Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hari Malaysia 2025 Merupakan Cuti Umum Semua Negeri Di Malaysia

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Hari Malaysia 2025 yang akan disambut tidak lama lagi di seluruh Malaysia.

Isi Kandungan

Sejarah Penubuhan Malaysia 16 September 1963

Hari Malaysia ialah cuti umum yang diadakan pada 16 September setiap tahun bagi memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada tarikh tersebut pada tahun 1963.

27 Mei 1961Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra dalam satu ucapan beliau di Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak ke dalam satu bentuk kerjasama politik dan ekonomi.
23 Julai 1961Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dengan dipengerusikan oleh Donald Stephen.
Ogos 1961Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah.
18 – 20 Disember 1961Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching, Sarawak.
6 & 7 Januari 1962Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia diadakan di Dewan Perundingan Negeri Selangor, Kuala Lumpur.
17 Januari 1962Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. Suruhanjaya ini dianggotai oleh lima orang ahli.
3 & 4 Februari 1962Mesyuarat keempat Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia.
21 Jun 1962Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
Julai 1962Kata sepakat telah dicapai oleh Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London. 
9 Julai 1963Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura di di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London.
16 September 1963Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia.
Hari Malaysia 2025 Merupakan Cuti Umum Semua Negeri Di Malaysia 1

Sambutan Hari Malaysia 2025

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 & Hari Malaysia 2025 merupakan acara tahunan yang diadakan bagi memperingati sejarah serta pencapaian Negara sejak kemerdekaannya dan pembentukan Malaysia.

Sambutan Hari Malaysia bagi tahun 2025 akan diadakan di Pulau Pinang.

Pemilihan tempat di Pulau Pinang pada tahun ini adalah bertepatan dengan amalan penggiliran tahunan lokasi sambutan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dengan matlamat untuk memperkukuh semangat kebersamaan dan perpaduan antara semua wilayah di negara ini.

Pelbagai aktiviti kenegaraan akan turut diadakan bagi meningkatkan semangat patriotism dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Cuti Umum Sempena Hari Malaysia 2025

Hari Malaysia 2025 adalah jatuh pada hari Selasa, bersamaan 16 September 2025 dan ia merupakan Hari Kelepasan Am Persekutuan bagi semua negeri di Malaysia, iaitu

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Wilayah Persekutuan Labuan.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  • Johor.
  • Kedah.
  • Kelantan.
  • Melaka.
  • Negeri Sembilan.
  • Pahang.
  • Perak.
  • Perlis.
  • Pulau Pinang.
  • Sabah.
  • Sarawak.
  • Selangor.
  • Terengganu.
Hari Malaysia 2025 Merupakan Cuti Umum Semua Negeri Di Malaysia 2

Tahukah anda, cuti hari kebangsaan adalah termasuk dalam 5 Hari Kelepasan Am yang wajib diberikan oleh majikan kepada pekerja mengikut Seksyen 60D(1)(a) & (b) Akta Kerja 1955.

Minimum 11 Hari Kelepasan Am setahun untuk seorang pekerja yang ditakrifkan sebagai seorang pekerja di bawah Seksyen 2, iaitu lima (5) Hari Wajib dan enam (6) Hari Pilihan Majikan.

Jika pekerja diperlukan dan diarahkan oleh majikan untuk bekerja pada hari tersebut, bayaran tambahan perlu dibayar. Sila rujuk Seksyen 60D(3) Akta Kerja 1955.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkaitan logo, tema dan kompilasi lagu patriotik serta program Bulan Kebangsaan 2025 boleh dirujuk melalui Portal Rasmi Merdeka 360 dari semasa ke semasa.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Semoga perkongsian tentang Hari Malaysia 2025 di atas bermanfaat untuk anda semua rakyat Malaysia di luar sana.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More