerajaan, segala pujian dan Allah SWT yang menguasai segala sesuatu).”

Hadis Riwayat At-Thabrani

Mari perbanyakkan berdoa dan perbanyakkan melakukan kebaikan pada Hari Arafah dan sejak masuk awal Zulhijjah lagi seperti sedekah dan amal kebaikan yang lainnya.

Semoga Hari Arafah nanti penuh berkah dan Allah SWT mengabulkan segala hajat dan niat baik kita.

Hari Arafah 2025 Adalah Cuti Umum 2 Negeri Di Malaysia 2

Semoga perkongsian mengenai Hari Arafah 2025 ini bermanfaat untuk semua umat Islam diluar sana.

Selamat memperbanyakkan amalan dan merebutkan peluang pada Hari Arafah 2025 ini supaya kita tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More