Tema Hari Guru 2025 & Sambutan Peringkat Kebangsaan Ke-54

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Hari Guru 2025 yang akan disambut pada 16 Mei setiap tahun.
Isi Kandungan
Hari Guru 2025
Sambutan Hari Guru merupakan satu hari istimewa yang diisytiharkan untuk mengenang jasa dan pengorbanan para guru.
Walau bagaimanapun, tarikh sambutan Hari Guru adalah berbeza mengikut negara masing-masing dan ada juga negara yang memberikan cuti sempena sambutan Hari Guru ini.
Sebagai contoh, negara Albania menyambut Hari Guru pada 7 Mac, Brazil pada 15 Oktober dan di Mexico pula ia disambut pada 1 Mei.
Manakala, Hari Guru di Malaysia akan diisambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun.
Objektif sambutan Hari Guru adalah untuk:
- Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan Kebangsaan (termasuk Perpaduan dan Integrasi), pembangunan Negara dan perkhidmatan kepada Masyarakat.
- Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu boleh berkesan.
Tema Hari Guru bagi tahun 2025 secara rasminya telah diumumkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 13 April baru-baru ini.
Tema Hari Guru 2025 adalah:
Guru Pemacu Reformasi Pendidikan
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-54 Tahun 2025
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 akan diadakan pada 14 – 16 Mei 2025 bertempat di Kuching, Sarawak.
| Tarikh (Masa) | Tempat | Aktiviti |
|---|---|---|
| 14 Mei 2025 (6.00 Pagi – 8.30 Pagi) | Dari Padang Merdeka ke Dataran Ibu Pertiwi | Juh Kita Berekot Rami-rami Hari Guru dan Aktiviti Perahu Tambang |
| 14 Mei 2025 (9.00 Pagi – 10.00 Malam) | Waterfront Kuching (Zon A & Zon C) | Pameran Pendidikan Ceritera Guru Jabatan Pendidikan Negeri, Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan serta Pihak Swasta |
| 14 Mei 2025 (9.00 Pagi – 1.00 Tengah Hari) | Borneo Culturer Museum | Pertandingan Akhir Pidato Bahasa Inggeris dan Pidato Bahasa Melayu |
| 14 Mei 2025 (9.30 Pagi – 11.30 Pagi) | Waterfront Kuching (Zon B) | Forum Pendidikan |
| 14 Mei 2025 (12.00 Tengah Hari – 1.00 Tengah Hari) | Waterfront Kuching (Zon B) | Bicara Profesional KPPM |
| 14 Mei 2025 (3.30 Petang – 7.00 Malam) | Masjid India Bandar Kuching | Bacaan Yasin, Tahlil dan Forum Perdana |
| 14 Mei 2025 (8.30 Malam – 10.00 Malam) | Waterfront Kuching (Zon B) | Konsert |
| 15 Mei 2025 (8.00 Pagi – 12.00 Tengah Hari) | Hikmah Exchange Event Centre | Pertandingan Akhir Bahas Piala KPPM |
| 15 Mei 2025 (9.00 Pagi – 9.00 Malam) | Waterfront Kuching (Zon A & Zon C) | Pameran Pendidikan Ceritera Guru Jabatan Pendidikan Negeri, Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan serta Pihak Swasta |
| 15 Mei 2025 (9.00 Pagi – 11.00 Pagi) | Waterfront Kuching (Zon B) | Persembahan Buskers |
| 15 Mei 2025 (10.30 Pagi – 12.30 Tengah Hari) | Hikmah Exchange Event Centre | Sesi Perkongsian Guru – 10 Guru Terbaik Dunia |
| 15 Mei 2025 (12.00 Tengah Hari – 1.00 Tengah Hari) | Waterfront Kuching (Zon B) | Pocker Talk: Suruhanjaya Pertukaran Pendidikan Malaysia dan Amerika Syarikat (MACCE) |
| 15 Mei 2025 (2.00 Petang – 4.00 Petang) | Hikmah Exchange Event Centre | Majlis Anugerah Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-54 Tahun 2025 |
| 15 Mei 2025 (8.30 Malam – 10.00 Malam) | Waterfront Kuching (Zon B) | Malam Kamek Sayang Cikgu: #terimakasihcikgu |
| 16 Mei 2025 (8.00 Pagi – 9.30 Pagi) | Borneo Convention Centre Kuching | Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-54 Tahun 2025 |
| 16 Mei 2025 (7.00 Pagi – 10.00 Malam) | Waterfront Kuching (Zon A & Zon C) | Pameran Pendidikan Ceritera Guru Jabatan Pendidikan Negeri, Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan serta Pihak Swasta |


Semoga perkongsian tentang Hari Guru 2025 ini sedikit sebanyak dapat menghargai jasa guru-guru di Malaysia.
Selain itu, cadangan idea pantun buat guru dan ucapan lengkap sempena Hari Guru 2025 ada DISINI.
Selamat Hari Guru untuk semua yang bergelar Guru! Terima Kasih Cikgu!



